Monday, October 4, 2010

Tolong ingatkan aku...

Salam semua...

Hmm...dah seminggu kami balik dari Goldcoast, tapi cerita Goldcoast takde lagi kan? Maaf yer kepada yang rajin jenguk ke blog ni, bukannya sengaja tak nak update, tapi masa & kesempatan tak mengizinkan. Insya-Allah...saya pasti akan update (citer raya pun tak update lagi...huhuhu)

Ok, berbalik kepada tajuk di atas...apa? lagu? tak...takde kena mengena dengan lagu Ana rafali tu. Kisah ni berkisarkan tentang seorang teman. Baru sekejap tadi saya dapat berita tentang seorang teman di pejabat ni. Patutlah dah lama tak terserempak dengannya di surau. Selalunya kami sering berbual rancak tentang anak, tentang masa depan & isu semasa. Seronok berbual dengannya, tapi, tak tahulah bila kami boleh berbual lagi. Sejak beberapa minggu yang lalu, suaminya dimasukkan ke hospital & keadaannya agak kritikal. Cerita teman-teman di pejabat ni, suaminya sering sakit kepala. Adakalanya muntah dan paling akhir hidungnya sentiasa berdarah. Bila ke klinik, doktor cakap tak ada apa2.

Tapi, menjelang Aidilfitri yang lalu, segala-galanya bermula. Suaminya tiba-tiba saja rebah. Sebaik tiba di hospital, kata doktor, ada darah beku dalam kepalanya. Astaghfirullah! Dan sejak itu, dia terpaksa 'dikomakan' paling tidak sebulan. Ini untuk membolehkan doktor merawatnya, bimbang kalau dia bergerak darah semakin banyak membanjiri otak.

Astaghfirullahal'adzim! Tak dapat saya bayangkan keadaan teman saya itu! Kuatkah dia? Bagaimana dengan anak mereka yang baru saja melihat dunia ini? bagaimana dengan impian-impian indah mereka? Dengan usia perkahwinan yang baru mencapai setahun jagung, bagaimana harus dia mengharungi hidup sendirian?

Bagaimana dengan kita? Pernahkah kita terfikir akan perkara sebegini? Sedekat manakah kita dengan DIA yang satu? Ya Allah! Semoga aku tidak akan pernah melupakanmu...tolong ingatkan aku sekiranya aku terlupa akan janji-janjiku pada-Mu Ya Allah!

Sesungguhnya DIA lebih mengetahui...

4 comments:

  1. sedihnya dengar cite kawan wanie tu..moga die tabah hadapi dugaan ni.kita doakan semoga suaminya pulih kembali dan sihat bersama keluarganya..

    btw,wanie beli rumah kat D'Alpina (lupa ejaan) ek?sbb ari sabtu aritu ada lalu kat tepi,nmpk signboard besar2.teringat kat korang.

    ReplyDelete
  2. perkataan tpaksa dikomakan amat menakutkan & myakitkan.. sbb lya pernah merasai kesakitannya.. mintak2 dijauhkan dr semua itu..

    ReplyDelete
  3. @Lya : sama-sama la kita doa...

    @Ashra : ha'ah...kitaorg beli kat situ Ash...buat masa skrg ni, kitaorg nak duduk bandar dulu...tgk la bila anak2 dah besar nnt, maybe pindah tempat lain...wat rumah besar sikit...hehehe

    ReplyDelete
  4. btul2..samalah plan kita dgn en.bila anak2 da besar sket,baru cari tempat yang tidak terlalu hectic.ye la kan,umo kita pun semakin meningkat masa tu.pemikiran da lebih relax.skang ni,duk bandar dulu puas2.hehe..

    ReplyDelete