Monday, January 24, 2011

Azam & Realiti

2011...tahun ni tahun yang tak best ke? Menyambut kedatangan 2011, macam2 perkara yang 'kurang best' berlaku pada saya (ada jugak perkara yang best) menyebabkan jiwaku sedikit kacau. Dari hal kerja sampailah hal emosi (tak berapa nak stabil). Macamana agaknya nak menghadapi hari2 mendatang pada tahun 2011 ni?

Tapi...ada juga sya terfikir, mungkin TUHAN hanya hendak menduga, nak menyedarkan saya supaya lebih berhati2 dan focus dalam kehidupan (dunia dan akhirat). Beberapa minggu kebelakangan ni, baru saya tersedar yang saya cintakan pekerjaan saya sekarang, walaupun gaji tak banyak macam dekat company lama & tak ada bonus di hujung tahun, tapi, saya dapat rasa banyak yang saya belajar di sini. Di sini saya belajar untuk tidak memberi alasan pada setiap kesalahan. Biasalah, mana ada orang yang tak penah buat silap kan? Di sini juga saya belajar untuk memikul tanggungjawab dengan amanah (walaupun sekali-sekala ada juga terbabas...hehehe). Kerja yang menimbun membuatkan saya berazam untuk merancang pekerjaan saya & saya tidak sekali-kali akan membawa kerja saya pulang ke rumah kerana di rumah, diri saya hanya untuk keluarga. Ya ALLAH! Bantulah aku menjadi seorang hamba-Mu yang ikhlas & tawaddu' dalam melakukan ibadah & bekerja!

Macam2 rancangan yang ada dalam kepala saya, tapi, tak satu pun menjadi sebab saya suka bertangguh! Benci betul! Saya tahu saya perlu ubah perangai ni, jangan kata org lain, sebenarnya, saya sendiri pun tak suka. Ingat lagi tak entry saya tentang penulisan novel dulu? Rancang nak habiskan tulis novel hujung tahun lepas, sampai la ni tak siap2...astaghfirullahalad'zim! Apa nak jadi dengan saya ni?

Saya juga pernah membuat janji untuk menyiapkan sebuah ensiklopedia kanak-kanak tentang sejarah negara kita. Saya ingin menjadikan ensiklopedia itu sesuatu yang interaktif & mudah difahami. Bukan setakat untuk difahami sahaja, tapi untuk disemai dalam diri setiap anak2 Malaysia tanpa mengira bangsa. Tapi, projek ni belum pun start lagi.

Saya juga nak menjadi guru yang terbaik buat anak-anak saya, tapi, usaha saya masih belum cukup. Setakat ni, saya sgt jarang ajar izzat anything kat rumah, buku2 jangan ceritalah, dah banyak sangat dah beli, tapi tak ada inisiatif (bagi izzat tgk cd adalah). Cuma sekadar hantar izzat ke kelas muzik seminggu sekali saja.

Tak tertulis kekesalan dalam hati ni sebenarnya...tahun ini, saya cuma harap saya dapat menghadapi setiap dugaan dengan tenang & baik & saya harap saya dapat mencapai setiap keinginan yang tertangguh dulu. Amiinn...

Tuesday, January 4, 2011

Tahun Baru & Cerita Bola...

Dah 5 hari berlalu baru ada kesempatan nak ucap Selamat Tahun Baru. Takpe...masih sempat lagi rasanya. Yang mana selalu kerja bergelumang dengan deadline mesti tersilap tulis tarikh lagi kan? Hehehe...macam saya la jugak.

Permulaan tahun baru ni agak kurang baik bagi kami, masa gi tengok rumah on 31st Dec 2010 hari tu, kereta kami kena langgar dengan kontraktor rumah sebelah. Ada ke patut undur kereta macam kat litar lumba? Dah la mood saya kurang baik hari tu, nasib ko la kena maki! Yang penatnya, 3 balai polis kami pergi, yang satu tu takde bahagian trafik, lagi satu pulak cakap bukan kawasan dia, last sekali kami ke Sepang. Polis-polis kat situ baik-baik...siap borak2 lagi. Masa tengah borak tu, saya bagitau la kat Sarjan tu yang saya dah maki2 dah mamat tu sebab very rude & langsung tak mintak maaf (Mr. Hubby biasa la...cool jer dia...hehehe). Pastu Sarjan tu cakap, orang tu pun ada bgtau yang 'Dia punya Bini mulut banyak bising oooo...' hahaha...sarjan tu pun gelak. Nasib ko la Labu...sapa suruh tak mintak maaf kan? Kalau org buat salah & terus mintak maaf sejuk sikit jiwa ni, ni tak...suka hati ko je.

Nasib baik la Izzat tak mengamuk. Mana taknya, satu hari kitaorg berumah dalam kereta, sampai tido2 dia. Izzat ni, kalau boleh berjalan, dia suka jer, takdenye ngamuk2 ke apa2 ke. Cuma dah pandai dah guling2 kalau larang dia or tak bagi apa yang dia nak. Kat kedai nursery pokok bunga pun dia boleh nak berguling. Sakit jiwa mummy & papa dia ni. Izzat...izzat...

Berbalik kepada malam 29/12/2010 hari tu.

Saya ni memang bukan kaki bola & sangat pantang kalau kena berebut tv dengan sesapa yang nak tengok bola. Rasa macam sakit hati giler sebab saya tak pernah enjoy tengok bola. Macam2 la persepsi terhadap bola ni. Boring, tak ada faedah dll. Kalau baca paper pun, sampai jer kat bahagian sukan terus tutup. Kalau tengok berita & sampai segmen sukan pun terus tukar channel (bagi saya berita tu dah habis la).

Tapi...

Malam 29/12/2010 hari tu, saya dah tercongok depan TV tunggu bola Malaysia-Indonesia. Bersungguh-sungguh ni nak tengok bola, siap dah aim dari pagi lagi. Bila bola start, saya dah bersedia depan tv dengan keropok, kerepek, air sirap & segala macam mak nenek makanan yang ada kat rumah tu. Izzat saya bagi papa jaga (dia pun tengok bola gak kat atas, malas nak join dia...hehehe), lagipun, kalau kat umah my parents, izzat bukan cari saya sangat, kecuali nak susu & tido (kureng sungguh mummy izzat). Maka bermula la 2 jam paling mendebarkan dalam hidup saya. Jeritan & sorakan jangan cakap la. Terpegun tengok Khairul Fahmi melompat tangkap bola (sib baik ada dia, kalau dia takde, agaknya Malaysia dah kalah 10-1 kot?). Tapi, permainan Malaysia agak kucar-kacir gak la bagi saya, tengok keeper Indon tu cam rileks jer, gol kita jer asyik kena serang. Mungkin player kita sedikit tergugat kot dengan sorakan penyokong Indon (si Manohara pun nak enterprem, padahal bukan org kisah sgt pun). Tapi, walau apa2 pun, sejak game hari tu, saya dah mula menyemak ruangan sukan. Rasa bangga menyelinap ke seluruh urat2 darah saya. Hari2 saya tengok berita kot2 la ada player kita yang di lamar European Club ke kan? Hopefully ada la...kalau ada, confirm saya jadi penonton setia.

apa yang mendorong saya untuk tengok bola hari tu adalah :-
1. Semangat kenegaraan yang kuat (mesti la sokong negara sendiri kan?)
2. Penghinaan bertubi-tubi dari negara jiran kita terhadap team kita. (Saya tak sabar nak tengok team kita buktikan yang kita bermain secara adil & saksama, tak ada hina2 orang,kutuk2 org. Diaorg ni tak pernah sedar, kalau kita tak ambil rakyat diaorg kerja kat sini, boleh ke dorg dapat untung drpd nilai tukaran wang bila berjuta-juta ringgit dihantar ke negara dorang setiap bulan? Saya rasa la kan, sebenar-benarnya, dorg dengki dengan kemakmuran Malaysia, dengan pemimpin2 kita yang benar2 jaga rakyat. Apa2 pun, saya sangat bersyukur jadi orang Malaysia)

Pasal kes pembantu rumah pulak kan, tak payah la nak demand2 ngan kita. Macam la kita heran sangat kalau tak dapat ambil dorng kerja kat sini. Cukup2 la. Dah berlambak dah pendatang kat Malaysia ni. Pihak berkuasa pun dah penat nak tangkap yang mana jadi penjenayah tu. FELDA pun dah start nak latih org kita jadi pembantu professional. Walaupun mahal sikit, tapi kita boleh rely kat dorg. Ni tak, habis beribu ringgit ambik dorg keje kat sini, cukup 6 bulan lari! Dorang ingat senang ke nak kumpul duit beribu2 tu?

Walaupun tak semua daripada mereka berperangai macam tu, tapi yang buat perangai tu yang jadikan org sakit hati. Sekarang baru saya faham apa yang mama maksudkan, kesannya bukan sekarang, tapi satu hari nanti.

Hmm...itu sajalah yang boleh saya luahkan...kalau ikutkan, banyak lagi, tapi malas dah nak tulis. Buat penat jari jer menaip.

Tahniah sekali lagi buat pasukan Harimau Malaya kita. Jangan dok asyik sangat dnegan kemenangan ni, cuba pertahankan kejuaraan kita. Rebut lagi peluang. Insya-Allah, boleh qualifay utk world cup lak nnt kan? Good Luck!