Saturday, November 19, 2011

Introducing...Imaan Amani



Alhamdulillah...tanggal 5/11/2011 saya telah selamat melahirkan Imaan Amani binti Ismail Kashfi secara normal. Jutaan terima kasih kepada Dr. Khamsiah Muda & nurses di Hospital Pakar An-Nur, Bangi yang telah sama-sama menyambut kelahiran Amani.

Betul kata orang yang kelahiran secara normal ni sangat berbeza dengan kelahiran secara ceasarian. Pengalaman yang berbeza bagi saya dalam melahirkan kedua-dua cahaya mata kami. Pemilihan doktor pakar juga memainkan peranan, kalau sebelum ni saya tidak diberi pilihan untuk melahirkan anak kedua secara normal sekiranya berat baby melebihi 3kg oleh Dr. pakar di hospital dimana izzat dilahirkan, tapi, Dr. Khamsiah sentiasa memberi perangsang untuk saya melahirkan Amani secara normal sebab kandungan saya sihat & tidak memerlukan saya melahirkan secara ceasarian. Semoga Allah S.W.T. sentiasa memberkati beliau yang sentiasa bermanis muka walaupun perlu melayan berpuluh-puluh pesakit setiap hari (tak termasuk yang akan melahirkan lagi).

Selamat datang anak mummy...Imaan Amani...