Monday, April 22, 2013

Change of Plan?

Tahun ni, kami plan untuk bercuti jauh sikit...dan juga lama sikit dari kebiasaan. Lebih-lebih lagi sebab dah 2 tahun kami tak bercuti jauh sebab pregnancy & Amani kecil sangat nak bawa jalan...Tapi, tiba-tiba terfikir pula berkenaan projek lain yang kami nak buat. Antaranya adalah laminated flooring untuk keseluruhan bahagian atas rumah kami, bilik jahitan saya cum library & juga bilik anak-anak. Saya plan nak pisahkan bilik tidur mereka dalam masa terdekat ni. Buat masa ni, both of them are sleeping with us on the same bed. Lagi lama, takut lagi clingy nanti susah pulak.

We did tell izzat this matter, but, it seems like he doesn't like the idea. Walaupun nak separate katil je. Saya rasa semua ni bertitik tolak daripada beberapa peristiwa yang berlaku dalam beberapa bulan yang lalu.

Untuk pengetahuan semua, saya ni memang suka tengok cerita hantu dan baca kisah-kisah mistik di forum cari. To be honest, tak pernahlah pulak cerita-cerita yang saya baca dan tengok tu mempengaruhi kehidupan saya. Sekadar hiburan je la kekdahnya. Dan saya pun tak pernah alami peristiwa-peristiwa mistik sepanjang kehidupan ini (nau'zubillah!).

Nak dijadikan cerita, satu malam yang hening dimana suami saya bekerja shif malam, kami anak-beranak pun masuk tidur awal. Seperti biasa la, budak2 ni dok melompat-lompat atas katil. Saya pun tinggal la sekejap untuk ke bilik air. tak lama lepas tu, saya dengar Izzat terjerit-jerit panggil nama saya....

Saya : Kenapa izzat? (terkocoh-kocoh keluar dari bilik air dalam masa yang sama, saya nampak izzat sedang menutup muka dengan tangan)

Izzat : Ada hantu kacau izzat....

berkerut kening saya sambil lihat sekeliling.

Saya : Kat mana?

Izzat : Tu...kat atas tu (sambil menuding ke arah kepala katil)...

Saya : Ish....mana ada? (cuba mengalih perhatian)

Izzat : Ada...

Saya : Apa dia buat kat situ? (saja menduga)

Izzat : Dia tak buat apa-apa...dia pandang Izzat je...

Saya : (tak mahu menyoal lebih lanjut...lebih-lebih lagi bila bulu roma dah meremang seram)...dah...dah...mummy dah halau dia dah...jom tido...

Malam tu, kami tiga beranak tido berpelukan. Penyek adik kat tengah...hahaha...

Keesokan harinya, saya cerita pada Mr. Hubby, then, masa ambil izzat dari sekolah, Mr. Hubby tanya la kat dia. Kata izzat, ada 2 ekor, yang kat atas headboard katil tu kaler hitam, kecik je, rambut panjang. Lagi satu cantik, pakai baju putih & trying to walk towards him from his papa's bedside. Tapi, Izzat tak ada la cam takut sangat2...cara dia cakap tu macam dah biasa tengok...masa kecik2 dulu dia selalu menjerit takut tiba-tiba je...tapi, kami ignore je la sebab nampak macam tak melarat. Susulan dari peristiwa tu, kami ada bawa dia jumpa ustaz...ustaz tu suruh datang lagi bawak baju2 lama izzat & air kolah 3 masjid. tapi, memandangkan izzat cam takde la effect sangat dgn benda2 ni, kami tak pergi lagi follow-up dengan ustaz tu. Nampak gayanya, kena pegi jugak kot dalam masa terdekat ni sebab dia takut nak tido sorang.

Dan sejak dari hari tu jugak, izzat ada la cakap kat kitaorng kalau dia nampak hantu kat mana-mana. Tapi, takde la macam takut pulak. lepas izzat cakap, amani mesti ikut. Tah pape tah budak2 ni. Still we ignore them...ye lah...dah budak2 pun tak takut...yang mak bapaknya nak menggelabah kenapa pulak kan? Hehehehe...

Sampai di sini saja lah ngomelan saya ya...tak tau la jadi ke tak tukar plan ni...