Sunday, August 3, 2014

Selamat Hari Raya 2014!

Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin semua...

Hari ini, hari pertama masuk kerja selepas raya. Dah puas menjamu selera dengan juadah-juadah enak &bersenang-lenang dah tiba masanya kita siapkan kerja yang bertimbun. Alhamdulillah, tahun ni dapat lagi kita sambut Aidilfitri...semoga kita masih diberikan peluang menyambutnya di tahun-tahun yang akan datang bersama-sama yang tersayang. Insya-Allah.

Bercerita tentang raya, bagaimana Ramadhan anda? Sejujurnya, ingin saya membuat sedikit pengakuan yang Ramadhan saya tidak seperti yang saya rancangkan. Banyak kalah dengan nafsu dan kurang sabar. Namun, saya tak boleh tunggu Ramadhan akan datang untuk memperbaiki diri, saya perlu bersiap sedia mulai sekarang untuk Ramadhan akan datang. Semoga Allah S.W.T. mengampunkan saya dan memberi peluang untuk saya mencari keredhaan-Nya. Amiin.

Cerita raya saya biasa-biasa saja. Tahun ini diduga dengan sakit demam anak-anak yang tidak membolehkan kami berkunjung ke rumah sanak saudara seperti biasa. Alhamdulillah..raya kedua Izzat dah kembali sihat. Mujurlah demamnya tidak berpanjangan.

Seminggu di kampung, kami pulang ke KL hari sabtu yang lepas. Oh ya! Untuk makluman semua, our new online consignment store is already opened on 4th of Ramadhan. Feel free to visit & shop ya? And don't forget to subscribe for our newsletter (you'll enjoy 5% discount on every purchase!). The shop is officially www.pinkierthanblue.com . You will be fascinated with all the choices in the store, owh, we shipped internationally too!

Sekali lagi, saya ingin memohon ampun dan maaf pada semua yang membaca kalau ada yang terasa atau kurang senang dengan penulisan saya. Salam kosong-kosong untuk semua.


No comments:

Post a Comment