Tuesday, January 28, 2014

London & Paris Trip 2013 : Part 2 - The Journey (2nd Day)

Ok...kita sambung citer sikit lagi ya...

Hari kedua kami di London, itenary kami cuma berjalan-jalan di sekitar kota London. Lepas breakfast, kami terus berjalan ke King's Cross station & naik tube ke Trafalgar Square. Semua research nak naik line mana & connection from one station to one station kami dah buat siap-siap. It's good for you to check the lines & routes through this website . From here, you could plan your route & will be given a few choices to decide the best & shortest route possible for your journey. Dekat website ni pun dia akan inform station yang mana wheelchair & stroller friendly.

Satu perkara yang saya puas dok meng'google' sebelum ke sana adalah tentang ber'stroller' di kota London. Al maklumlah, kami travel with small children, it is important to know the road condition, public transport etc.. Tapi, saya tak mendapat jawapan yang tepat sepanjang research saya. Oleh itu, saya ingin berkongsi tentang tips ber'stroller' di London. Sebelum ke sana, banyak perkara yang kami bincangkan pasal isu stroller ni, perlu ke tak bawak double stroller, or bawak 2 stroller or satu stroller dengan buggy board.

Ber'stroller' di London
Susah ke senang? Sebenarnya it depends...kalau bawak anak kecik, memang perlu bawak stroller. Especially untuk memudahkan anak-anak berehat & tido, lebih-lebih lagi kalau maknya nak bershopping...hehehe

Kebanyakan kaki lima di London sempit & berbatu kasar, tapi at least ada kaki lima kan? So, ok jer kalau nak bawak stroller. Tapi kalau guna double stroller yang side by side tu susah sikit la, better lagi guna tandem stroller.

Cuma, kalau nak travel ke sana ke sini menggunakan tube, be prepared untuk mengangkat stroller turun naik tangga, sebab tak semua tube station ada lif (sebab tu better check di website tfl ). Sesetengah station yang banyak line tu kalau ada lif pun jauh-jauh jaraknya & makan masa serta meletihkan. Jangan main-main kalau letih ni, mood pun boleh jatuh merudum...hehehe..

First & 2nd day kami banyak naik tube, tapi, disebabkan dah tak larat, kami naik bas. Amazingly, naik bas di London ni lebih convenient dari naik tube, especially dengan stroller. Timing pun tepat & bas-bas kat sana akan ada selang 10 minit. Tapi, kena rajin baca route di bus stand, sebab tak semua bas akan berhenti di bus stand yang sama. Tak susah lah, senang jer.

Sebagai guide, kalau duduk di area King's Cross, boleh naik bas no. 10 (operate 24 hours - bila baca route dia automatik kita tahu) terus sampai depan jalan besar nak ke Studios to let tu. Cuma, setiap bas, maximum no. of stroller/wheelchair allowed are 3 only. Kalau you all tahan tp driver bas tak berhenti or tak buka pintu, cuba jenguk dulu kat dalam tu, mungkin dah penuh kuota stroller dalam bas.  Takpe, boleh tunggu next bus.

Tapi, kami tak bawa double/tandem stroller. Kami cuma bawa stroller + buggy board. Kalau abang tido, kami letak abang dalam stroller & adik berdiri kat buggy board. Kalau dua-dua tido, papa dukung adik..hehehe..tak larat la nak mengangkat double/tandem stroller. Kata travel light kan? Nak shopping lagi..huhuhu.

Trafalgar square. From here, we just walk to
.
.
.
.
.
Big ben, horse guard museum, London eye & other attraction

Kiri : Horseguard museum
Kanan : Big Ben

Kiri : London eye
Kanan : Izzat at Disney Store @ Oxford Street

Kiri & Kanan : Still at Disney Store. Adik is so excited to meet Princess Sofia
 
Oxford street ni pun walking distance jer from other attraction, tapi, kami ni mana la biasa berjalan banyak, so, naik bas la jawabnya. Tujuan ke Oxford Street ni sebenarnya just nak get familiar with it jer sambil2 memilih kedai nak masuk later. Kalau ikut itenary, shopping day kami hari Isnin nanti.
 
To be honest, I love shopping in London. One of the reason saya pilih ke London during summer sebab banyak sale. Kalau pergi hujung tahun pun banyak sale, tapi, banyak winter clothing jer, kalau ada yang lain pun balance yang tak habis masa summer. Ok, enough about shopping, will update in another posts ya.
 
Lepas jalan-jalan di Oxford Street, kami ke Harry Potter Studio. Yang ni tragis sikit, nak masuk studio ni, kena beli tiket online jer, pastu kena pilih timing. Dekat tiket tu dia dah tulis, kalau kita lambat, ada kemungkinan tak dibenarkan masuk tapi, boleh cuba tanya dekat kaunter. Cuma, entrance tak dijamin. Huhuhu...nak tahu apa kisah tragisnya? Kami lambat 1/2 jam!!!! Ni Oxford Street punya pasal la! Konon sempat la...padahal nak mencari tube line tu satu hal...tapi...nasib kami baik...punya bagi alasan macam-macam...mat saleh tu sengih jer...dia cakap boleh masuk sebab tak ramai orang (nasib baik beli tiket hari Jumaat...kalau sabtu or ahad konfem naya)...Alhamdulillah...dapat juga kami masuk. It's like a dream comes true! I love Harry Potter series (semua citer magical saya suka) tapi takde la sampai hafal detailnya, bila dapat tengok all the props & masuk ke set filem ni memang best sangat. Budak-budak ni bukan faham pun..mak dia jer yang excited lebih...hehehe...enjoy the pic la yer...nak letak caption pun dah lupa dah semua nama set ni...huhuhu...yang mana terer tu teka la set apa yang ada kat bawah ni...






 
Balik jer dari Harry Potter Studios ni, dah pukul 8 malam...masak tetap kena masak...lepas makan semua terbongkang tak sedar diri. Hehehe...next trip, kita citer next post.

3 comments:

  1. Seronokkkk nye..tah bila la turn kita nak sampai sana...arghhh...tensen bila route da takde..keke.takde rezeki.

    Hepi tgk u ols enjoy... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ash,

      InsyaAllah ada rezeki nanti...kita pun frust gak ni...MAS dah cancel route to LA...baru plan nk gi next year...

      Delete
  2. Waa'laikummussalam Rose,

    Terima kasih sudi baca blog usang ni...insyaAllah saya akan visit rumah rose pula :-)

    ReplyDelete