Sunday, December 5, 2010

Memilih Yang Terbaik

Salam semua,

Terima kasihlah kalau ada lagi yang sudi menjenguk rumah yang dah bersawang ni...Sejak Mr. Hubby balik 3 minggu yang lalu, saya tak sempat nak buat kerja lain selain spend masa yang berkualiti dengan Mr. Hubby & Izzat...lebih2 lagi kami baru dapat kunci rumah baru, banyak sangat nak kena arrange sebelum Mr. Hubby berangkat kembali ke Jeddah. Sekarang ni saya dah kembali single (but no available tau..hihihi)

Saya masih hutang 2 helai T-Shirt felt dengan seorang teman kepada teman. Mujur juga dia tak rushing nak baju tu. Sorry sangat2 tau. InsyaAllah, saya akan langsaikan hutang tu secepat mungkin.

Ok la, berbalik kepada tajuk kita hari ni, Memilih Yang Terbaik. Saya pasti semua orang di dunia ni mahukan yang terbaik untuk diri-sendiri & juga keluarga. lebih2 lagi anak-anak kita kan? Sekarang ni, saya sedang memilih yang terbaik untuk Izzat mengikut kemampuan. Tapi, kemahuan tu memang la mengatasi kemampuan. Hmm...memandangkan kami akan berpindah ke rumah sendiri tak lama lagi, maka, saya bercadang nak settledown & hantar Izzat ke Playschool. Saya memilih playschool berbanding nursery sebab saya nak Izzat belajar sambil bermain, bukan sekadar tidur, makan & main (seperti kebanyakan nursery). Setakat ni, saya dah cari hampir 10 jenis playschool, ada yang tak terima budak umur 2 tahun, ada yang terima tapi program dia macam tak meyakinkan saya la pulak.

Setakat ni saya terpaut dengan Children Islamic Centre (CIC), tapi yurannya agak mahal untuk kanak-kanak berusia 2 tahun. Hampir RM5000 setahun (tak termasuk yuran pendaftaran & booking fees lagi, makan pun RM70/month). Persoalannya, mampu ke anak-anak berumur 2 tahun ni absorb everything dari pagi sampai petang? Saya taknak paksa Izzat perah otak sampai macam tu sekali, weekend pun Izzat ada kelas muzik to attend. Kesian dia...hmm...ada juga terfikir nak hantar Izzat ke tadika cina & masukkan dia ke sekolah cina. Tapi, macam2 juga yang bermain difikiran, tentang makanan (memang la boleh bwk bekal, tapi kalau ada kwn2 yang ajak makan sama mcmana? can he resists? mummy dia ni pun suka makan...boleh ke anak aku tahan tak makan bekal kawan dia? hehehe)

Yang CIC tu memang kami boleh bayar, sebab ni baru Izzat sorg, kalau dh ada adik nnt mcmana? Itu dah mengatasi kemampuan dah...hmm...kalau ada antara teman2 blogger sekalian yang ada pandangan tentang :-

1) Adakah terlalu awal utk hantar anak ke sekolah pada umur 2 tahun?
2) Ok tak hantar anak sekolah cina/tadika cina?
3)Mahal sangat ke fees CIC tu?
4)Kalau ada yang punya pengalaman dengan playschool ni, harap dapat kongsi dengan saya ya?

...silalah tinggalkan komen anda..kalau takde pun takpe la...blog ni pun bukan glamer mana pun...hihihi

8 comments:

  1. btul tu wanie.tiap2 org nakkan terbaik tuk anak2kan.
    kalu wanie ty kita,kalu le kita pun nak anto gak ke CIC tu.tp,since kita tak kerja lagi,mgkn kita tak anto la kan.selain kewangan,kan lebih baik,kita jadi cikgu gak tuk aleesya di rumah.mom is the best teacher.da nama pun housewife.

    tp,kalu kita keje macam wanie,insyallah kita tak ragu2 nak anto.ye la kan.mampu.hehe.faham2 sendiri je la..tak le ckp lebih2..nti org kate berlagak lak..(wanie dan kita je fhm2.)

    anto la wanie..kalu mail pun setuju.

    ReplyDelete
  2. huhu tajuk yang agak familiar hahaha, teringat daku

    ReplyDelete
  3. @ashra : Ash...wanie rasa wanie kena lebih positif demi keluarga & diri sendiri...wanie ni banyak sgt fikir benda bukan2, padahal belum tentu lagi apa nak jadi di kemudian hari tu baik atau buruk. Thanks Ash...
    Macam yang pernah kita bincang dulu la, ada pros & cons nya kerja & jd housewife...alangkah baiknya kalau kita boleh jadi mcm ash, terima je keadaan seadanya...perangai buruk kita ni sebenarnya TAMAK...astaghfirullah...kena ubah ni...betul2 kena ubah...

    ReplyDelete
  4. @gee : puas ler aku dok fikir benda yang familiar sgt ni...ni baru aku teringat..hehehe...kebetulan ek gee?

    ReplyDelete
  5. wanie, aku pun ingat nak antar naqee gi sekolah. hehe kat shah alam ni pun ada CIC, tapi tak survey lagi berapa harga dia. program dia so on so forth, aku ada survey gak little caliph. ingat nak try hantar sana. tapi baru call tak datang sana lagi. dekat gak ngan tempat kerja. senang sikit

    ReplyDelete
  6. little caliph pun ok...tapi takde kat kawasan rumah aku....tapi little caliph ni dia cam operate on francais..so, sesetengah nursery tu dia tak pakai nama little caliph, tapi dia ada program little caliph...kalau yg dekat ofis ko tu yg memang little caliph operate sendiri memang ok sangat

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. really? the price is too high for a 2 year old child..my son can barely speak but they already put iqra' in the syllabus..

    ReplyDelete