Tuesday, July 6, 2010

Terengganu...(cerita yang dah agak basi)

Hujung bulan 4 hari tu, Mr. Hubby di'posting'kan ke Terengganu selama sebulan. Maka bermulalah kisah perpisahan sementara kami (dah biasa sebenarnya, keje dia memang selalu kena outstation & saya pun tumpang gak ler sekaki...hehehe). Sib baik Terengganu je before this ke Hanoi pun sebulan gak, dekat2 dia nak balik baru saya gi, tapi, tak bawak Izzat sebab Izzat kecik lagi (nasib baik gak tak bawak, keadaan kat sana tak sesuai langsung untuk baby, dengan habuknya, kotor...cuma penempatan Mr. Hubby kat tempat expatriate, ok sangat la berbanding kat pekan dia). Sepanjang sebulan Mr. Hubby kat sana, saya & Izzat sempat la melawat negeri Darul Iman tu sebanyak 2 kali (every 2 weeks). Kat sana Mr. Hubby berkampung kat Primula Beach Resort.


1st time fly gi sana, Izzat tido baik jer, tenang jiwa & raga saya. Tapi, 2nd time pergi, dia bantai melalak 20minit terakhir...aduh...tak tahu dah nak wat cemana, bagi air tak nak, bagi susu tak nak...tension juga, takut passenger lain marah (sah-sah dorg marah, suara Izzat kalau melalak kalah bunyi guruh). Elok jer kapal terbang berhenti, Mr. Hubby dah tunggu kat tangga, baru la senyap si Izzat ni bila tengok papa dia.

Balik hotel, kitaorg naik sebuah van antik tanpa aircond (ada blower jer). Seronok jugak. Izzat pun rileks jer tido bila naik van tu walaupun satu badan dah basah berpeluh (Izzat memang kuat peluh). Van ni la yang Mr. Hubby guna sepanjang masa kat sana (dah company bagi yang tu jer nak wat cemana ek? Nak sewa keta bazir duit jer).

1st time gi sana, kitaorg just jalan dekat-dekat je, pusing2 bandar KT, gi pantai, gi Pasar Payang, makan2 & jalan2 lagi. Bab makan kat sini kurang ekonomi sikit sebab makanan mahal2. Org pantai timur ni, pagi2 suka makan nasi dah. Kalau kat KB, nasi pagi (lauk ayam ke, ikan ke, nasi dagang ke & mcm2 lagi) paling mahal pun RM2 jer, tapi kat KT ni, macam beli nasi lemak banyak lauk kat KL, Mr. Hubby makan nasi dagang kat luar satu hari tu (saja try sebab boring dah makan makanan hotel), kena RM4 untuk lauk ikan. Kuih pun 50sen satu (kalah KL). Tapi, saya suka sangat makan seafood goreng cicah homemade chilli sauce yang sangat sedap. 2 kali gi sana, mesti pergi kedai tu, tapi, saya lupa nak ambik gambar...hehehe...(memang bukan blogger tegar ni).

2nd time gi sana, baru la kitaorg gi melawat Taman Tamadun Islam & Muzium Negeri. Mula2 tu, ingatkan Taman Tamadun Islam ni biasa2 jer, tapi rupa2nya sangat2 best. Replika2 monumen yang dorg bina membuatkan kita rasa memang ada kat negara2 asal monumen2 tu. Guide dia pun very knowledgable, macam2 yang dorang cerita. Ada a few monumens yang ada panggung kecil & bilik pameran. Kalau g Terengganu ni, memang worth sangat datang sini. Masa tgk replika Masjidil Aqsa, rasa sayu sangat, monumen ni kita boleh masuk, binaan dia besar sikit untuk bagi org tgk keadaan kat dalam. Ingat lagi tak kisah batu terapung yang jadi tempat Rasulullah S.A.W. berpijak untuk panjat Buraq (Kenderaan Baginda untuk naik ke langit pada malam Israk Mikraj)? Replika batu terapung tu pun dibuat sebijik macam yang dalam Masjidil Aqsa. Kata guide dia, research group yang pergi (including architect & ustaz) untuk mtk kebenaran copyright & teliti binaan-binaan ni bagitau, masa nak ke Masjidil Aqsa ni la yang paling mencabar especially bila kena berdepan dengan tentera2 Israel. Tapi Alhamdulillah...dengan izin Allah, dorg dpt masuk gak. Tujuan replika2 ni di bina adalah untuk beri peluang pada yang tak berkemampuan & tak berkesempatan untuk ke tempat2 yang berkenaan so that we could also have the experience. Apalagi? Jom serbu Taman Tamadun Islam ni ramai2!

Then lepas tu ktorg g muzium pulak. Muzium Negeri Terengganu ni sangat2 lah besar (The biggest in Malaysia-kalah Muzium Negara), binaannya direka oleh arkitek terkenal Negeri Terengganu, siapa lagi kalau bukan Raja Bahrin! Bangunan Muzium ni dibina berinspirasikan sebuah istana purba (lupa dah nama istana tu), rasa mcm dalam movie dolu-dolu pulak...hehehe.
Nak cerita panjang2 lagi takde masa, so, saya tinggalkan anda dengan gambar2 di sana.



Izzat kat dalam cot dier...mummy & papa tgh siap2 nak kuar

Lupa dah monumen apa ni...



Izzat & Mummy!



One of the monumen (tapi dah diruntuhkan dah kat tempat asal, sini jer kita boleh tgk)

Masjid Kristal


Muzium Negeri Terengganu! (Ada satu lagi bangunan kat sebelah tapi tak muat kamera...hehehe)

7 comments:

  1. wahhh..besnye jalan2 ke terengganu.
    wanie bw izzat sorang ke naik flight?kita blum pernah bw kuar aleesya sorang2.kabut gk bila pk kalu aleesya meragam.

    btul tu la,hanoi,thailand,phuket ke mmg tak sesuai bw budak kecik.hectic kan?kita tak pernah pegi,tapi,tgk mbr2 gi,tau da tak sesuai bw anak2.

    ReplyDelete
  2. wowww.. dtg trg yer..kalo lya tau, msti ada pluang kt kenal2..lya duk kemaman..

    ReplyDelete
  3. @Ashra: Ha'ah...kita bawak dia sorg naik flight...kalau dia tido ok...yg 2nd time tu xtido...haduh...pening kita.
    Tu la...kita ingt pas raya ni nk gi Gold Coast, tp lama gak flight tu...tak tau la cemana nnt

    @Lya : Tu la...kalau masa tu wanie dah kenal Lya, boleh ler kita jumpa kan? Teringin nak gi makan kat Fatisha Mushroom Garden tu...terliur tengok awk mkn...btw, keropok yg awk goreng tu memang sedap...wanie borong banyak kat Pasar Payang ari tu..ni dh nk abis dah

    ReplyDelete
  4. bestnya gi terengganu...dah lama nak gi asyik xdapat je...huhu

    ReplyDelete
  5. takpe cik gee...ada la nnt kesempatan tu...hehehe...

    ReplyDelete
  6. Izzat is soooooooooo Hanif la..
    Besa dh anok bujey awk neh..
    =)

    ReplyDelete
  7. tu la...ramai oghe oyat muko izzat supo hanif...ko besa ko serupo

    ReplyDelete