Tahun ni genap 3 tahun kami semua beraya tanpa arwah atuk saya Hj. Che Hashim bin Hj. Che Hassan. Banyak perubahan yang berlaku dalam hidup kami sekeluarga sejak arwah Ayah pergi (keluarga kami kecil saja...alhamdulillah sekarang ni mama, cik & sue duduk bersebelahan saja, sebab tu kami sangat rapat). Sejak arwah pergi, tiada siapa lagi tinggal di kampung (kami bawa nenek tinggal bersama di sini). Dulu balik kampung adalah sesuatu yang mengujakan. Kami tahu, mami & ayah pasti menyambut kami semua dengan pelbagai juadah yang kami teringin nak makan. Sebelum puasa menjelang lagi, mami dah kalut telefon anak2nya & tanya nak makan apa raya nanti? sibuk sungguh.
Bila tiba malam raya, ayah akan pasang lampu warna-warni depan rumah. Yang perempuan sibuk kat dapur (selalunya mama, mami, acom & saya la). Ada yang sibuk tukar langsir, hampar karpet. Bila keje kat dapur semua dah habis, semua orang dok kat ruang tamu depan sambil berborak & gelak2. Masa ni la keluar macam2 cerita dari mami & arwah ayah. Pernah saya terfikir, macamana kalau salah seorang antara arwah ayah & mami pergi dulu? Masih samakah keadaan ini? Sekarang saya sudah punya jawapan, pastinya TIDAK!
Tiada lagi yang menunggu kepulangan kami (cuma ada saudara yang menjaga rumah itu saja), tiada lagi bau masakan yang enak memenuhi rongga hidung kami setiap kali kami pulang, tidak ada lagi kelibat arwah ayah yang menunggu kami di depan rumah. Ya ALLAH! Rindunya saat2 itu...semoga arwah Ayah tenang di sana & semoga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Enough on that...saya akan buat entry lain untuk arwah ayah. Pada hari raya ke-3 baru2 ni, kami semua telah berpakat untuk buat kenduri sikit. Saya tinggalkan anda dengan gambar2 kat bawah yer...
Gambar ini di kg Mr. Hubby (Snap lepas puas struggle nak bagi Izzat pakai songkok, last2 ini la hasilnya. Songkok tah ke mana)
Ini adik bongsu saya Dr. Siti Hamizah (Soon-to-be dentist-wwaah Ti! bestnyo oghe panggey Dr.)
Ni pulak tetamu-tetamu kami (ramai jugak, sampai kena tambah lauk - hehehe takpe...seronok buat jamuan sekali-sekala)
Ni pulak tetamu-tetamu kami (ramai jugak, sampai kena tambah lauk - hehehe takpe...seronok buat jamuan sekali-sekala)
Ni pulak suasana dalam rumah (rumah kami kat kampung ni tak macam rumah kampung pun)
Haaa! Ni pulak khemah Ms. Pinkish a.k.a Sue (aunty bongsu kitaorg) yang pilih. Dia ni memang gila pink. Tapi dia frust jugak sebabnya dia mintak pink lembut, org khemah ni bagi pink striking. Nasib ler...
waa rindunya kat rumah ni. Best je tdo sbb sejuk, lantai pun kayu (tetap tak sama dengan laminated floor skrg nih)
ReplyDeleteselamat hari raya wanie. belum tlewat.. raya kn sebulan.. wahhh.. meriah betukl beraya yer..
ReplyDeletemeriahnya hari raya izzat.hehe.
ReplyDeletecatik gambo korang tiga,framekan la..hehe
@gee : kan? dah lama ko tak gi kelantan...ingat lagi dulu ko ngan azie datang, mami ngan arwah rajin bwk korg makan & jalan2...rindu la
ReplyDelete@lya : selamat hari raya jugak...hihihi
@ashra : nnt ingat nak frame gak gambar2 yang best...utk rumah baru nnt la kot..hehe
Good title comes with big responsibilities...hahaha
ReplyDelete