Tuesday, October 5, 2010

Kisah percutian kami ke Goldcoast, Australia (18/09/2010)

Ok, sambung cerita Goldcoast yer? On the second day kat Goldcoast, kami hanya berjalan di sekitar bandar saja. Dalam masa yang sama, kami beli groceries stok seminggu kat Surfers Paradise. Surfers Paradise ni tak la besar sangat tapi ramai sangat orang sebab within walking distance jer dengan pantai. So, ramai la surfers2 yang datang untuk surfing. Dari apartment, kami drive ke Surfers Paradise and park dekat basement parking Chevron Mall. kat tepi jalan pun ada parking tapi ada time limit. Kalau ada signboard tulis 1/2P maksudnya boleh parking 1/2jam saja (bayar pakai syiling & ambik tiket (macam parking kat area PJ tu) then display kat dashborad keta), paling maksimum pun 2P jer yang kitaorg pernah nampak. Tapi, parking kat basement pulak mahal nak mampus. Paling mahal kitaorg bayar $14 (convert = RM42). Hahaha...tapi disebabkan takut jadi apa2 kat keta terpaksa la parking kat bawah tu. Pastu kami gi jalan sekitar kawasan Surfers Paradise sambil survey2 dekat Information Booth kat situ. Then, we discover about this VIP Pass to enter 3 theme park which is Movieworld, Seaworld & Wet & Wild. Pay $99 for 1 person and you'll get unlimited access into the 3 parks until 30th June 2011! Wow! Ini dah kira bonus! Cuba bayangkan kalau kena bayar $79 for each theme park? Dah makin mahal kan? and fyi, kita takkan sempat habiskan masa 1 whole day kat sana tau. So, tanpa membuang masa Mr. Hubby pun beli la tiketnyer (izzat free jer). Before bergerak dari sana, kami beli barang dapur kat Woolworth. Kalau spent $15 kat woolworth, free 1 hour parking, so, jimat ler puit parking 1 jam. hehehe.

Then kami bergerak ke Carrara Market pulak. Carrara Market ni cuma beroperasi pada hujung minggu saja. Kebetulan hari tu hari sabtu, so, kami tak lepaskan peluang ke market ni. Kat market ni, banyak jual benda2 yang handmade & local craft. Tapi, kami tak beli apa sangat kat sana, sebab rasa cam awal lg nak shopping. Yang bestnyer, saya jumpa sesuatu untuk add value to my felt t-shirt! Banyak sangat iron-on-sticker! So, saya ada beli beberapa design yang sangat menarik, nanti saya update kat sini yer. Kalau berminat boleh la tempah. Oops! Melalut pulak.


Carrara Market (Kedai makcik ni ada jual karpet bulu biri2, tapi saya tak nak beli lagi la konon..last2 tak beli langsung)


Kat bahagian luar

Mr. Hubby tak sedar saya snap gambar ni...hehehe

Masa kami balik dari Market tu, dah agak petang (kat sana 5.30 dah maghrib,so, secara automatiknya dah gelap). Plannya nak ke kedai jual daging halal kat Musgrave Avenue. So, of we go! Tapi, hampa sungguh sebab bila sampai sana, kedai tu tutup (lupa nak ambik gambar). Rupa-rupanya, kebanyakan kedai kat sini tutup bila weekend. Memang frust la, tapi, nasib baik bawak bekal dari Malaysia, makan je la apa yang ada dulu.

Keluar jer dari Musgrave Avenue, kami masuk Goldcoast highway. Highway ni betul-betul kat tepi pantai. Sedang kami menikmati pemandangan, kami nampak satu park ni, macam best jer..then Mr. Hubby berhenti kat park tu. Izzat suka la bila boleh jalan. Kami lepas jer dia kat situ jalan sendiri. Excited sungguh dia. Then kami bwk dia naik buai kat playground situ. Seronok rupanya dia, ingatkan takut. Hahaha.

On the way balik dari Carrara Market



Kasut baru tu...hehehe

Dekat park

Izzat ni taknak mummy pegang dia, nak jalan sendiri.

Budak jakun naik buai...hehehe

Setakat ni dulu yer, kalau ada kesempatan saya update lagi. Tata

6 comments:

  1. bes2..da tu wanie beli pe kat carrara market tu?
    wahhh..izzat bukan main hepi lagi..
    btw,sejuk tak kat sana?sbb panas mesia dgn panas sana kan beza..

    sana berangin sejukkan..

    ReplyDelete
  2. beli iron-on-sticker jer ash...hehehe...takde la sejuk sangat siang hari. Masa tu spring. Tapi wanie bagi jugak izzat pakai jaket, takut dia sejuk

    ReplyDelete
  3. kasut sama macam naqee la..nnti kita pakaikan diaorg saing eh

    ReplyDelete
  4. buleh jer...ko ni kan cik gee, selalu xjwb sms aku...kecik ati

    ReplyDelete
  5. bestnyo nok gi jugok!!!! banyok ko shopping kat sano? muroh ko k.lg?

    ReplyDelete
  6. ti, shopping toksoh oayak la..licin duit...kalau convert duit kito mahal la...tapi kalu tok pikir convert meme muroh. Kak long beli blouse ko ti kat cotton on, $10 jah...tapi kalau convert jadi la RM30...hehehe

    ReplyDelete