Wednesday, October 27, 2010

Kisah percutian kami ke Goldcoast, Australia (20/09/2010)

Oktober dah sampai ke penghujung, tapi tak habis2 lagi cerita pasal percutian bulan 9 ni yer? Ampunkan makcik ye, bukan apa, makcik ni tak berapa ada masa sangat nak mengadap komputer ni...hihihi..ok, jom ikuti kisah kami seterusnya!
Hari keempat kat Goldcoast, kami ke taman tema Seaworld dulu. Disebabkan theme park ni buka pukul 10.30 pagi, maka kami pun turun lewat la sket. Seaworld ni dekat jer dgn bandar Surfers Paradise, so, ambil masa dlm 15 minit jer dari apartment kami. Macam biasa, kami bawak bekal untuk izzat (izzat ni kalau jalan, tak mau minum susu sgt, so, kami beli la muffin or apa2 untuk dia kunyah2, habis berterabur dlm kereta & atas stroller...takpe la, janji dia makan) siap-siap, sebab senang sikit, bila2 pun boleh suap dia.
Enjoy the pic yer
Ni gambar kat entrance dalam Seaworld, lupa lak nk ambik gmbr kat depan

Izzat & mummy mengambil peluang ambik gambar di depan bunga2 petunia yang sedang berkembang. Bestnya kalau boleh kembang macam ni kat malaysia...bunga ni cepat mati sebab dia suka sejuk & banyak air (yang herannya, macamana org2 majlis bandaraya kat malaysia jaga bunga2 ni yang banyak tanam kat jalan2? Elok pulak segarnya, bila entah dorg siram)


Kat tasik ni banyak dolphin, izzat tak nak jalan, puas mummy pujuk



Burung2 ni semua jinak2 &tak boleh terbang tinggi. Menurut display board kat situ, binatang2 yang ada kat seaworld ni semuanya pernah cedera akibat kena langgar dgn kereta kat tepi2 highway (kalau sea creatures pulak kena langgar dgn kapal or motorboat...hehehe). Disebabkan bahaya untuk diaorg kembali ke hutan-hutan atau laut, maka, kerajaan dorg ambik inisiatif untuk jaga binatang2 (kalau kat malaysia, yang selalu lintas jalan kat tepi hutan adalah gajah, harimau, lembu, kambing & juga b*b*...hehehe...naper kita tak ambik bela ek?)




Kat depan showstage yang pertama. Jom kita tengok Fish Detective Show!



Jeng...jeng...jeng...fish detective sudah mari! &besar giler sealion ni)



Mummy yang ayu & izzat yang excited!



Tengok tu! Besar kan?




Papa & izzat yang khusyuk



Eh, habis dah? Hehehe...sori yer, malas nak upload gambar banyak2



Show dah habis, kena kejar anak pulak...ni la masalahnya kalau anak tak reti dok diam



Izzat nak gi kat mummy!


Hello Big Bird! Hello Elmo! Welcome to Sesame Street! Izzat seronok tengok show ni, siap joget2 lagi.



Haa...ini lagi kelakar, beruang kutub yang sekor ni seronok betul mandi-manda, ada sekor lagi, tapi yang tu cam takde mood jer nak join mandi...hehehe



Ni pulak Dolphin show, show ni memang best gilar, dolphin2 ni bijak sangat, yang bestnyer bila tengok dolphin2 ni tolak the trainers sambil berenang, laju giler.



Lepas tengok dolphin show, kitaorg tak tau nak buat apa, pastu nampak la game ni, apa lagi, kitaorg pun naik la kapal ni. Rupa2nya, benda alah ni buat kita basah lencun, ditambah pulak dengan org2 keliling yang dok tembak2 kitaorg. Saya peluk izzat kuat2 sebab tak nak bagi dia basah. Hari tu sejuk sangat, takut demam pulak nanti.



Ni la benda alah tu



Kami yang lencun (mintak tolong mamat korea kat situ ambikkan gambar)



Dalam kebasahan tu, kami singgah la jugak kat petting pool ni. Macam2 ada, ada starfish la & macam2 lagi...last2 kami jumpa benda ni...cuba teka apa dia? jeng...jeng...jeng...



Izzat memang terpegun tengok ikan2 kat akuarium ni.


Haa...ni lah last show of the day, the Pirate Show! Biasa jer, banyak lompat2 & terjun laut.

Kami habis jalan2 kat seaworld ni dah dekat pukul 4. So, ada masa 1 1/2 jam lagi sebelum kedai2 kat sini tutup, including mall. Bincang punya bincang, kami decide nak ke Pacific Mall (antara mall paling besar kat Goldcoast ni).


Hubby & izzat...tengah cari tempat nak tuju


Jalan punya jalan, jumpa la internet booth ni, harga boleh tahan gak, $3 untuk 1 jam rasanya. Si kecik tu menyibuk jugak nak main internet, macam pandai jer...hahaha



Ni la kerja dia bila dah boring tunggu papa check email...toy house ni sebenarnya display set kat depan kedai. Risau jer mummy bila izzat keluar masuk macam umah dia. Pandai pulak dia buka tutup pintu rumah tu. Penat tau kejar budak ni.



Dah boring main rumah, berlari la pulak...hadoi...penat makcik mengejar ni


Tengah2 lari tu, sempat pulak dia nampak benda alah ni...kat malaysia pun ada ni izzat, pantang jumpa benda alah ni...kitaorg tak letak syiling pun, sebab takde. Bagi je la dia lepas gian duduk situ, papa pulak ambik kesempatan buat susu izzat.



Sempat lagi tu..hehehe



Akhirnya budak ni dah ngantuk...alhamdulillah

Maka, sampai disini dulu laporan saya buat masa ni, ada 3 hari lagi nak dilaporkan. Sila lah sabar menunggu yer? tata...

4 comments:

  1. memang seronok ash...paling best sebab kami bertiga jer...wanie suka sangat kalau dpt keluar 1 family ni

    ReplyDelete
  2. nk ikutt izzat and famillyy p holiday..

    anywy, gold coast mmg best kn???u really had fun there, i can see it tru all the pics.:) n izzat, macam faham2 je bila tgk show tu, so smartt laah

    ReplyDelete
  3. Hi Fifiey!

    Selamat berkenalan... :)
    Yes, Goldcoast memang best sangat, rasa cam tak cukup masa jer kat sana...tu la, izzat ni mcm tau jer apa yg org tu cakap...hehehe

    ReplyDelete