Monday, October 4, 2010

Kisah percutian kami ke Goldcoast, Australia (17/09/2010)

Haa...mesti ramai yang tertunggu-tunggu cerita ni kan? (perasan sungguh makcik ni...hahaha). Akhirnya baru ada kesempatan untuk wat posting ni.

Kisahnya bermula pada pagi 17/09/2010...flight kami ke Brisbane adalah pada pukul 9 pagi. So, disebabkan kena check in awal, kami turun dari rumah pada pukul 6 pagi. Kesian Izzat kena kejut awal2 pagi. Memandangkan rumah kami ke stesen ERL hanya mengambil masa 10 minit saja, kami call teksi (melilau jugak cari teksi sebabnya ramai yang tak sanggup) & berjaya naik train pukul 6.50 pg (train ada 1/2jam sekali jer, kami berkegark dari rumah dah 6.30pg...hahaha...lambat turun...sib baik org teksi tak marah)

Sampai airport check in & terus masuk ke gate. Malas nak tunggu dah sebabnya nak berebut naik aerotrain lak. Sepanjang dalam flight, kitaorg mtk bassinet utk izzat, so that selesa sikit dia tido (tapi kaki dah terkeluar dah...cian anak mummy). Tido ke? yo la...tido sgt la izzat ni...tak duduk diam langsung. Mungkin sebab masa penerbangan tu bukan waktu tido izzat. sepanjang 8 jam perjalanan tu, maybe dalam 2jam kot dia tdo. Mengamuk tak ingat. Nak buat macam rumah sendiri, tak bagi, mengamuk meraung. Sampai stewardess tu tanya 'dia tak sihat ke?' (dia nampak kitaorg bg ubat, ubat selsema tu...sebab hidung dia berair sikit pastu nak bagi dia tido...hahaha). Setelah struggle kat dalam flight, akhirnya sampailah kitaorang kat Brisbane Airport dalam pukul 7++ waktu sana. Alhamdulillah.

Tengah tunggu train kat ERL Putrajaya


Arrive at destination!


Sampai jer kat sana, kitaorang tunggu org East Coast Rental datang ambik. Kitaorang sewa keta ngan company tu. Ok la, harga dalam AUSD200++ (convert balik dalam RM600++ duit kita). Dalam pukul 8mlm, dorg sampai & bawak kitaorg ke centre diaorg utk proses ambik keta.


Haa...ni izzat kat dalam bas East Coast Rental. Caya tak bas ni ada baby car seat?

Tengok budak kecik tu, cam paham jer dengar org dok cakap. (The guy in the green shirt is a Singaporean Indian, pandai cakap Melayu tu. Dia dok terangkan kat Mr. Hubby pasal jalan kat sana & how to skip toll. Toll kat sini pelik sikit, bukan bayar kat gate. Entah ler, saya tak paham)

Lepas tu, MR. Hubby pun drive la slow2 gi Goldcoast. Kalau nak drive kat sini, better ada GPS sebab kita tak biasa dengan jalan dia. Mula2 drive kat sana, Mr. Hubby bawak slow giler sebab takut ler ter'accident', mati la nak bayar kalau kena. Akhirnya dalam kul 11++ kami sampai kat Goldcoast.

Di Goldcoast, kami tinggal kat Santana Holiday Apartment. Not bad gak this place. Siap ngan dapur, washing machine & dryer. TV pun ada. Sepanjang kat sana tak rasa macam tempat org pun, sebabnya ada keta & rumah. Breakfast & dinner saya masak (jimat sikit, lagipun, tak best keluar malam2, sejuk & kedai pun tak banyak buka. Tak happenning macam Malaysia.



The Key! (dia letak dalam safe box kat reception)


Budak botak!


The living Room (sibuk jer budak kecik tu)


The kitchen

The bedroom


The bathroom merangkap laundry room


The TV!
Fuh! Penatnyer upload gambar. Server ni bukannya laju pun. So, setakat ini dulu untuk entry hari ni. Nanti saya sambung tentang percutian kami di Goldcoast yer? Penat ler nak taip semua hari ni. Tata!

4 comments:

  1. besnye...
    hehe.a'ah dulu kitaorang gi pun sewa kete.lebih kurang gak la harganya..hehe.izzat ngamuk dlm plane ek..budak2 kan..mane tahan duk diam je.kalu aleesya pun sure ngaruk gak smpi 8 jam nak bertahan.

    btw,lawa hotel apartment tu.btul2 puas ati.

    tak sabo tgk gambo2 lain kat Goldcoast..upload cepat2 ek..

    ReplyDelete
  2. supo oghe tuo la izzat tu...mace la oghe dok ghoyak ko dio...haha

    ReplyDelete
  3. hi..i googled regarding nak pegi gold coast terjumpa ur blog :-)
    ur apartment tu dekat tak ngan tmpt shopping kat surfer paradise tu?
    u sewa kete dkt sana or msia?which car agent ye?
    i nak pegi 5th nov ni tp hotel tak carik lg...kot2 u blh bg tips.tq
    my email : fizronic09@yahoo.com

    ReplyDelete