Sunday, October 24, 2010

Music Class & Sewing Class!

Fuuhh...dah berlalu dah pun hari minggu saya dan Izzat. Seronok ke? Seronok jugak (tapi kalau Mr. Hubby ada lagi seronok)...Seperti yang diwar-warkan (chewaah!), last saturday, saya bawa Izzat ke trial class di Opus Music, Bandar Sunway. Mula-mula tu, Izzat cam takut2 & agak reserved skit, mungkin sebab dia tak biasa berkawan. Dalam satu kelas tu ada lebih kurang 6 babies, kebanyakannya sebaya izzat. Kelas dimulakan dengan nyanyian & berkahir jugak dengan nyanyian. Pendek kata semuanya menyanyi la...tapi, bukan setakat nyanyi saja tau, setiap segmen (setiap kali lagu tukar) lain-lain aktivitinya, semua kanak-kanak diberi instrument & props. Comel sungguh bila tengok semua kanak2 dalam kelas tu react positively to the teacher. Ada yang siap peluk lagi teacher tu. Parents pun kena participate jugak tau, penat saya berlari & menari ikut rentak muzik. Izzat pulak cam takde mood jer awal2 tu, tapi, towards the end dah mula bangun & ikut budak2 lain pulangkan props kat teacher. And akhirnya, anak teruna saya tu cam tak puas main & mula la nak sengih2 kat kawan2.

Cuma yang buat saya sedikit terkilan, tak ada seorang pun parents melayu yang saya jumpa kat situ. Terjenguk2 jugak saya ni nak cari kot2 la ada terselit seorang-dua kat situ. Tak apa la, mungkin satu masa nanti kot.

Semalam masa mak saya ke pasar, dia jumpa sorg makcik ni, dia dok tegur2 Aleeya & tanya umur berapa, dok mana etc. Then dia cerita la kat mak saya yang anak dia ngajar muzik kat Kolej & buat jugak weekend class kat rumah. Dia pun meluahkanlah rasa terkilan anak dia, sebab kebanyakan yang belajar dgn dia takde pun Melayu. Kata dia lagi, menyeimbangkan otak kanan & otak kiri tu sangat penting. Hmm...sebab tu la saya nak start expose izzat dengan semua ni. Semoga Allah S.W.T. melimpahkan rezekinya ke atas kami sekeluarga tanpa putus-putus. Dan semoga kami mampu memberikan ilmu dunia & akhirat untuk anak-anak kami tanpa sebarang masalah waima dari segi kewangan mahupun komitmen.

Ok, cukup tentang izzat. Ni cerita pasal sewing class saya. Sebenarnya tak banyak pun yang boleh saya kongsi, tapi, saya memang seronok bila tahu potong baju sendiri. Last saturday, saya cuma belajar potong saja, susah jugak rupanya potong kain ni. Ada pengiraan standard rupanya. Hopefully saya mampu la jahit baju sendiri lepas ni. Tak mau la hangat-hangat tahi ayam jer. Hehehe...doa-doakan la yer? (mana la tau, kot-kot boleh jadi fesyen designer lak pasni :-))

opps! Gambar?

Sorry la yer, saya sendirian jer, org lain pun sibuk, so, sapa yang boleh ambikkan gambar yer tak? Lain kali yer?

5 comments:

  1. wahh..izzat da gi klas muzik ek.tak der gambo ke?hehe

    wanie,kita tak terkejut pun kalu org melayu takde.mentaliti org melayu n cine tak sama.org melayu keje simpan duit n kedekut.blanje tang lain.org cine,duit sanggup berhabesan tuk anto anak2 ke klas muzik,ballet,ice skating.malah dorang mampu beli piano n all other instrument letak kat umah.

    dulu kita pernah borak2 dgn en...org cine keje gaji besar,biz sendiri.tak kira duit halal haram.tu pasal boleh beli kete besar,rumah besar biarpun gi mall pakai baju pagoda je.beza dgn org melayu.majoriti keje gomen,atau mkn gaji bwah kompeni cine.yang jadi tentera pun org melayu.org cine sgpp jual cd cetak rompak kalu tak berpelajaran dr jadi tentera.

    ni diakui oleh mbr cine kita masa kat opis dulu.org cine jadi perompak,jadi ah long main duit besar2.org melayu jadi peragut,penagih.dari sini pun kita da boleh lihat perbezaan hidup dan kemampuan org melayu n cine berbeza.

    lucky,kalu husband n wife gaji besar..duit tak ke mana.so,mentaliti akan ikut org cine dan buat apa saja tuk pandaikan anak.tapi,lain org lain cara pandaikan anakkan..

    hehe.awak da amik klas jahit ek.pasni le ar tempah baju.kita da lama teringin nak blaja jahit langsir.nak masuk klas,tp kena latih aleesya duk nurseri dulu.takder family le tgkkan anak kita ni.since kita tak keje,not worth kalu anto aleesya gi nurserikan.tp,nti bila aleesya n adik die da besar sket,nak ajar gak gi playskool.tp,bukan nurseri la smpi 8jam.

    skang aim kita,kalu la dapat pau en belikan mesin jahit,nak blaja sendiri jahit langsir.makcik kita kat spore housewife..die encourage kita blaja sendiri kalu tak le tinggalkan anak..die pandai jahit,masak semua ikut buku.blaja sendiri.kita dapat semangat dr die.hehe.
    insyaallah..mmg kita niat sgt nak pandai jahit lgsir.lawa sket umahkan..hehe.tp,pas settle pindah umah,anak2..br le pau en belikan mesin jahit.hehe..skang ni tgh sibuk nak pindah umah n gi beijing. =)

    wish u best of luck.. =) insyaallah,apa pun kita wat,dan bagaimana cara kita pun,kalu kita semangat kental,pasti berjaya.kita kagum dgn awak.keep up a good work k?

    ReplyDelete
  2. lupa lak..lagi satu kan wanie,org melayu 'sayang duit'..
    contohnya bezanya;

    melayu ; pakaikan anak cloth diaper,atau pampers semurah boleh.susukan anak dgn susu ibu,atau susu plg murah dumex,dutch lady.bersalin pun ramai gomen.

    cina: pakaikan anak,mamy poko.susu pediasure/enfa.susu termahal di pasaran.bersalin,dorang mana nak gomen.

    kita tau ni pun,sbb kita baca n join banyak forum keibubapaan.kita masuk forum cine,n forum melayu.sbb tu kita tak tekejut atau terkilan.. =) masing2 punya cara terbaik ikut kemampuan n mentaliti.

    ReplyDelete
  3. ash pandai baca cina ke? wwaaaahhhh!!! ni lagi kagum ni...entah bila la kita nak belajar bahasa ketiga ni...

    betul jugak apa yang ash cakap tu, kita org melayu ni selalu gak pandang remeh pada sekecil2 perkara dalam hidup.

    yang kita perasan kan, perangai org melayu ni suka larang2 anak2 buat sesuatu (kita pun sama la...huhuhu). Jangan buat tu, letak balik, jangan main, jangan kacau, jangan, jangan, jangan jer memanjang. Sebab tu la agaknya kita ni takut cabaran (tak semua la). Kalau anak banyak tanya suruh anak diam n tak cuba beri jawapan sebaik mungkin.

    Wani ingat nak tanam azam baru, nak stimulate anak2 semampu yang boleh. Taknak malas2 lagi, nak bangun lagi awal dari anak, taknak take things for granted & need to discipline myself.

    Bab belajar jahit tu memang dah lama jadi impian, kita pun nak pau mail gak, mtk beli mesin jahit...hehehe...ala, tak berani la jahit baju org, jahit baju sendiri boleh la...tapi kan, kita ni sedikit terkilan gak la ngan family kita, as a typical malay, diaorg suka downgrade kita, siap sindir2 lagi...kdg2 bila fikir2 balik kenapa apa yang kita nak buat selalu tak menjadi, baru kita sedar yang selama ini semangat kita selalu dipijak2 & tak ada langsung yang nak support. Alhamdulillah, lepas kawin ni, mail banyak support kita, siap tolong design lagi t-shirt2 felt kita tu..sebab tu la rindu sangat kat dia...

    Ash, jom kita berazam sama2, kita janji dgn diri sendiri yang kita boleh berubah.

    p/s: Thanks a lot ash, kdg2 rasa macam kita ni takde kawan lain selain awak...hihihi

    ReplyDelete
  4. wanie: takpe.kita pun sama.suami la tempat menyokong apa kita buat.mgkn sbb kita jauh dr famili.so,kita tak pernah cite/dorang nmpk apa kita buat.hehe.so,dorang tak ckp pe la..

    dulu masa nak kawin,kita nak gak wat hantaran sendiri.da design satu sample pun.ikut kekreatifan kita.tapi,mak kita bantah sebantahnya kata tak lawa la..itu ini.smpi sedara kita masuk cmpur.bengang gak la.last2 kita ngalah je.da kawin,mmg jarang sgt bercerita da kecuali pasal aleesya.hehe..

    takpe.kuatkan semangat k?
    uihhh..da macam email la plak tempat komen ni.
    (btw,kita tatau ckp cine)..tp ada makcik kita kawin cine..die mmg downgrade sket org melayu..kononnya kawin dgn cine jauh lg baik dr kawin org melayu! watever la..huhu.

    ReplyDelete
  5. apa2 pun, semuanya bergantung pada mentaliti kita, ramai jer executive2 kat luar sana yang masih berfikiran sempit...harap kita semua dpt la sama2 ambil iktibar..

    p/s: ash, kat tempat wanie belajar jahit tu ada kelas ballet tau, yuran pun murah jer, less than RM100/month..tapi, pasni awak dh jauh, susah la kot nak bwk aleesya...kalau tak, boleh awk belajar jahit sambil2 tgg aleesya belajar ballet...hihihi

    ReplyDelete