Tuesday, June 14, 2011

Izzat & Nursery

Lama dah tak menulis di blog ni...bukan apa, saya ni kesuntukan masa & tak ada idea nak menulis walaupun banyak cerita nak dikongsi. Seboleh-bolehnya malas dah nak menulis cerita2 negatif & tak membangunkan minda ni such as problem kat ofis or rumah (bukan la banyak sangat problem pun, sekadar nak menangani kata-kata org yang nampak sgt tak puas hati dgn kita especially bila tgk kita melancong selalu. Kami melancong pun ikut kemampuan jugak, bukannya kami ni banyak duit sgt pun..dah.dah..melalut lak)

Ok la...sambung cerita yang berkaitan dengan topik di atas. 1 Jun hari tu adalah hari pertama izzat ke nursery. Mula-mula tu nmpk excited sebab banyak mainan & kawan. Bila tgk dia asyik dok main, saya pun mula nak mengundurkan diri. before pergi saya approach izzat & bagitau dia 'mummy nak gi work dulu, petang nnt mummy ambik izzat ya?'. Masa tu muka dia dah lain macam dah. Makin jauh langkah saya, makin kuat tangisan izzat, lama-lama terus meraung. Alamak! dah satu hal pulak! Tu la, gatal sangat nak bye-bye...nak tak nak, terpaksa la extend sekejap dok situ. Dlm 1/2 jam lepas tu agak-agak dia dok asyik main, saya cepat2 keluar. Tapi, masa tgh sarung kasut terdengar raungan izzat panggil 'mummmmmmyyy!!!!'. Aduh, sayu pulak rasa hati ni, airmata pun dah bergenang. Sabar ya sayang...izzat kena belajar berkawan & mummy nak izzat explore everything.

Saya bersyukur izzat dapat tempat di nursery ni. Nursery ni sangat sistematik & ada program everyday. Bila anak-anak kat situ dah boleh bercakap lancar, program mengaji akan dimulakan. Every morning bila saya anta izzat, menu & aktiviti hari tu dah siap tertulis di whiteboard di luar nursery. Hari ni, breakfast - cucur ikan bilis, lunch - ayam goreng & sayur pucuk dan tea time - bihun goreng. Kalau anak-anak ada allergy or needs special attention on certain part pulak, dorg dah siap-siap tulis kat whiteboard dlm nursery tu kat depan changing room. Nursery ni luas sgt, bilik utk playroom pun penuh dgn small houses, plastic playground & other toys (boleh dikatakan tak semua org mampu nak beli semua & letak kat rumah la). Tempat tidur pun dorg pakai stacking bed instead of toto biasa je (kebanyakan nursery yang saya survey memang pakai toto je, pastu entah berapa kali je basuh sebulan). Aktiviti kat sini pun semuanya utk children development. baby yang baru 2 bulan pun ada aktiviti sendiri. Macam hari ni, dorg ada nature walk, tapi saya lak tak bawak sandal or kasut izzat. Td dh pesan siap2 kat cikgu dia, ckp yg izzat tak bawak sandal. Ada la tu kot alternative lain dorg.

Kesimpulannya, saya sgt berpuas hati dgn nursery ni. Cikgu2 pun baik & peramah, environment pun memang sgt best (saya tak rasa saya downgrade life izzat lepas anta nursery, especially with all those attention he got from my side of the family).

Cuma...

Kseian pulak dekat mama saya. Menangis2 dia bila teringatkan izzat. Every nite dia nangis, petang2 lepas keje rumah semua dh settle, bila tgk brg2 izzat dia nangis lagi. Tak pernah saya tgk mama nangis teresak-esak macam tu. Cakap telefon tanya pasal izzat pun dia nangis. Tapi, saya cuba utk tak memburukkan keadaan & cuba bercerita seceria mungkin. InsyaAllah, bila mama ada aktiviti or hobi baru nnt takde la teringat sgt dekat cucu kesayangannya tu. weekend ni dh janji nk bg izzat tido dgn wan & nek wan dia. Lepaskan rindu la katakan...terima kasih mama sebab sudi jaga izzat selama ni...

4 comments:

  1. hehe.da ada tiket free,melancong la kan. =p
    kita pun jarang dapat guna,sbb nak gi jauh2 pun,pertukaran duit gak..

    baru nak tanya kabar awak wani..duk teringat kat awak lately ni..sihat?mail gi jeddah lagi ke?atau da ada kat sini?

    wahh..besnye izzat da burseri..takpe..nanti lama2 die hepi.makan masa gak tu nak tinggalkan kat nurseri..

    emm..pujuk baik k mama awak..mudahan lama2 die tenang dan boleh terima..nak2 nanti izzat da ada adik..hehe.

    ReplyDelete
  2. Sapo hok jeles wanie melancong tuh? ishk ishk.. biasa lah, manusia, tak leh tgk org senang sket. pasni, kalu ade org ngomel x puas hati, wanie ckp jer.. suka hati lah, laki aku dapat tiket free... hehe...

    ReplyDelete
  3. @ashra : Tu la ash...kita pun dok teringat kat awak. Ingat weekend ni nk ajak mael gi jalan umah awak. Tp kita belum bgtau dia lg ni..awak ada kat umah x weekend ni?

    Kita sihat je, mael baru balik dr sri lanka, hopefully xgi mana2 dah lps ni. Ala, kitaorg pun melancong dekat2 je...tp biasa la, kalau dh org xpuas hati tu, nk wat cemana kan?

    @Lin : Hehehe...betul tu lin...malah nok nguduh ko oghe sgt...ingat 1 bendo jah, Tuhan ada...kito ni doa je la lin

    ReplyDelete
  4. weekend ni?insyaallah ada.nak datang bitau awal ye.leh siap sedia..hehe

    den tgh malas mengemas ni.kekeke..

    ReplyDelete