Tuesday, May 10, 2011

Pisang Karamel!!!!

Pertama kali ke jogjakarta (adik saya belajar kat sana), satu2nya makanan yang saya sentiasa teringat adalah Pisang Karamel. Pisang ni, dijual atas kereta sorong di tepi-tepi jalan saja. Kebetulan, setiap kali kami keluar pagi-pagi hari, mesti ada orang jual pisang karamel tu kat tepi jalan depan hotel. Saya memang tak lepas peluang, setiap kali jumpa je mesti beli. Kalau yang baru lepas goreng lagi sedap...panas2 makan memang best.

Sejak dari hari tu, kalau mama saya ke sana, mesti saya kirim pisang karamel ni. Takdenya nak kirim-kirim kain baju ke apa ke...kirim pisang tu la yang wajib. Last skali saya makan, masa saya mengandungkan izzat. Sepatutnya saya & Mr. Hubby ikut skali gi sana, tapi, last minute, Mr. Hubby kena kursus, hmm...frust la jugak sebenarnya, tapi nak wat cemana kan? Bila family sampai kat airport, kitaorg gi ambik dorg, sampai je kat airport, terus saya tanya pasal pisang karamel ni. Mama pun keluarkan 1 tupperware & 2 plastik beg pisang karamel! Hah! ambik ko, nak sangat makan pisang karamel kan? Maka makan la saya sorg2 tanpa menghiraukan org sekeliling...hahaha...jahat sungguh. Bila dah kenyang baru nak bagi org (Mr. Hubby pun tgk je saya makan).

Nak dijadikan cerita, mama saya akan ke jogja lagi pertengahan bulan ni. Kalau ikut plan asal, saya pun nak ikut skali. alih-alih, hujung bulan 4 ari tu, Mr. Hubby ditugaskan ke Sri Lanka selama sebulan. Hmm...melepas lagi...tapi, seperti biasa saya kirim pisang karamel saja pada mama. Mama ok je, tapi, lepas check2 tiket, rupa2nya, flight mama awal pagi, so, memang susah la nak dpt pisang karamel awal2. Mama pun bagitau siti (adik saya) mintak siti belikan kulit pisang karamel tu, so that boleh buat kat rumah nnt. Rupa-rupanya, my dentist sister ni lagi bijak. Dia tak tanya pun pakcik yg jual pisang karamel tu, nak tau dia tanya sapa? dia tanya Pakcik GOOGLE! hahaha...dan berjaya dapatkan resepi.

Nak tau resepinya? tengok kat sini ya?

p/s : Siti : thanks very much ti! love u so much!!! mmmmmuuuuaaahh!!
Abang : Bila kita nak gi jogja?

2 comments:

  1. dey buat sokmo ni. haha.love u 2!! mmuuuuaaahhhh...

    ReplyDelete
  2. mesti...mesti...izzat pun mesti suko ni

    ReplyDelete