Thursday, May 20, 2010

Kisah Rayyan...

Everyday without fail, i will peek into majidah's blog. Kadang-kadang saya meninggalkan komen, kadang-kadang tidak. Jauh di sudut hati, saya sangat memuji kekuatan dan ketabahan dirinya. Sejak kecil, kami menjadi teman sepermainan (malah boleh dikatakan yang jie adalah kawan pertama saya) dan sepanjang mengenalinya, saya jarang lihat dia marah. She's a very cool person (melalui entri2 di blognya, kita dapat lihat betapa 'cool'nya dia apabila tidak mudah melatah dengan kata-kata dan pendapat orang disekelilingnya).

Dan setiap kali saya membaca entri2 jie di blognya, timbul perasaan yang pelbagai. Suka, marah (pada mereka2 yang sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan - kalau tak tau nak respon apa, tak payahlah cakap apa2).

Tetapi, entri hari ini (sila baca di sini ) benar-benar menebak jiwa. Sungguh Rayyan Ariff bertuah kerana dikelilingi keluarga yang sangat positif & menyayanginya. Mengenali keluarga jie, saya tahu betapa penyayangnya makcik yah (jie's mummy), betapa kelakarnya atuk rayyan ariff dan betapa bersemangatnya uncles & auntie rayyan. Bagi saya, kekuatan kewangan yang jie ada untuk keluarganya adalah satu bonus. Apa yang tidak ternilai harganya adalah sokongan, usaha dan kasih-sayang yang tak berbelah bahagi. Apa akan jadi pada Rayyan sekiranya tiada ibu yang bersungguh-sungguh mengajarnya bertepuk tangan, menyuap makan, merangkak, bertatih dan menyebut mama? Dimana Rayyan Ariff sekarang sekiranya tiada nenek dan atuk yang menyayanginya lebih dari segalanya? Tanpa ayah yang terus kuat menyokong? Dan tanpa ahli keluarga yang lain untuk sama-sama memantau perkembangannya? Kalau semuanya diharap pada perubatan sahaja, tanpa doa dan sokongan lain, mungkin Rayyan belum lagi sampai ke tahap ini. Jadi, berfikirlah kamu semua sebelum memulakan kata.

Sebagai seorang ibu yang mempunyai seorang anak yang normal (maaf jie, bukan maksud untuk mengatakan rayyan sebaliknya, cuma tidak tahu bagaimana mahu describe izzat) , saya malu pada diri sendiri. Saya tidak rajin dan tekun mengajar izzat bertepuk tangan, bersalam dan sebagainya. Mungkin saya terlalu 'take things for granted' hanya kerana izzat normal. Fikir saya, 'ah, nanti pandailah dia' atau 'belum masa lagi, dah sampai masa nanti dia pandai sendiri'. Dan saya juga kurang sabar bila izzat tak pernah nak duduk diam, alasan saya 'macamana nak ajar, tak duduk diam langsung'. Astaghfirullahhala'dzim...kenapalah sampai macam tu sekali saya fikir. Seharusnya saya lebih banyak belajar daripada memberi alasan.

Terima kasih jie kerana membuka mata dan fikiranku. Janganlah teragak-agak lagi untuk berkongsi keistimewaan Rayyan Ariff. Kalau ibu seperti saya (yang tidak tergolong dalam keluarga 'super' kamu) mampu tersentuh dengan keistimewaan Rayyan, apatah lagi mereka-mereka yang lain.

No comments:

Post a Comment