Semalam sebelum balik, sempat lagi saya menjenguk blog Cik
Gee . Terus ingatan saya kembali ke zaman anak dara sunti dulu. Rasa macam baru semalam kami bersama-sama bergelak ketawa, menangis & bermasam muka (biasa la...lumrah hidup kan?). tapi hari ni, masing-masing sudah berumah tangga & dah bergelar mak budak dah pun. Sungguh masa itu berlari pantas.
Mengimbas kembali kenangan di Universiti, pada hari pertama saya mendaftar lagi, saya sudah bertekad untuk tidak terlalu bergantung pada kawan2 (sebenarnya belum jumpa kawan lagi, tak tahu mana nak cari) & saya akan cari sendiri bilik kuliah serta fakulti. Ada juga tanya2 roomates & sesiapa yang saya jumpa masa orientasi, tapi, kebanyakannya tak kenal budak course saya (masa tu fakulti Chemical Engineering baru buka, so, tak ramai lagi student). Sehinggalah pada suatu hari tu roomate saya Siti bagitau ada sorg budak chem engine dok kat tingkat 4 , bilik no XXX (rasanya la...lupa la cik gee, sila clarify ya..hehehe). tapi, saya tak terus gi jumpa budak tu sebab pagi tu saya nak pergi survey fakulti & bilik kuliah (nak tengok jadual), saya gi sorang-sorang jer. Balik dari survey bilik kuliah & fakulti, saya singgah kat cafe bawah bukit (dekat ngan law faculty) dengan niat nak beli lunch. Maka saya pun survey la lauk-pauk yang ada, sampai kat satu bekas ni, saya nampak ketulan ayam yang saya rasa sangat luarbiasa besarnya. 2-3 kali saya tengok ayam tu, nak ambik tak berani, takut bukan ayam. Nak tanya makcik yang jual tu pun saya teragak-agak sebab nampak garang jer. Tapi, disebabkan saya bertekad nak survive sendiri, maka saya pun memberanikan diri la tanya makcik tu :
saya : Makcik...ni ayam apa ni?
makcik : (berkerut dahi tengok saya)...ayam la...ayam biasa...
saya: bukan AYAM BELANDA ke?
makcik: Hish! Ayam biasa la!
saya: Oooo...nampak macam besar sangat (sambil tersengih macam kerang busuk kat makcik tu)
tanpa membuang masa, saya terus ambil seketul letak dlm polystrene bersama-sama dengan lauk lain (hehehe...). Disebabkan saya ni digelar Hantu Goreng Pisang, maka, saya pun tapau la 3 keping pisang nangka yang besar-besar & makan sambil jalan balik.
Sampai kat hostel, saya teringat kat budak yang roomate saya cakapkan tu. Saya pun terus la panjat tangga sampai tingakt 4. Sampai kat depan bilik tu, saya terus ketuk pintu. Selang beberapa saat, seorang pelajar perempuan yang comel buka pintu. yang saya ni pulak, tanpa bagi salam (dah tercungap-cungap ni, penat panjat tangga) terus tanya :-
saya : gee eh?
cik gee : (muka pelik tengok saya) err...ha'ah...
(dengan selambanya saya terus masuk & duduk kat katil dia, sambil mengunyah goreng pisang - gila tak senonoh aku ni...hahaha)
saya: ni, aku dah gi survey fakulti, susah sikit nak cari fakulti kita, jalan pusing2. direction dia gini...bla..bla..bla...(panjang & tak ingat dah nak citer)...ko ingat tak ni? esok aku nak balik umah, tapi, jadual esok baru keluar, nnt kalau ko jumpa budak2 lain ko tolong gi ambik jadual ngan dorg ya, nnt kalau tak jumpa call aku...ni no. aku...
laju giler saya cakap, sampai cik gee tak sempat nak mencelah. Dia salin jer no. saya & cakap yang dia ada jumpa lagi 2 org budak chem engine.
Saya : ok lah, kalau takde apa-apa, aku balik dulu tau...pape hal call aku
Cik Gee: ok...
Dengan selamba lagi, saya terus keluar dari bilik cik gee dengan meninggalkan cik gee dalam keadaan terpinga-pinga melihat keselambaan saya. Cakap macam dah kenal lama & masuk pun tak bagi salam...hahaha...
Lepas tu kami jadi geng...diikuti dengan cik fika & cik kat...rupa-rupanya cik kat dah pernah tegur saya masa tengah beratur nak gi orientasi, tapi, cik kat cakap saya sombong sangat masa tu...dia pun malas nak layan sgt...hahaha...teruk betul saya ni...
kalau nak tengok gambar sila ler ke post cik gee yang
ni ya.