Tuesday, January 28, 2014

London & Paris 2013 : Part 1 - The arrival

Lamanya berhutang posting pasal trip to London & Paris. Natijahnya, banyak details yang dah terlupa. Nasib la kan...sapa suruh malas ek?

Sebelum disalah anggap, ingin saya terangkan di sini yang posting tentang trip kami ini bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk. Sekadar ingin berkongsi pengalaman & tips-tips dengan sesiapa sahaja yang merancang untuk melancong.

Saya rasa, beberapa perkara yang menjadi tanda-tanya dan yang penat saya buat research sebelum pergi hari tu adalah sangat perlu diterangkan dengan lebih terperinci. Contohnya ber'stroller' di sana, travel dengan anak kecil, makanan, kos & macam-macam lagi. Oleh itu, postings saya akan diterbitkan dalam beberapa siri. Hehehe...tak tau la bila nak habis...ikut tahap kerajinan la yer?

Ok...kita mulakan perjalanan cerita kembara ini sekarang. Maaf yer, saya takkan recap date sekian-sekian kat sini sebab memori ku sudah caca marba. Yang saya ingat adalah, kami bertolak ke London pada malam 21/8/2013 & sampai di sana pada pagi 22/8/2013.

Perancangan untuk ke London & Paris ni dah ada dalam kepala sejak hujung 2012 lagi, tetapi, percaya tak kalau saya cakap all the bookings (be room, tickets etc.) were made only in Jun? Hahaha...memang last minute punya orang la kan? Sebenarnya, survey tu yang makan masa, especially when banyak perkara yang tak jelas. Last time I was in London was in 2006. Masa tu bujang & pergi atas dasar kerja, so, memang lain la.

Kalau naik MAS, ada 2 choices jer timing untuk pilih penerbangan, flight pukul 11 pagi atau 11 malam.

Tips 1 : Untuk yang travel with kids, it's better for you to take the night flight as the children will be sleeping at least 6-7 hours. So, you'll have some times to rest.

Oh ya, lupa nak mention, sebelum beli tiket, please pilih timing dulu. Yang saya maksudkan adalah musim apa yang best nak melawat satu-satu tempat tu ya. Kami pilih summer supaya tak sejuk sangat. Tapi, summer in London selalunya HUJAN. So, tak la bagus sangat sebenarnya. Ada jugak hari-hari yang kami basah meredah hujan. Mr. Hubby pulak lupa nak bawak stroller rain cover. Nasib la kan...tapi alhamdullillah...budak2 ni tak demam or selesema sepanjang kat sana. Of course saya bagi dorang mandi & makan ubat everytime balik from any trips (ada juga time2 kami sampai apartment dlm pukul 10 malam...hehehe..oxford street punya penangan la ni...nanti kita citer ek...)


Hello Heathrow! After a looong flight...at last sampai juga
 
Dari Heathrow kami dah buat some study on how to move around London (Thanks so much to Cari Forum, ramai yang membantu saya dalam membuat research tak kurang juga yang menjawab soalan-soalan saya). Di London ada 2 jenis travel card, visitor oyster card & travelcard.
 
Oyster Card
Oyster card ni macam touch n go la. Tapi harga dia beza ikut zon. Saya pilih beli visitor oyster card ni untuk zon 1 & 2 sebab kebanyakan attraction adalah dalam zon 1 & 2. Kalau kita nak travel di luar zon 1 & 2 contohnya macam kami nak ke Harry Potter Studios di Zon 6, kami just top up the required amount jer. Untuk oyster card ni, kita boleh juga pilih 7 days travel card option. 7 days oyster travel card ni dia dah siap calculate (sekali dgn discount) minimum fare yang kita perlu bayar untuk travel within zone yang kita pilih (in my case is aroung 32 pound untuk seorang adult. Kad ni kami beli di Heathrow punya tube station. Oh ya, oyster travel card ni kita boleh guna untuk naik other public transport such as bus etc. & also boleh dpt 10% discount untuk naik river cruise.
 
7-days Travelcard
Kita akan diberi kad kertas yang kita kena tunjukkan pada gate keeper/bus driver. Function dia lebih kurang sama dgn oyster card, cuma kita tak boleh top up kat situ kalau nak keluar dari zon yang kita pilih. So, kalau nak travel luar dari zone, kena beli tiket lain. Unless memang u all nak beli travel card dari zon 1-6 la which will cost you around 50++ pound.
 
 
On the other hand, maybe ada banyak perubahan berkenaan transportation cost in 2013 & 2014. Untuk penjelasan yang lebih lanjut, saya cadangkan anda bertanya terus kepada forumer Cari Forum kat link London ni. They're all very helpful. Tapi, sebelum bertanya, sila baca the whole thread sepenuhnya ya, sebab mungkin pertanyaan anda akan terjawab sepanjang bacaan ni.
 

 

 
Kiri : Tengah study map kat luar King's Cross Station (Nak cari studio apartment yang kami book)
Kanan : Kat depan Studio To let, letak barang dulu kat lobi (tapi belum check in sebab kami sampai awal) & now going out for breakfast & jalan-jalan.
 
Di London, kami menginap di Studios To Let. Macamana kami tahu pasal apartment ni & kenapa kami pilih? semuanya setelah buat research di Cari Forum (seperti link di atas). Apartment ni dekat sangat dengan King's Cross Station (stesen yang menempatkan Eurostar Line ke Paris - our next destination) & dekat King's Cross Station ni jugaklah yang jadi lokasi penggambaran Harry Potter. Remember Platform 9 3/4 ? You could not miss this attraction! Apartment ni ada washing machine & dryer, tapi kena share la dengan tenants lain. Kalau travel abroad, kami memang suka ambik apartment dari hotel, lebih convenient & mudah sebab boleh basuh baju dan masak sendiri.


 
Kiri : Seronok depa ni dok main kat cafe ni. One of the cafes in King's Cross Station.
Kanan : At Green Park Station.
 

Kami punya schedule that day just jalan-jalan gi Buckingham Palace nak tengok changing guard ceremony at 11.30 am everyday. Tapi, sampai sana hujan pulak. Nasib baik dah siap-siap beli baju hujan kat Malaysia sebab memang dah ready tentang cuaca yang tak menentu di sana. So, kami tak stay lama kat sana & proceed to Bayswater. Kenapa Bayswater? Sebab kat situ la memori saya pertama kali ke London tersemat. Tapi, semua dah berubah. Kedai bunga cantik kat tepi blok dah tak ada, banyak kedai makanan halal yang best dah tak ada, yang ada cuma expensive middle eastern food jer. So, kami singgah la makan kat salah satu kedai tu. Tapi tak best sangat, pelayan pun kurang mesra. Lepas makan, kami singgah di Tesco Express for grocery shopping.

For the whole plastic bag (almost 1 week punya stok tu) I only spent 17++pound which is soooo cheap (kalau convert pun masih lagi murah). Dengan beras, minyak, telur, udang besar2, smoked mackerel, wedges, curly fries, berries, roti & macam-macam lagi la.
 
Oh ya, Studios to let tu, walking distance jugak ke euston station (the only train station yg kita boleh naik train ke Harry Potter Studios) & dekat euston station tu ada macam-macam kedai, M&S (a small Marks & Spencer yg jual groceries saja) so, senang la nak cari stok makanan.
 
Fuh, banyak lagi nak story mory ni. Tapi, tuan tanah dah penat dah menaip. Kita sambung nanti ya? Untuk anda yang merancang nak ke London tu, di alu-alukan untuk baca post ni. Kalau ada yang nak bertanya lanjut, sila la tinggalkan komen so that I could answer your specific questions.

Tuesday, January 21, 2014

Mummy macam syaitan?

Sedar tak sedar, dah setahun Izzat bersekolah. Alhamdulillah, banyak perkembangan diri Izzat yang positif kami lihat.

His english vocab has increased & he is more confident speaking in english. He could just switch to english in seconds if we asked him to do so!

Being a shy kid eversince, Izzat has changed so much. He talks a lot & always questioned us so many things.

A few months ago (yeah, yeah, I have been neglecting this blog sampaikan kena quote cerita 'a few months ago'..kira ok la tu...kalau jadi 'once upon a time'...haa...itu memang tahap legend la kan?..hahaha), he started to question us about heaven, hell, devil, angels & some other religous matters.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu saya temankan dia wee wee (it means 'pee' people!) then, this conversation took place :-

Izzat : Mummy...my friend taught me to wee wee like this... (Berdiri ko! Sambil buat aksi orang wee wee!)

Mummy : (Terkejut ni)...Abang..it's not proper to wee wee like that...do you know who actually love to wee wee like that?

Izzat : Who? (Curious)

Mummy : It's syaitan...if you don't want to become syaitan's friend, don't wee wee like that again ya? Always sit. Understand?

Izzat mengangguk je la. Sejak dari hari tu, banyak sangatlah soalannya pasal si setan ni. Rumah dia kat mana? Kalau kita azan, syaitan pegi mana? Macamana nak halau syaitan? Hmm...memang maknya kena digest balik buku teks agama darjah 5 la jawabnya.

Nak dijadikan cerita lagi. Satu hari ni, saya tengah membebel pasal diorang dok main toys tak kemas balik. Maknya dah la penat sepanjang hari kerja, balik rumah nak kena menikmati pandangan indah  rumah yang bagaikan tongkang pecah dek penangan toys yang berselerak. Tiba-tiba, Izzat bersuara...

Izzat : Mummy ni macam syaitan la...

Ambik kau...terkedu mummynya sekejap mendengarkan statement anak yang mencengkam jiwa...dah tak jadi dah nak marah...terkejut jugak bila anak samakan kita dengan setan...

Mummy : Kenapa abang cakap mummy macam tu?

Izzat : Ye la...mummy ni asyik marah je...syaitan je suka marah orang...

Mummy : (Dengan nada yang tenang)...mana ada mummy marah...mummy cakap je...ok la..ok la...mummy tak marah-marah dah...abang tolong mummy kemas ya?

Huhuhu...tamparan hebat sungguh...tak semena-mena...gelaran setan yang mummy dapat...so guys, berhati-hatilah ya bila anak-anak anda sudah mula curious...mungkin hidup anda akan diselubungi misteri...

Monday, January 20, 2014

Friends with benefit

Salam semua...

Eh, dah lama tak menulis di blog ni...tiba-tiba tajuknya macam ni ya?

Owh...jangan cepat melatah...kisah ini tidak berniat menyentuh peribadi sesiapa. Sekadar mahu berkongsi apa yang terlihat dan ternampak di pandangan mata.

Semua orang punya kawan kan? Kawan sedari kecil, kawan sekolah, kawan universiti, rakan sekerja, jiran-jiran, ibu kepada kawan-kawan anak kita dan macam-macam lagi jenis kawan yang tak tersebut kat sini.

Ada kawan yang makan kawan, ada kawan yang baik kat depan, ada kawan yang ikhlas berkawan, ada kawan yang berkawan dengan kita sebab mahukan sesuatu dari kita. Bila dah dapat, poof! terus hilang.

Kali ini saya teringin menyentuh tentang 'friends with benefit'. Perkara ini timbul dalam fikiran saya ketika melihat satu situasi di pejabat saya.

Di penghujung tahun 2013 baru-baru ini, ketua bahagian saya (seorang wanita) telah dinaikkan pangkat. Alhamdulillah, tahniah kepada beliau. Pangkat baru beliau telah meletakkan beliau sebagai orang ketiga di dalam barisan menuju ke puncak.

Ketua saya ini, orangnya agak reserved, kawan-kawan yang selalu datang ke bilik beliau untuk bertanya khabar dan berborak hanya 5 orang sahaja. Rasanya, mungkin mereka ini adalah orang yang sentiasa berkongsi suka duka dengan beliau.

Pada hari beliau menerima surat kenaikan pangkat, dengan tidak semena-mena, bahagian kami menerima kunjungan segerombolan manusia yang beria-ia datang mengucapkan tahniah kepada beliau. Siap berpeluk cium lagi. Gayanya seperti memang 'best friend forever' lah!

Kunjungan itu benar-benar membuka mata kami. Kerana di dalam gerombolan pengunjung itu, ada di antara mereka adalah orang yang selalu memburukkan beliau di belakangnya (kadang-kadang terdengar juga ditelinga kami bisikan-bisikan nakal tentang gosip di pejabat ini). Wow, begitu mudah sekali mereka menukar persepsi, hanya kerana pangkat yang dimiliki. Dalam masa yang sama, timbul rasa kasihan kami kepada sang ketua, adakah teman-teman ini akan bersama-sama menyedekahkan al-fatihah & bacaan yaasin sekiranya beliau pergi menghadap Ilahi? Sanggupkan teman-teman ini sama-sama mengiringi jenazahnya ke kuburan kelak? Wallahua'lam.

Ketika ini, saya merenung kembali perjalanan hidup saya. Adakah saya punya teman-teman yang setia? Perlukah saya mengharapkan kesetiaan dari seorang teman? Sepanjang hidup saya, saya tidak mempunyai ramai teman rapat. Dari satu fasa ke satu fasa, saya punya sekumpulan teman yang saya kirakan 'rapat'. Namun, istilah rapat itu terhenti disitu sahaja. Tamat belajar, 'full stop'. Bertemu memanglah jarang, bercakap telefon pun kurang. Lebih-lebih lagi bila masing-masing sudah berumahtangga.

Saya cemburu bila melihat status teman-teman lain keluar bertemu teman-teman rapat masing-masing. Tak kiralah masing-masing dengan  stroller masing-masing pun, namun, tetap punya masa bertemu dan bertanya khabar.

Namun, tak semuanya begitu...alhamdulillah, baru-baru ini saya berpeluang bertemu teman-teman lama yang suatu masa dulu sangat dekat dihati saya.

Buat Gee, Kat, Fika, Pija, Yan, Azee...korang tetap dihati aku...sampai bila-bila...insya-Allah, akan kupelihara persahabatan kita hingga ke akhir hayat...

Buat Che A, Diey, Farah, Atem & Su...you will still be in my heart...no matter what...

Buat Lin & Kak Zulia...thanks for being there for me & may we will be friends forever

Buat Ashra...terima kasih kerana menjadi teman sekasut yang sangat memahami...terima kasih juga kerana rajin tinggalkan jejak di rumah usang ini...semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila

Buat teman-teman yang tidak kusebut namanya disini...terima kasih kerana menerima ku sebagai teman...

Alhamdulillah...Thank You Allah for blessing me with wonderful friends throughout my life journey...

Thursday, October 24, 2013

What a life...

Lamanya tak berupdate blog ni...nak buat macamana...tahap kemalasan yang terlampau tinggi meluap-luap ni...hehehe...maaf lah ya...

Sepanjang saya menghilangkan diri dari ber'blogging' ni, banyak perkara yang nak dikongsi, tapi, masa amat sangatlah cemburu dengan diri ini. Kisah percutian kami ke London-Paris (kalau nak update yang ni, makan masa gak ni), aktiviti harian, Dots & Bows & some other random things that crossed my mind to be shared.

Basically, our trip to London & Paris was fun & exhausting. Sebelum bertolak rasa macam cukup kot 6 hari di London & 4 hari di Paris. Rupanya...nan hado...London was great & rasa nak pegi lagi jer (ehem..ehem..hope Mr. Hubby read this). Tapi tak apalah, apa-apapun kita kenalah ukur baju di badan sendiri. Syukur tak terhingga atas kurniaan Yang Maha Esa, walaupun tak kaya-raya...rezeki tu tetap ada.

Bercerita tentang kaya raya ni, risau juga saya kalau-kalau ada mana-mana posts saya yang lepas menyebabkan ada yang salah faham. Saya mula berniaga bukan dengan niat nak kaya raya. Sekadar cuba 'establish'kan satu bentuk pendapatan sampingan sekiranya satu hari nanti saya buat keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah.

Seperkara lagi yang merisaukan saya adalah tentang mentor yang membantu & mengajar saya untuk memulakan perniagaan online ini. Nampak gayanya agak 'memaksa' saya untuk push sales to the limit. Cara approach pelanggan pun agak keras. Itu bukan cara saya. Saya tak nak paksa sesiapa membeli produk saya. Pushing sales memanglah perlu, tapi, biarlah saya gunakan cara yang lebih berhemah. Kalaulah satu hari nanti saya berhenti kerja, tujuan utama saya adalah menguruskan rumahtangga. Bisnes dah jatuh no. 2. Kalau rumahtangga terabai, rasanya tak ada guna saya berhenti kerja. Might as well saya teruskan kerja tetap ini sambil uruskan rumahtangga tanpa perlu berbisnes. Betul tak?

Life is too short to be wasted, so, appreciate whatever we have. Biarlah kita tak kaya & ternama kalau kaya itu akan menjadikan kita riak. Ingatan untuk diri saya juga...sekian...

Oh ya, updates & pictures of our trip later ya? Hehehe

Monday, July 15, 2013

Alhamdulillah...

Selamat menyambut Ramadhan semua...seperti tahun-tahun sebelum ini, sambutan Ramadhan kami sekeluarga sederhana saja. Yang penting amal ibadat perlu digandakan. Seperti bait-bait lirik lagu nyanyian Raihan bersama Man Bai yang sentiasa menyentuh perasaan saya :-

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...agar dapat kulalui dengan sempurna...

Tiada lain yang saya harapkan...semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa saya & keluarga...

Hidangan kami Ramadhan ini lebih sederhana, tak mahu membazir dah berlebih-lebih. Cukup sekadar memenuhi 1/3 ruang perut sepertimana yang disarankan oleh Rasulullah. Cuma dihujung minggu saya akan memenuhi permintaan suami dan anak-anak untuk memasak lauk-pauk kesukaan mereka.

Izzat masih belum saya ajar berpuasa, biarpun separuh hari. Mungkin tahun depan kami akan mula melatih dia berpuasa.

Oh ya...dalam pada saya berdiam diri beberapa ketika ini, sesuatu yang dirancang akhirnya berjaya juga dijadikan kenyataan. Alhamdulillah...saya telahpun memulakan perniagaan secara atas talian (online) secara kecil-kecilan. Buat masa ini, saya hanya menjual dress2 comel untuk kanak-kanak perempuan dan juga baju kurung bayi.

Awal perniagaan ini, saya hanya ingin mendapatkan perhatian teman-teman baru di facebook, tidaklah saya beria-ia ingin menghabiskan jualan dengan memberikan maklumat-maklumat yang tidak tepat berkenaan produk yang saya jual. Kalau boleh, saya mahu pelanggan-pelanggan saya menjadi kawan-kawan baru yang sentiasa berinteraksi dan berkongsi cerita.

Mengikut perancangan saya, sedikit demi sedikit saya akan menghasilkan rekaan saya sendiri (dalam kuantiti yang minima untuk memastikan jahitan yang kemas dan teratur). Saya gemar berimaginasi dengan fesyen...terutama sekali untuk muslimah dan kanak-kanak. Seringkali saya terfikirkan gaya-gaya yang saya mahukan pada blouse-blouse dan gaun-gaun comel. Walaupun sedikit sebanyak saya rasakan ianya agak mustahil untuk saya hasilkan (maklumlah, ijazah saya dalam bidang kejuruteraan...bukan fashion design), tapi, saya rasa saya patut cuba (kecut perut saya tiap kali fikirkan kebarangkalian kegagalan).

Namun, saya akan tetap berdoa dan mohon petunjuk daripada yang Maha Esa. Kalau berjaya perjalanan ini saya tempuhi, saya harap saya dapat menumpukan perhatian pada keluarga dengan menjadikan masa saya lebih fleksibel.

Akhir kata...terimalah...Dots & Bows...untuk anda semua

Like kami di https://www.facebook.com/DotsNBows



Friday, June 21, 2013

Cerita Baru

Lepas 2-3 bulan baru nak cerita pulak ya? Pulun semua dalam satu post ye tak? Hehehe...takpe la...bukannya niat saya nak jadikan blog ni blog popular pun...sekadar mencoret apa yang dirasakan perlu.

Oh ya, sedikit update tentang sixth sense izzat. Kami dah jumpa balik ustaz tu, & dia minta kami mandikan izzat dgn air masjid yang dibacakan ayat Quran selama 3 petang berturut-turut dengan pakai baju lama izzatyang juga dia dah bacakan. Lepas petang ketiga, baju tu dibuang ke sungai. So far ok la, ustaz tu cakap benda tu belum kuasai izzat, dia cuma ikut je.

So, after a few days, saya saja la nak test. Masa tgh mandikan izzat, saya tanya la izzat...

Mummy : Izzat....Izzat nampak hantu lagi tak?
Izzat : Nampak....
Mummy : Ye ke?
Izzat : mmm...
Mummy : Kat mana?
Izzat : Kat bilik mummy dah takde...
Mummy : Habis tu kat mana?
Izzat : Kat sini...(referring to the toilet)
Mummy : (sedikit terkejut) Bila?
Izzat : (Dengan selambanya dia jawab)....Sekarang....

Saya gelak je la, memandangkan Izzat rileks je walaupun dia claim dia nampak hantu, saya pun tak takut sangat. Takde la sampai meremang segala bulu yang ada. Hmm...kalau dah takdir nak buat macamana kan? Cuma kami akan ikhtiar lagi sekiranya perkara-perkara ni betul-betul ganggu kehidupan dia.

By the way...both Izzat & Amani now dah tido separate dari kami.

Cerita pasal anak bujang saya sorang ni.

Before bedtime (weekend), dia mesti akan tengok movie yang papa dia download kat desktop. Papa dia ajar, kalau dah habis tengok, komputer kena shutdown & dia cuma boleh tengok 1 movie je before sleep. & after habis 1 movie tu, walaupun kami berdua dah tertido awal, bangun pagi, desktop mesti dah shutdown. & dia takkan naik tido atas katil kami lepas kami ajar dia tido dekat tempat dia.

Amani pulak, progress dia lagi cepat dari izzat. At the age of 1 year 7 months, she can speak quite well & she can even sing buai laju-laju in full. Terkejut gak kami dengar. & latest, dia dah boleh kira 1-10 in both malay & english.

Izzat sekarang ni pun, dah banyak vocab english dia. & dia dah faham kalau kita cakap english dengan dia, cuma ada yang dia boleh jawab balik dalam english, ada jugak yang dia jawab balik in malay. Ok jugak la skolah dkt brainy bunch ni. Banyak lagi progress dia selama 6 bulan di sana. Tapi takpe la, we just keep it to ourselves.

If ada yang sedang mencari-cari pre-school utk anak-anak tu, nasihat saya, kalau ada terbaca review yang tak best tu, jgn terus jump into conclusion yang skolah tu tak bagus, mungkin cawangan tu je yang tak bagus. The best way is, to ask parents yang dah hantar anak kat situ. Pegi tanya petang-petang masa dorg nak ambik anak. Sebab masa tu, dorng tak rushing sgt.

Till God-knows-when...tata

Monday, April 22, 2013

Change of Plan?

Tahun ni, kami plan untuk bercuti jauh sikit...dan juga lama sikit dari kebiasaan. Lebih-lebih lagi sebab dah 2 tahun kami tak bercuti jauh sebab pregnancy & Amani kecil sangat nak bawa jalan...Tapi, tiba-tiba terfikir pula berkenaan projek lain yang kami nak buat. Antaranya adalah laminated flooring untuk keseluruhan bahagian atas rumah kami, bilik jahitan saya cum library & juga bilik anak-anak. Saya plan nak pisahkan bilik tidur mereka dalam masa terdekat ni. Buat masa ni, both of them are sleeping with us on the same bed. Lagi lama, takut lagi clingy nanti susah pulak.

We did tell izzat this matter, but, it seems like he doesn't like the idea. Walaupun nak separate katil je. Saya rasa semua ni bertitik tolak daripada beberapa peristiwa yang berlaku dalam beberapa bulan yang lalu.

Untuk pengetahuan semua, saya ni memang suka tengok cerita hantu dan baca kisah-kisah mistik di forum cari. To be honest, tak pernahlah pulak cerita-cerita yang saya baca dan tengok tu mempengaruhi kehidupan saya. Sekadar hiburan je la kekdahnya. Dan saya pun tak pernah alami peristiwa-peristiwa mistik sepanjang kehidupan ini (nau'zubillah!).

Nak dijadikan cerita, satu malam yang hening dimana suami saya bekerja shif malam, kami anak-beranak pun masuk tidur awal. Seperti biasa la, budak2 ni dok melompat-lompat atas katil. Saya pun tinggal la sekejap untuk ke bilik air. tak lama lepas tu, saya dengar Izzat terjerit-jerit panggil nama saya....

Saya : Kenapa izzat? (terkocoh-kocoh keluar dari bilik air dalam masa yang sama, saya nampak izzat sedang menutup muka dengan tangan)

Izzat : Ada hantu kacau izzat....

berkerut kening saya sambil lihat sekeliling.

Saya : Kat mana?

Izzat : Tu...kat atas tu (sambil menuding ke arah kepala katil)...

Saya : Ish....mana ada? (cuba mengalih perhatian)

Izzat : Ada...

Saya : Apa dia buat kat situ? (saja menduga)

Izzat : Dia tak buat apa-apa...dia pandang Izzat je...

Saya : (tak mahu menyoal lebih lanjut...lebih-lebih lagi bila bulu roma dah meremang seram)...dah...dah...mummy dah halau dia dah...jom tido...

Malam tu, kami tiga beranak tido berpelukan. Penyek adik kat tengah...hahaha...

Keesokan harinya, saya cerita pada Mr. Hubby, then, masa ambil izzat dari sekolah, Mr. Hubby tanya la kat dia. Kata izzat, ada 2 ekor, yang kat atas headboard katil tu kaler hitam, kecik je, rambut panjang. Lagi satu cantik, pakai baju putih & trying to walk towards him from his papa's bedside. Tapi, Izzat tak ada la cam takut sangat2...cara dia cakap tu macam dah biasa tengok...masa kecik2 dulu dia selalu menjerit takut tiba-tiba je...tapi, kami ignore je la sebab nampak macam tak melarat. Susulan dari peristiwa tu, kami ada bawa dia jumpa ustaz...ustaz tu suruh datang lagi bawak baju2 lama izzat & air kolah 3 masjid. tapi, memandangkan izzat cam takde la effect sangat dgn benda2 ni, kami tak pergi lagi follow-up dengan ustaz tu. Nampak gayanya, kena pegi jugak kot dalam masa terdekat ni sebab dia takut nak tido sorang.

Dan sejak dari hari tu jugak, izzat ada la cakap kat kitaorng kalau dia nampak hantu kat mana-mana. Tapi, takde la macam takut pulak. lepas izzat cakap, amani mesti ikut. Tah pape tah budak2 ni. Still we ignore them...ye lah...dah budak2 pun tak takut...yang mak bapaknya nak menggelabah kenapa pulak kan? Hehehehe...

Sampai di sini saja lah ngomelan saya ya...tak tau la jadi ke tak tukar plan ni...