Lamanya tak berupdate blog ni...nak buat macamana...tahap kemalasan yang terlampau tinggi meluap-luap ni...hehehe...maaf lah ya...
Sepanjang saya menghilangkan diri dari ber'blogging' ni, banyak perkara yang nak dikongsi, tapi, masa amat sangatlah cemburu dengan diri ini. Kisah percutian kami ke London-Paris (kalau nak update yang ni, makan masa gak ni), aktiviti harian, Dots & Bows & some other random things that crossed my mind to be shared.
Basically, our trip to London & Paris was fun & exhausting. Sebelum bertolak rasa macam cukup kot 6 hari di London & 4 hari di Paris. Rupanya...nan hado...London was great & rasa nak pegi lagi jer (ehem..ehem..hope Mr. Hubby read this). Tapi tak apalah, apa-apapun kita kenalah ukur baju di badan sendiri. Syukur tak terhingga atas kurniaan Yang Maha Esa, walaupun tak kaya-raya...rezeki tu tetap ada.
Bercerita tentang kaya raya ni, risau juga saya kalau-kalau ada mana-mana posts saya yang lepas menyebabkan ada yang salah faham. Saya mula berniaga bukan dengan niat nak kaya raya. Sekadar cuba 'establish'kan satu bentuk pendapatan sampingan sekiranya satu hari nanti saya buat keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah.
Seperkara lagi yang merisaukan saya adalah tentang mentor yang membantu & mengajar saya untuk memulakan perniagaan online ini. Nampak gayanya agak 'memaksa' saya untuk push sales to the limit. Cara approach pelanggan pun agak keras. Itu bukan cara saya. Saya tak nak paksa sesiapa membeli produk saya. Pushing sales memanglah perlu, tapi, biarlah saya gunakan cara yang lebih berhemah. Kalaulah satu hari nanti saya berhenti kerja, tujuan utama saya adalah menguruskan rumahtangga. Bisnes dah jatuh no. 2. Kalau rumahtangga terabai, rasanya tak ada guna saya berhenti kerja. Might as well saya teruskan kerja tetap ini sambil uruskan rumahtangga tanpa perlu berbisnes. Betul tak?
Life is too short to be wasted, so, appreciate whatever we have. Biarlah kita tak kaya & ternama kalau kaya itu akan menjadikan kita riak. Ingatan untuk diri saya juga...sekian...
Oh ya, updates & pictures of our trip later ya? Hehehe
No comments:
Post a Comment