Monday, January 20, 2014

Friends with benefit

Salam semua...

Eh, dah lama tak menulis di blog ni...tiba-tiba tajuknya macam ni ya?

Owh...jangan cepat melatah...kisah ini tidak berniat menyentuh peribadi sesiapa. Sekadar mahu berkongsi apa yang terlihat dan ternampak di pandangan mata.

Semua orang punya kawan kan? Kawan sedari kecil, kawan sekolah, kawan universiti, rakan sekerja, jiran-jiran, ibu kepada kawan-kawan anak kita dan macam-macam lagi jenis kawan yang tak tersebut kat sini.

Ada kawan yang makan kawan, ada kawan yang baik kat depan, ada kawan yang ikhlas berkawan, ada kawan yang berkawan dengan kita sebab mahukan sesuatu dari kita. Bila dah dapat, poof! terus hilang.

Kali ini saya teringin menyentuh tentang 'friends with benefit'. Perkara ini timbul dalam fikiran saya ketika melihat satu situasi di pejabat saya.

Di penghujung tahun 2013 baru-baru ini, ketua bahagian saya (seorang wanita) telah dinaikkan pangkat. Alhamdulillah, tahniah kepada beliau. Pangkat baru beliau telah meletakkan beliau sebagai orang ketiga di dalam barisan menuju ke puncak.

Ketua saya ini, orangnya agak reserved, kawan-kawan yang selalu datang ke bilik beliau untuk bertanya khabar dan berborak hanya 5 orang sahaja. Rasanya, mungkin mereka ini adalah orang yang sentiasa berkongsi suka duka dengan beliau.

Pada hari beliau menerima surat kenaikan pangkat, dengan tidak semena-mena, bahagian kami menerima kunjungan segerombolan manusia yang beria-ia datang mengucapkan tahniah kepada beliau. Siap berpeluk cium lagi. Gayanya seperti memang 'best friend forever' lah!

Kunjungan itu benar-benar membuka mata kami. Kerana di dalam gerombolan pengunjung itu, ada di antara mereka adalah orang yang selalu memburukkan beliau di belakangnya (kadang-kadang terdengar juga ditelinga kami bisikan-bisikan nakal tentang gosip di pejabat ini). Wow, begitu mudah sekali mereka menukar persepsi, hanya kerana pangkat yang dimiliki. Dalam masa yang sama, timbul rasa kasihan kami kepada sang ketua, adakah teman-teman ini akan bersama-sama menyedekahkan al-fatihah & bacaan yaasin sekiranya beliau pergi menghadap Ilahi? Sanggupkan teman-teman ini sama-sama mengiringi jenazahnya ke kuburan kelak? Wallahua'lam.

Ketika ini, saya merenung kembali perjalanan hidup saya. Adakah saya punya teman-teman yang setia? Perlukah saya mengharapkan kesetiaan dari seorang teman? Sepanjang hidup saya, saya tidak mempunyai ramai teman rapat. Dari satu fasa ke satu fasa, saya punya sekumpulan teman yang saya kirakan 'rapat'. Namun, istilah rapat itu terhenti disitu sahaja. Tamat belajar, 'full stop'. Bertemu memanglah jarang, bercakap telefon pun kurang. Lebih-lebih lagi bila masing-masing sudah berumahtangga.

Saya cemburu bila melihat status teman-teman lain keluar bertemu teman-teman rapat masing-masing. Tak kiralah masing-masing dengan  stroller masing-masing pun, namun, tetap punya masa bertemu dan bertanya khabar.

Namun, tak semuanya begitu...alhamdulillah, baru-baru ini saya berpeluang bertemu teman-teman lama yang suatu masa dulu sangat dekat dihati saya.

Buat Gee, Kat, Fika, Pija, Yan, Azee...korang tetap dihati aku...sampai bila-bila...insya-Allah, akan kupelihara persahabatan kita hingga ke akhir hayat...

Buat Che A, Diey, Farah, Atem & Su...you will still be in my heart...no matter what...

Buat Lin & Kak Zulia...thanks for being there for me & may we will be friends forever

Buat Ashra...terima kasih kerana menjadi teman sekasut yang sangat memahami...terima kasih juga kerana rajin tinggalkan jejak di rumah usang ini...semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila

Buat teman-teman yang tidak kusebut namanya disini...terima kasih kerana menerima ku sebagai teman...

Alhamdulillah...Thank You Allah for blessing me with wonderful friends throughout my life journey...

2 comments:

  1. kannn... aku pun jeles jumpa kawan2 bawak anak-anak (mana yang dah berkeluarga)

    ReplyDelete
  2. Jom gather lagi gee! Kali ni mak-mak & anak2 kecik jer...yg besar2 tinggal kat bapak...hahaha

    ReplyDelete