Thursday, February 14, 2013

Dimana Hati Saya?

Sejak beberapa minggu yang lalu, hati saya dah tak ada di tempat kerja...yang saya fikir cuma tentang anak-anak & what kind of activities should I do with them...kekangan saya adalah masa...buat kerja hanya sekadar buat je...hati saya ada di rumah...apa yang saya nak buat dengan anak2 malam ni...apa saya nak masak untuk dinner & bekalkan mereka ke sekolah...tapi, end up...tak sempat...semua tak sempat...

Rumah tak terurus...kain tak berlipat...dah lipat pun tak sempat nak masukkan dalam wardrobe...

Saya cemburukan ashra...yang mampu bersama dengan anak2 dan suami sepanjang masa...ceria jer sentiasa berkhidmat untuk mereka walaupun she has a degree in civil engineering...yang lebih saya cemburukan adalah ashra punya masa untuk fikir tentang dimana jiwanya...congrats ash! I'm soooo happy for you...

Membaca entry ashra hari ni, saya sedikit tersentak...jiwa saya juga pada bidang penulisan...sebelum ini, tangan ini lancar menari di papan kekunci mencurahkan idea yang tidak henti-henti mengalir bagi menghasilkan sebuah skrip...kepuasan itu ada walaupun tidak sepenuhnya (maklumlah, menulis cerita yang sudah dipilih jalan ceritanya oleh stesen tv).

Saya ada berbincang dengan sang suami...memberikan masa 5 tahun lagi untuk saya meneruskan kerjaya sekarang dan mencari tapak dalam bidang yang lebih dekat dengan jiwa saya...dalam masa yang sama, saya boleh memantau perkembangan anak2...mengambil berat tentang pelajaran dan masa depan mereka...saya sedang bersedia ke arah itu...

kepada ashra...goodluck & all the best...

Wednesday, January 30, 2013

Rajuk Semalam

semalam merajuk terus dgn Mr. Hubby...mana tak nya...wish bday pun dah pkl 3 ptg...pastu macam ala kadar jer wish...sedih giler...

Tapi...lepas luch td, recept kat ofis panggil....& when I approached her, she presented me with this...


& the card says...




Thank you very much sayang....sorry for being cranky...love u so much too dear...

Wednesday, January 9, 2013

Cerita Tentang Sekolah - Izzat

Selamat Tahun Baru....

Harap masih belum terlambat untuk wish everybody Happy New Year.

Cerita tentang tahun baru, tahun ini kami decide untuk hantar izzat ke sekolah. And we choose Brainy Bunch for Izzat, though a lot of unpleasent stories heard, we would like to give it a chance first.

First day in school, Izzat was crying when we left him, but, not for long. And now, he started to like his school & just cry a little bit when I send him in the morning.

Amani also went to nursery starting this week. seperti yang dijangka, dia menangis sampai hilang suara (sama macam izzat dulu juga). Siap mogok tak nak minum susu. Cuma rajuknya makin hari makin kurang kata cikgu. Hopefully adik can cope with this. Mummy tahu, adik suka berkawan.

Masalah saya pula, bila sekolah izzat tak mahu terima izzat sebelum pukul 7. & due to this matter, I could not arrived at my office by 8. So, I change my duty period from 8 am-5 pm to 8.30 am-5.30 pm. But, traffic after 7 is really unpredictable. This week itself my attendance record dah 2 kali merah (selang-seli everyday). CEO pulak dah warning tak boleh bagi alasan traffic jam kalau lambat sampai. So, macamana? Hmm....teruk la kalau macam ni. FYI, hari ni saya sampai ofis pukul 8.58 am. Ada juga discuss with the teachers if they could accept izzat by 6.45 am. Tapi, they all macam reluctant sikit sebab diorg punya waktu kerja 7-7. Hmm...entah la...nak buat macamana pun saya tak tahu lagi dah. Minggu ni sangat tension, buat kerja pun tak boleh fokus. Sampai rasa macam nak quit my job, jaga anak-anak & kerja balik lepas anak-anak semua dah besar. Tapi...tak semudah itu, banyak perkara perlu difikirkan sebelum buat keputusan.

To tell the truth, I love my job. Knowledge yang saya dapat memang banyak. Tapi, kadang-kadang rasa tersepit antara kerjaya & keluarga. Saya memang fikir nak monitor pelajaran anak-anak, buat something fun with them, but, what can we do if we only have 3-4 hours with them everyday. Balik rumah nak masak, basuh kain, prepare barang2 anak-anak nak ke sekolah esoknya, lepas tu dah nak tido. Bila masanya untuk saya check buku sekolah anak-anak? Bila saya nak ambil tahu tentang apa yang mereka buat di sekolah? Bila saya boleh bergurau dengan mereka sedangkan I was so grumpy all the time due to stress? Kesiannya anak-anak mummy...

Kepada kawan-kawan yang kini menjadi surirumah sepenuh masa walaupun mempunyai kelayakan degree/masters, saya sangat-sangat memerlukan pandangan anda....Ashra...tolong ya...

Monday, October 29, 2012

Kejadian Di Malam Hari Part 2

Semalam, lepas jam dah menunjukkan pukul 10.30 malam, saya naik ke atas meninggalkan budak kecik berdua tu dengan papanya. Tujuannya adalah untuk menggosok baju kerja stok seminggu. Selang 15 minit, kedengaran bunyi budak kecik memanggil

Izzat : Mummy....? (Looking for me i guess)

Mummy : Yer...mummy kat atas...

Then kedengaran bunyi tapak kaki kecil menaiki anak tangga. Tak sampai 2 minit, muncul la Izzat depan pintu bilik.

Izzat : Mummy...mummy buat apa?

Mummy : Mummy gosok baju...

Izzat : oooo....

Saya peratikan jer budak kecik ni, dia terus jalan masuk bilik menuju ke tempat mainannya yang bersepah tu.

Mummy : Izzat, baby tinggal dnegan sapa?

Izzat : Dengan papa...

Mummy : Kenapa izzat tak jaga baby?

Izzat : Izzat dah lama tak jumpa mummy...

Mummy = confuse....bukan baru 20 minit tadi dah dok bergurau bagai ke?

Tak lama lepas tu, I heard the same sentence coming out from his mouth, but this time, it was addressed to his papa...& I heard a short laugh from him...hehehe...budak2...entah apa la yang dia fikir agaknya.

Lamanya Tak Meng'update' Blog & Entry Khas Untuk Cik Siti Hamizah

Assalamua'laikum semua...

Lama sungguh blog ni terabai, bukan tak teringin nak update, tapi tak berkesempatan. Otak penat, badan pun penat. Bila baca blog ashra, tengok dia dah berjaya dah ajar aleesya baca, jealous sungguh diri ini...huhuhu...azam saya selama ni nak mengajar izzat baca tah ke mana-mana tah...kerjaya bukan alasan sebenarnya...hopefully, saya mampu ajar izzat sekurang-kurangnya mengenal nombor & huruf sebelum tahun ini berakhir...semoga segala perancangan diperkenankan Allah S.W.T.

Seperti yang Cik Gee sedia maklum (Hehehe...saja jer petik nama ko gee)
Saya ni boleh tahan hebat jugak bila masuk bab berangan ni. So, demi mencapai anganan tahap langit ketujuh, saya sekarang ni sedang berangan nak plan wedding adik bongsu saya yang entah bila la nak menamatkan zaman bujangnya tu (Ti...if you're reading this, please do remember that you're turning 26 next year...the age when I got married...so, jangan lambat2 yer). Berikut adalah senarai angan2 makcik untuk Cik Siti :-

1. Akad nikah
- Pentas akad nikah berada di luar rumah, di bawah cahaya bulan & bintang yang bergemerlapan. Memandangkan saya ni minat cerita2 melayu klasik, decoration nya mestilah ala-ala taman serendah sekebun bunga. Semua tetamu akan duduk di atas bantal khas yang disusun mengelilingi pentas akad nikah menantikan lafaz akad oleh sang pengantin (Jumlah tetamu majlis ni terhad ya, dalam 50 orang saja bagi kedua-dua belah pihak). Venuenya mungkin di rumah baru cik di Putrajaya...hehehe.
- Pengantin perempuan pula akan duduk bersimpuh di pelamin ringkas (juga bertemakan taman serendah sekebun bunga) ditemani dayang-dayang berpakaian sedondon, persis seorang puteri.
- Selesai majlis, tetamu-tetamu akan dihidang dengan jamuan ringkas di bawah kanopi lutsinar dengan meja bulat dan kerusi chiavari berhias indah sambil diiringi alunan muzik ghazal (live or recorded based on budget...hehehe)

2. Reception
- Also with limited guests (unless mama nak jemput ramai for the last wedding in the family la). Since garden concept is never outdated, I might suggest it to Cik Siti, unless she wants a beach wedding or other concept la (please inform me 1st yer Cik Siti). The details? Not yet in my head...hehehehe...nnt kita sambung part 2 yer..

By the way Cik Siti, happy belated birthday dear sis...sorry, tak wish on time...lupa la...maklum la, dah makin dimamah usia...wish you all the best in life & may you find your dream husband & have a great life together...

p/s : mama sue, amani is turning 1 next week...so sad you could not join the party...but, don't forget the gift ya? Hihihi

Saturday, March 24, 2012

Kejadian Di Malam Hari

Pagi tadi, kami ke Subang Parade (papa, mama, me, izzat & amani). Papa & Izzat ke Parkson sebab izzat nak tengok toys. Lepas tu, kami jumpa kat Sunshine Kebab for lunch. Saya tengok kat tangan izzat ada a few dinosaurs. Not much asking, we ate & get back home.

Later that night, while izzat was busy playing with his dinosaurs, this conversation took place :-

Me : Izzat ni apa ni? (merujuk kepada gambar di bawah)



Izzat : Batu...

Me : Ni pulak? (merujuk kepada gambar di bawah)

Lama pulak dia dok fikir...then he smiled at me...and this is his answer...

Izzat : Sayur...



Me : Errkk...(telan air liur)...

Hehehe...anak aku...

Thursday, March 22, 2012

Dancing Day!

Sesudah seminggu berlatih, akhirnya hari yang dinanti-nanti telah tiba. Sepanjang minggu ni, Izzat memang excited sangat nak gi school. Time petang bila ambil dia kat school, sibuk cakap... 'esok izzat gi school lagi tau?'. Kalau diingatkan semula, saya dulu-dulu pun excited jugak nak ke sekolah kalau ada function apa-apa. Al-maklumlah, boleh melaram bagai, sapa yang tak seronok ye tak?

So, pagi tadi saya mintak time off kejap dengan boss sebab nak gi tengok izzat menari. Elok je saya sampai kat dewan, izzat & friends tengah beratur nak naik pentas. Kecoh satu dewan dok gelakkan budak-budak ni semua. Mana tak nya, macam-macam gaya yang ada. Ada yang siap nangis nak turun pentas bila nampak mak masing-masing. Saya pun berdebar jugak la kot-kot izzat pun nangis bila nampak saya. But, to my surprise, he just waved & smiled at me. How amazing is that! Wow, it seems like my boy has grown up! Syabbas beta!

Lagu background tarian dorang adalah lagu Joget Kasih Tak Sudah nyanyian Dato' Siti. Masa berlatih, lagu tu ada suara, tapi, masa real time ni, tah sapa la yang gi tekan karaoke function, jadi keluar muzik saja. Budak-budak ni terus la tak tau nak masuk. Sib baik cikgu-cikgu ada yang guide kat atas & kat bawah.

Seeing these cute little kids singing & dancing on stage are so funny! Gemuruh satu dewan tu dok gelak. Macam-macam gaya budak-budak ni semua, ada yang tertonggeng la, yang buat ultraman la.

Habis je persembahan, they all dapat tepukan gemuruh pastu dapat upah party pack sorang satu. Izzat lak, turun je dari pentas terus datang kat saya & sengih2 sambil cerita dia menari (padahal mummy dah tengok, nak jugak citer...nama pun budak...ikutkan je la). Yang saya risau la, cemana nak balik ofis ni, sebab izzat mesti ingat saya datang nak ambik dia. Pujuk punya pujuk, bila cikgu dia ambik bwk masuk school, saya terus jalan ke kereta cecepat.

Akhirnya saya berjaya sampai kat ofis tak sampai 10 minit. So guys, here are the pictures (dua je, saya malas nak upload banyak2...hehehe)



Izzat & his bestfriend Iffat





My handsome little boy!