Thursday, February 14, 2013

Dimana Hati Saya?

Sejak beberapa minggu yang lalu, hati saya dah tak ada di tempat kerja...yang saya fikir cuma tentang anak-anak & what kind of activities should I do with them...kekangan saya adalah masa...buat kerja hanya sekadar buat je...hati saya ada di rumah...apa yang saya nak buat dengan anak2 malam ni...apa saya nak masak untuk dinner & bekalkan mereka ke sekolah...tapi, end up...tak sempat...semua tak sempat...

Rumah tak terurus...kain tak berlipat...dah lipat pun tak sempat nak masukkan dalam wardrobe...

Saya cemburukan ashra...yang mampu bersama dengan anak2 dan suami sepanjang masa...ceria jer sentiasa berkhidmat untuk mereka walaupun she has a degree in civil engineering...yang lebih saya cemburukan adalah ashra punya masa untuk fikir tentang dimana jiwanya...congrats ash! I'm soooo happy for you...

Membaca entry ashra hari ni, saya sedikit tersentak...jiwa saya juga pada bidang penulisan...sebelum ini, tangan ini lancar menari di papan kekunci mencurahkan idea yang tidak henti-henti mengalir bagi menghasilkan sebuah skrip...kepuasan itu ada walaupun tidak sepenuhnya (maklumlah, menulis cerita yang sudah dipilih jalan ceritanya oleh stesen tv).

Saya ada berbincang dengan sang suami...memberikan masa 5 tahun lagi untuk saya meneruskan kerjaya sekarang dan mencari tapak dalam bidang yang lebih dekat dengan jiwa saya...dalam masa yang sama, saya boleh memantau perkembangan anak2...mengambil berat tentang pelajaran dan masa depan mereka...saya sedang bersedia ke arah itu...

kepada ashra...goodluck & all the best...

3 comments:

  1. Alahai wanie...jangan gitu k.tamau la sesedih.
    Wanie kan masih dalam golongan ibu bekerja.jadi tak perlu rasa bersalah if wanie masih belum dapat meluangkan masa yang banyak dengan anak.awak da buat yang terbaik tuk keluarga dari satu sudut yang lain.perspektif kita defitely berbeza sehinggalah bila wanie jadi housewife nanti.

    Sentiasa maafkan diri kerana itu. Mungkin wanie leh guna pendekatan yang lain mendekati anak anak.weekend masa terluang,isikan sepenuhnya dgn anak.buat aktiviti yang wanie rasa puas.tentang kerja rumah,amiklah weekend or part time maid. Brsihkan rumah,lipat baju semua. Wanie just masak tuk keluarga,makan bersama, and etc..jangan bebankan diri dgn perkara yang remeh.

    Hey,siapa kata jadi housewife,rumah bersih tip top.
    Kita sendiri pun sengaja meletakkan diri kerja bukan seperti maid. Baju yang sudah basuh,kadang dua bakul tak berlipat. Rumah takdenye hari hari mop vakum.apa yang oenting,kita buat apa yang kita mampu tuk hari tu.

    Tentulah kita masak kan anak,tentulah kita main dgn anak anak...coz kita tak bekerja.kalu kita bekerja,kita pun sama cam wanie.balik lewat,keje swasta kan.malam da penat sebagainya.tak terlayan n terbuat semua yang kita buat sekarang.
    Kita pilih jalan tuk jadi housewife lama sudah.sejak kita lahirkan aleesya.itu nekad kita.kita korbankan apa yang kita boleh miliki kalumkita bergaji.
    Agaknya kalu kita kerja sekarang ni,gaji kita da nak masuk rm 4 k kot.
    Kita leh buat apa saja dgn duit kita.apa kita nak.tapi kita pilih jalan ni,ada perkara yang kita harus korbankan.dan kita untung lagi satu perkara.

    So same goes to you.tak semua benda kita leh dapat.
    Apa yang penting skang ni,wanie fokus pada perancangan wanie tuk berhenti keje lagi 5 tahun tu.settlekan apa yang patut settle.

    ReplyDelete
  2. Bila wanie da jadi housewife nanti,barulah kita dan wanie akan berada dalam perspektif yang sama.

    Wanie buatlah apa yang termampu pada masa sekarang.kalu berniat homeschooling izzat,buat time weeknd.slow slow je,tak perlu push diri atau izzat.kita dgn aleesya pun,buat 15min sehari.konsisten.lama lama die faham apa kita ajar.

    Gitu jugak dgn wanie.amik masa weekend,luangkan masa dgn izzat.tak perlu ajar sampai pandai,izzat kan sekolah.sekadar bantu,dari buku buku sekolahnya pun da bagus.atau tambahkan apa yang kurang.kita boleh bantu...mana yang termampu atau apa yang wanie nak tanya tentang homeschooling..

    Tujuan kita adalah tuk merapatkan hub dgn anak.more to having fun,bukan nak suh dorang jadi genius...hehe....
    Macam kita ni,tentulah kita perlu buat persediaan tuk aleesya ke sekolah..sbb kita tak masukkan die ke tadika 4 tahun ni.kita tamau aleesya terkial kial nanti.

    Macam izzat,die da boleh adapt dgn environment tadika,so pasti die senang blaja di tadika tahun depan.wanie tambahkan mana yang perlu je lagi..

    Insyaallah..jika wanie simpan niat tuk jadi housewife,pasti bila tiba masanya nanti,wanie akan gembira melakukannya.wanie akan dapat masa masa bersama keluarga seperti mana wanie impikan.

    Buat masa ni,fokus dgn apa yang wanie da rancang.doa selalu mudahan,allah permudahkan jalanNya k

    Kalu wanie minat menulis,carilah masa wanie tuk terus dalami ilmu menulis.jangan jadikan wang sebagai sandaran,pasti kita akan terkejar kejar melakukannya.jadikan sebagai minat,mudahan slowly,kita juga menjadi seseorang yang kita impikan meskipun mgkn makan masa 10 20 tahun lagi.

    ReplyDelete
  3. thank you ashra...kita memang perlukan kata-kata semangat...anak2 ni la harta kita dunia akhirat...srg ni pun, kita memang balik keja on time jer...habis waktu keja masa utk anak2 jer...insyaAllah Ash...kita sama2 kejar impian kita...

    ReplyDelete