Wednesday, February 23, 2011

Bertukar Mood

Penat berkampung di SDMC tak hilang lagi dah bersambung kat rumah pulak. Last week, izzat was admitted to SDMC due to 7 days continuos high fever which is very odd for him la. Last time izzat demam panas masa umur dia 7 bulan. Dua hari jugak la kat spital. Balik je dari hospital, papa saya & aleeya pulak yang muntah2 & cirit...kesian sungguh tgk dorg...papa lagi teruk sampai tak boleh angkat kepala, angkat je terus muntah. Last skali mama lak yang jangkit sib baik mummy izzat ni tak kena...alhamdulillah sangat la...kalau dah semua sakit sapa yang nak jaga izzat kan?

Dua tiga hari ni, izzat dah mula selera nak makan balik..asyik mintak 'nasyi' (the way he pronounce nasi) je..bertuah sungguh anak bujang sorang ni...apa2 pun, seronok tengok dia nganga mulut bia suap makanan.

Tuesday ari tu Mr. Hubby dah balik. Dua beg yang dia bawak balik penuh dengan barang yang orang kirim je...baju tak banyak pun...hahaha...sebagai isteri yang solehah (hehehe...angkat bakul tul!) takde la saya ni mintak apa2. Takpe...tak mintak barang kat sana, mintak barang kat sini je pun boleh kan? Kalau nak diikutkan, banyak wishlist dalam kepala ni, rumah pun tak habis kemas lagi...nape ntah, everytime dok umah tu, kemalasan yang melampaui batas mesti menjelma dalam diri (Padahal memang malas pun...oops!)

Izzat pulak, dah makin bijak (sama la ngan anak kawan2ku semua). Selasa malam ari tu, kami suami isteri sedang berdiskusi, dia lak sibuk dok main sorang2, kat tv lak ada lumba moto, bila izzat perasan terus dia buat 'vroom...vroom'. Kat rumah tu ada la satu moto letrik yang adik saya belikan untuk dia, terus dia naik moto tu (kat kaki pakai kasut baru yang papa dia beli) & buat la aksi merempit dia tu. Tiba-tiba, dia turun. Yang kitaorg ni heran la, tadi syok2 naik moto tetiba je turun. Kitaorg pun tgk je la dia nak gi mana...oooo...rupa-rupanya, dia gi ambik topi papa dia & pakai..pastu sambung naik moto balik...hahaha! gelak besar kitaorang...walaupun anak saya tak minum susu yang dok iklan nak bagi brain anak connected tu, otak dia tetap connected jugak kan? Hehehe...enjoy the pic



Thursday, February 10, 2011

Perihal anak bujang

Sedar tak sedar anak bujang saya dah nak masuk umur 2 tahun dah tahun 2011 ni. Cepat sungguh masa berlalu, rasa macam baru semalam izzat diletakkan dipangkuan saya dalam labour room. betul la kata orang, anak-anak ni cepat membesar sampai kita pun tak sedar. Menjadi seorang ibu bukan kerja yang senang rupanya, dengan tahap kemalasan saya yang melampau ni, selalu sangat terlepas pandang perkembangan izzat. Hmm...sudah-sudahlah tu merungut, as if you did anything to change yourself right? shame on me...tapi, seorang ibu tetap seorang ibu, tido tak pernah lena bila anak sakit. Izzat pulak kalau demam tu kita nak tepek coolfever kat dahi dia marah betul dia. Dan..dan tu jugak dia buang. Letak tuala basah pun marah, yang kita ni pulak bimbang temperature naik, hmm...mana la boleh tido lena...

Berkenaan education pulak, rasanya tak jadi kot masukkan dia ke CIC...i heard quite a few not-so-good-news about their program. Buat masa sekarang just continue dengan kelas muzik dia dulu kot. Cakap pasal kelas muzik ni pulak, dah 2 minggu izzat asyik nangis je bila masuk kelas...kisahnya dia mengantuk...kena la mummy adjust time tido izzat...kelas start kul 11.30, time2 gitu mata dia dah tak leh buka dah

Bila cik gee cerita tentang anaqi, banyak pulak persamaan dengan izzat (maklum sajalah, mummy izzat dgn ibu naqi kan bestfriend? hehehe). Bab menjerit & mengamuk bila tak bagi apa yang dia nak tu satu hal. Izzat pun suka buang sampah kalau jumpa. Satu jer perangai izzat yang bagi saya agak kelakar...Izzat pantang tengok telinga orang, kalau dukung dia tu, mesti dia cari 2-2 telinga kita & buat geram sambil ketap gigi. Bila tengok sekali macam dia cubit telinga kita dengan kuat, tapi sebenarnya dia tak cubit betul pun...hahaha...pandai betul dia control...telinga tok wan dia (papa saya) dengan papa dia (Mr. Hubby) dah selalu kena gigit...hahaha

Apalagi nak cerita ya? Nothing special happen in my life pun...i just live an ordinary life...kawan2 pun dah lama tak gather, rindu juga sebenarnya...dah lama dah tak gelak kuat2 dengan dorg...rindu pulak time2 menyewa kat shah alam dulu. kitaorg ni gila2 semuanya...penah gak tulis note & letak kat keta mamat hensem kat bawah flat kitaorg dulu...hahaha...yang tak tahannya tu, tulis JAWI! hahaha! Cik gee...ko ingt lg x no. plate keta dia? Tapi, lepas letak note tu kami tak tau apa jadi...mesti dia tertanya2 sapa la dok letak notes bagai kat keta dia (eh, entah2, dia pinjam keta kawan je kot? hahaha)...or dia buang je note tu sebab dia tak pandai baca jawi? wallahua'lam

alamak! izzat dah menjerit tu, demam sikit dia hari ni, rindu papa dia kot, maklumlah dah lama papa dia tak outstation, semalam dah pegi sana balik...saya pun tak ingat langsung nak ambik baju papa dia yg belum basuh nk bagi izzat pakai buat selimut, kata org boleh kurang sikit rindunya...hmm...mummy pun rindu papa juga...bukan izzat sorang je tau

Monday, January 24, 2011

Azam & Realiti

2011...tahun ni tahun yang tak best ke? Menyambut kedatangan 2011, macam2 perkara yang 'kurang best' berlaku pada saya (ada jugak perkara yang best) menyebabkan jiwaku sedikit kacau. Dari hal kerja sampailah hal emosi (tak berapa nak stabil). Macamana agaknya nak menghadapi hari2 mendatang pada tahun 2011 ni?

Tapi...ada juga sya terfikir, mungkin TUHAN hanya hendak menduga, nak menyedarkan saya supaya lebih berhati2 dan focus dalam kehidupan (dunia dan akhirat). Beberapa minggu kebelakangan ni, baru saya tersedar yang saya cintakan pekerjaan saya sekarang, walaupun gaji tak banyak macam dekat company lama & tak ada bonus di hujung tahun, tapi, saya dapat rasa banyak yang saya belajar di sini. Di sini saya belajar untuk tidak memberi alasan pada setiap kesalahan. Biasalah, mana ada orang yang tak penah buat silap kan? Di sini juga saya belajar untuk memikul tanggungjawab dengan amanah (walaupun sekali-sekala ada juga terbabas...hehehe). Kerja yang menimbun membuatkan saya berazam untuk merancang pekerjaan saya & saya tidak sekali-kali akan membawa kerja saya pulang ke rumah kerana di rumah, diri saya hanya untuk keluarga. Ya ALLAH! Bantulah aku menjadi seorang hamba-Mu yang ikhlas & tawaddu' dalam melakukan ibadah & bekerja!

Macam2 rancangan yang ada dalam kepala saya, tapi, tak satu pun menjadi sebab saya suka bertangguh! Benci betul! Saya tahu saya perlu ubah perangai ni, jangan kata org lain, sebenarnya, saya sendiri pun tak suka. Ingat lagi tak entry saya tentang penulisan novel dulu? Rancang nak habiskan tulis novel hujung tahun lepas, sampai la ni tak siap2...astaghfirullahalad'zim! Apa nak jadi dengan saya ni?

Saya juga pernah membuat janji untuk menyiapkan sebuah ensiklopedia kanak-kanak tentang sejarah negara kita. Saya ingin menjadikan ensiklopedia itu sesuatu yang interaktif & mudah difahami. Bukan setakat untuk difahami sahaja, tapi untuk disemai dalam diri setiap anak2 Malaysia tanpa mengira bangsa. Tapi, projek ni belum pun start lagi.

Saya juga nak menjadi guru yang terbaik buat anak-anak saya, tapi, usaha saya masih belum cukup. Setakat ni, saya sgt jarang ajar izzat anything kat rumah, buku2 jangan ceritalah, dah banyak sangat dah beli, tapi tak ada inisiatif (bagi izzat tgk cd adalah). Cuma sekadar hantar izzat ke kelas muzik seminggu sekali saja.

Tak tertulis kekesalan dalam hati ni sebenarnya...tahun ini, saya cuma harap saya dapat menghadapi setiap dugaan dengan tenang & baik & saya harap saya dapat mencapai setiap keinginan yang tertangguh dulu. Amiinn...

Tuesday, January 4, 2011

Tahun Baru & Cerita Bola...

Dah 5 hari berlalu baru ada kesempatan nak ucap Selamat Tahun Baru. Takpe...masih sempat lagi rasanya. Yang mana selalu kerja bergelumang dengan deadline mesti tersilap tulis tarikh lagi kan? Hehehe...macam saya la jugak.

Permulaan tahun baru ni agak kurang baik bagi kami, masa gi tengok rumah on 31st Dec 2010 hari tu, kereta kami kena langgar dengan kontraktor rumah sebelah. Ada ke patut undur kereta macam kat litar lumba? Dah la mood saya kurang baik hari tu, nasib ko la kena maki! Yang penatnya, 3 balai polis kami pergi, yang satu tu takde bahagian trafik, lagi satu pulak cakap bukan kawasan dia, last sekali kami ke Sepang. Polis-polis kat situ baik-baik...siap borak2 lagi. Masa tengah borak tu, saya bagitau la kat Sarjan tu yang saya dah maki2 dah mamat tu sebab very rude & langsung tak mintak maaf (Mr. Hubby biasa la...cool jer dia...hehehe). Pastu Sarjan tu cakap, orang tu pun ada bgtau yang 'Dia punya Bini mulut banyak bising oooo...' hahaha...sarjan tu pun gelak. Nasib ko la Labu...sapa suruh tak mintak maaf kan? Kalau org buat salah & terus mintak maaf sejuk sikit jiwa ni, ni tak...suka hati ko je.

Nasib baik la Izzat tak mengamuk. Mana taknya, satu hari kitaorg berumah dalam kereta, sampai tido2 dia. Izzat ni, kalau boleh berjalan, dia suka jer, takdenye ngamuk2 ke apa2 ke. Cuma dah pandai dah guling2 kalau larang dia or tak bagi apa yang dia nak. Kat kedai nursery pokok bunga pun dia boleh nak berguling. Sakit jiwa mummy & papa dia ni. Izzat...izzat...

Berbalik kepada malam 29/12/2010 hari tu.

Saya ni memang bukan kaki bola & sangat pantang kalau kena berebut tv dengan sesapa yang nak tengok bola. Rasa macam sakit hati giler sebab saya tak pernah enjoy tengok bola. Macam2 la persepsi terhadap bola ni. Boring, tak ada faedah dll. Kalau baca paper pun, sampai jer kat bahagian sukan terus tutup. Kalau tengok berita & sampai segmen sukan pun terus tukar channel (bagi saya berita tu dah habis la).

Tapi...

Malam 29/12/2010 hari tu, saya dah tercongok depan TV tunggu bola Malaysia-Indonesia. Bersungguh-sungguh ni nak tengok bola, siap dah aim dari pagi lagi. Bila bola start, saya dah bersedia depan tv dengan keropok, kerepek, air sirap & segala macam mak nenek makanan yang ada kat rumah tu. Izzat saya bagi papa jaga (dia pun tengok bola gak kat atas, malas nak join dia...hehehe), lagipun, kalau kat umah my parents, izzat bukan cari saya sangat, kecuali nak susu & tido (kureng sungguh mummy izzat). Maka bermula la 2 jam paling mendebarkan dalam hidup saya. Jeritan & sorakan jangan cakap la. Terpegun tengok Khairul Fahmi melompat tangkap bola (sib baik ada dia, kalau dia takde, agaknya Malaysia dah kalah 10-1 kot?). Tapi, permainan Malaysia agak kucar-kacir gak la bagi saya, tengok keeper Indon tu cam rileks jer, gol kita jer asyik kena serang. Mungkin player kita sedikit tergugat kot dengan sorakan penyokong Indon (si Manohara pun nak enterprem, padahal bukan org kisah sgt pun). Tapi, walau apa2 pun, sejak game hari tu, saya dah mula menyemak ruangan sukan. Rasa bangga menyelinap ke seluruh urat2 darah saya. Hari2 saya tengok berita kot2 la ada player kita yang di lamar European Club ke kan? Hopefully ada la...kalau ada, confirm saya jadi penonton setia.

apa yang mendorong saya untuk tengok bola hari tu adalah :-
1. Semangat kenegaraan yang kuat (mesti la sokong negara sendiri kan?)
2. Penghinaan bertubi-tubi dari negara jiran kita terhadap team kita. (Saya tak sabar nak tengok team kita buktikan yang kita bermain secara adil & saksama, tak ada hina2 orang,kutuk2 org. Diaorg ni tak pernah sedar, kalau kita tak ambil rakyat diaorg kerja kat sini, boleh ke dorg dapat untung drpd nilai tukaran wang bila berjuta-juta ringgit dihantar ke negara dorang setiap bulan? Saya rasa la kan, sebenar-benarnya, dorg dengki dengan kemakmuran Malaysia, dengan pemimpin2 kita yang benar2 jaga rakyat. Apa2 pun, saya sangat bersyukur jadi orang Malaysia)

Pasal kes pembantu rumah pulak kan, tak payah la nak demand2 ngan kita. Macam la kita heran sangat kalau tak dapat ambil dorng kerja kat sini. Cukup2 la. Dah berlambak dah pendatang kat Malaysia ni. Pihak berkuasa pun dah penat nak tangkap yang mana jadi penjenayah tu. FELDA pun dah start nak latih org kita jadi pembantu professional. Walaupun mahal sikit, tapi kita boleh rely kat dorg. Ni tak, habis beribu ringgit ambik dorg keje kat sini, cukup 6 bulan lari! Dorang ingat senang ke nak kumpul duit beribu2 tu?

Walaupun tak semua daripada mereka berperangai macam tu, tapi yang buat perangai tu yang jadikan org sakit hati. Sekarang baru saya faham apa yang mama maksudkan, kesannya bukan sekarang, tapi satu hari nanti.

Hmm...itu sajalah yang boleh saya luahkan...kalau ikutkan, banyak lagi, tapi malas dah nak tulis. Buat penat jari jer menaip.

Tahniah sekali lagi buat pasukan Harimau Malaya kita. Jangan dok asyik sangat dnegan kemenangan ni, cuba pertahankan kejuaraan kita. Rebut lagi peluang. Insya-Allah, boleh qualifay utk world cup lak nnt kan? Good Luck!

Tuesday, December 14, 2010

Rumah Saya...

Alhamdulillah..kami dah dapat kunci rumah baru and currently going thru renovation on the interior side only. Tapi, saya sangat tension sebab kena arrange semua benda sorang2...penat dan menyakitkan kepala. Kejar kontraktor developer untuk betulkan defect, kejar kontraktor plaster ceiling dan grill...mana nak cari perabot yang bersesuaian dan berpatutan harganya lagi...mana nak buat budget lagi...aduh...sangat penat...memang penat...

ada sapa2 tau tak kat mana nak cari modern furniture yang berpatutan? saya stress ni...

Sunday, December 5, 2010

Memilih Yang Terbaik

Salam semua,

Terima kasihlah kalau ada lagi yang sudi menjenguk rumah yang dah bersawang ni...Sejak Mr. Hubby balik 3 minggu yang lalu, saya tak sempat nak buat kerja lain selain spend masa yang berkualiti dengan Mr. Hubby & Izzat...lebih2 lagi kami baru dapat kunci rumah baru, banyak sangat nak kena arrange sebelum Mr. Hubby berangkat kembali ke Jeddah. Sekarang ni saya dah kembali single (but no available tau..hihihi)

Saya masih hutang 2 helai T-Shirt felt dengan seorang teman kepada teman. Mujur juga dia tak rushing nak baju tu. Sorry sangat2 tau. InsyaAllah, saya akan langsaikan hutang tu secepat mungkin.

Ok la, berbalik kepada tajuk kita hari ni, Memilih Yang Terbaik. Saya pasti semua orang di dunia ni mahukan yang terbaik untuk diri-sendiri & juga keluarga. lebih2 lagi anak-anak kita kan? Sekarang ni, saya sedang memilih yang terbaik untuk Izzat mengikut kemampuan. Tapi, kemahuan tu memang la mengatasi kemampuan. Hmm...memandangkan kami akan berpindah ke rumah sendiri tak lama lagi, maka, saya bercadang nak settledown & hantar Izzat ke Playschool. Saya memilih playschool berbanding nursery sebab saya nak Izzat belajar sambil bermain, bukan sekadar tidur, makan & main (seperti kebanyakan nursery). Setakat ni, saya dah cari hampir 10 jenis playschool, ada yang tak terima budak umur 2 tahun, ada yang terima tapi program dia macam tak meyakinkan saya la pulak.

Setakat ni saya terpaut dengan Children Islamic Centre (CIC), tapi yurannya agak mahal untuk kanak-kanak berusia 2 tahun. Hampir RM5000 setahun (tak termasuk yuran pendaftaran & booking fees lagi, makan pun RM70/month). Persoalannya, mampu ke anak-anak berumur 2 tahun ni absorb everything dari pagi sampai petang? Saya taknak paksa Izzat perah otak sampai macam tu sekali, weekend pun Izzat ada kelas muzik to attend. Kesian dia...hmm...ada juga terfikir nak hantar Izzat ke tadika cina & masukkan dia ke sekolah cina. Tapi, macam2 juga yang bermain difikiran, tentang makanan (memang la boleh bwk bekal, tapi kalau ada kwn2 yang ajak makan sama mcmana? can he resists? mummy dia ni pun suka makan...boleh ke anak aku tahan tak makan bekal kawan dia? hehehe)

Yang CIC tu memang kami boleh bayar, sebab ni baru Izzat sorg, kalau dh ada adik nnt mcmana? Itu dah mengatasi kemampuan dah...hmm...kalau ada antara teman2 blogger sekalian yang ada pandangan tentang :-

1) Adakah terlalu awal utk hantar anak ke sekolah pada umur 2 tahun?
2) Ok tak hantar anak sekolah cina/tadika cina?
3)Mahal sangat ke fees CIC tu?
4)Kalau ada yang punya pengalaman dengan playschool ni, harap dapat kongsi dengan saya ya?

...silalah tinggalkan komen anda..kalau takde pun takpe la...blog ni pun bukan glamer mana pun...hihihi

Wednesday, November 10, 2010

Izzat & My Family

Lama dah tak update blog ni...sorry yer semua...

Kali ni ada cerita sedih sikit. Seperti yang semua dah sedia maklum, izzat memang dijaga oleh keluarga saya sejak lahir lag. Jadi, attachment dia sangat la kuat dengan family saya. Kalau berpisah pun, saya & Mr. Hubby ada. Tapi semalam lain sikit ceritanya.

Hari ni, seluruh keluarga saya (kecuali papa, sebab ada hal yang tak dapat dielakkan) akan pergi bercuti ke Melbourne, Australia selama lebih kurang 10 hari. Disebabkan saya tak ada cuti dah (tinggal 2 hari jer, terpaksa simpan untuk emergency), maka ayah & ibu mertua saya dtg utk jaga izzat. Petang semalam lepas ambil mertua saya di airport, kami singgah rumah family saya utk ambik brg2 saya & izzat.

Sebelum bertolak balik, izzat happy jer bila papa saya dukung dia & letak dlm car seat. Siap bye-bye semua org. Agaknya dia ingat papa saya nk bawa dia jalan2. Tapi, bila saya masuk kat driver seat, pastu dia nmpk mertua saya kat belakang & semua org yang dia kenal kat luar keta tgh lambai dia, terus dia meraung. raungan yang sungguh sayu & kuat, sampai separuh jalan dia muntah. Ya Allah! Saya memang terkejut masa tu, nasib baik la tak panik. Terus berenti tepi jalan & mtk ayah mertua saya bwk keta. Bila dah sampai umah, dia asyik berkepit jer dengan saya, nak gi kencing pun tak boleh. last2 saya bawak dia masuk tido dlm kul 10.30.

Masa ni la mulanya cerita yang amat mengharukan bagi saya. Sedang kami berdua baring dalam kegelapan, izzat tarik tangan saya minta dipeluk. Saya peluk dia erat. Lepas tu dia pusing mengiring ke arah saya. Matanya terkebil2 pandang saya dan...

Izzat : mi...nenek?
Mummy : Nenek takde sayang...
Izzat : Pak (merujuk pada pakcik saya)?
Mummy : Takde sayang... (dah sebak dah)
Izzat : mak?
Mummy : Takde juga...(dah bergenang dah airmata)

...dan begitulah seterusnya pertanyaan izzat. Hampir setiap org dalam keluarga saya dia tanya. Last2, saya yang sememangnya sangat sensitif ni terus jawab dlam linangan airmata. Tapi, bila izzat nampak saya menangis, dia terus gelak. Tak mau nangis lagi, saya peluk dia & terus nyanyi lagu 'five little ducks' kegemaran izzat sampai dia lena.

Izzat...izzat...jangan demam rindu lagi ya sayang?