2011...tahun ni tahun yang tak best ke? Menyambut kedatangan 2011, macam2 perkara yang 'kurang best' berlaku pada saya (ada jugak perkara yang best) menyebabkan jiwaku sedikit kacau. Dari hal kerja sampailah hal emosi (tak berapa nak stabil). Macamana agaknya nak menghadapi hari2 mendatang pada tahun 2011 ni?
Tapi...ada juga sya terfikir, mungkin TUHAN hanya hendak menduga, nak menyedarkan saya supaya lebih berhati2 dan focus dalam kehidupan (dunia dan akhirat). Beberapa minggu kebelakangan ni, baru saya tersedar yang saya cintakan pekerjaan saya sekarang, walaupun gaji tak banyak macam dekat company lama & tak ada bonus di hujung tahun, tapi, saya dapat rasa banyak yang saya belajar di sini. Di sini saya belajar untuk tidak memberi alasan pada setiap kesalahan. Biasalah, mana ada orang yang tak penah buat silap kan? Di sini juga saya belajar untuk memikul tanggungjawab dengan amanah (walaupun sekali-sekala ada juga terbabas...hehehe). Kerja yang menimbun membuatkan saya berazam untuk merancang pekerjaan saya & saya tidak sekali-kali akan membawa kerja saya pulang ke rumah kerana di rumah, diri saya hanya untuk keluarga. Ya ALLAH! Bantulah aku menjadi seorang hamba-Mu yang ikhlas & tawaddu' dalam melakukan ibadah & bekerja!
Macam2 rancangan yang ada dalam kepala saya, tapi, tak satu pun menjadi sebab saya suka bertangguh! Benci betul! Saya tahu saya perlu ubah perangai ni, jangan kata org lain, sebenarnya, saya sendiri pun tak suka. Ingat lagi tak entry saya tentang penulisan novel dulu? Rancang nak habiskan tulis novel hujung tahun lepas, sampai la ni tak siap2...astaghfirullahalad'zim! Apa nak jadi dengan saya ni?
Saya juga pernah membuat janji untuk menyiapkan sebuah ensiklopedia kanak-kanak tentang sejarah negara kita. Saya ingin menjadikan ensiklopedia itu sesuatu yang interaktif & mudah difahami. Bukan setakat untuk difahami sahaja, tapi untuk disemai dalam diri setiap anak2 Malaysia tanpa mengira bangsa. Tapi, projek ni belum pun start lagi.
Saya juga nak menjadi guru yang terbaik buat anak-anak saya, tapi, usaha saya masih belum cukup. Setakat ni, saya sgt jarang ajar izzat anything kat rumah, buku2 jangan ceritalah, dah banyak sangat dah beli, tapi tak ada inisiatif (bagi izzat tgk cd adalah). Cuma sekadar hantar izzat ke kelas muzik seminggu sekali saja.
Tak tertulis kekesalan dalam hati ni sebenarnya...tahun ini, saya cuma harap saya dapat menghadapi setiap dugaan dengan tenang & baik & saya harap saya dapat mencapai setiap keinginan yang tertangguh dulu. Amiinn...
No comments:
Post a Comment