Monday, May 31, 2010

Cerita Izzat...



Ini adalah cerita terbaru anak teruna saya...hari ahad lepas, papanya suap makan...si izzat ni biasa la...sambil makan sambil main...lama-lama papa fed up sebab izzat main-main masa makan...habis tangan papa dok sapu makanan kat muka & mulut dia, pastu Mr. Hubby pun bangun la gi basuh tangan dengan meninggalkan mangkuk & cawan si anak teruna dekat bawah...tak sampai seminit Mr. Hubby bangun, mummy toleh tengok anak teruna sedang...

Menggigit mangkuk dengan gembiranya

Tak puas gigit mangkuk, hirup terus ler...

Apa yang mummy & papa buat? Gelak je la...papa cepat-cepat ambik camera & snap pictures of our messy little man...hehehe...izzat...izzat...pening kepala papa & mummy...hmm...




Aleesya's Birthday Present! (At last...)

Fuhh...akhirnya berjaya juga saya menyiapkan birthday present Aleesya...tapi rasanya cam besar sket...nak buat macamana...susah nak cari tshirt kosong yang berkualiti dengan size yang specific...ok la...tak nak cerita panjang...take a look at my handcraft work...



Tada!!!
Amacam? Boleh la kot ek? Next project is for izzat & rayyan...lambat sikit yer progressnya...saya ni tak sempat nak buat apa2 sangat...(alasan??)...ok..ok...saya takkan bagi alasan lagi pada diri sendiri dan sesiapa lagi...semoga saya dapat lebih mendisiplinkan diri...hehehe..ciaow!!

Tuesday, May 25, 2010

My Friend's Sales Blog

Check out this sales blog of my friends :-

Toys & Baby Products : http://anaqishop.blogspot.com

Tudung Lycra : http://ashbutik.blogspot.com

Handmade jewellery : http://beadingpassion.blogspot.com

These are all my dear friends.

Thursday, May 20, 2010

Kisah Rayyan...

Everyday without fail, i will peek into majidah's blog. Kadang-kadang saya meninggalkan komen, kadang-kadang tidak. Jauh di sudut hati, saya sangat memuji kekuatan dan ketabahan dirinya. Sejak kecil, kami menjadi teman sepermainan (malah boleh dikatakan yang jie adalah kawan pertama saya) dan sepanjang mengenalinya, saya jarang lihat dia marah. She's a very cool person (melalui entri2 di blognya, kita dapat lihat betapa 'cool'nya dia apabila tidak mudah melatah dengan kata-kata dan pendapat orang disekelilingnya).

Dan setiap kali saya membaca entri2 jie di blognya, timbul perasaan yang pelbagai. Suka, marah (pada mereka2 yang sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan - kalau tak tau nak respon apa, tak payahlah cakap apa2).

Tetapi, entri hari ini (sila baca di sini ) benar-benar menebak jiwa. Sungguh Rayyan Ariff bertuah kerana dikelilingi keluarga yang sangat positif & menyayanginya. Mengenali keluarga jie, saya tahu betapa penyayangnya makcik yah (jie's mummy), betapa kelakarnya atuk rayyan ariff dan betapa bersemangatnya uncles & auntie rayyan. Bagi saya, kekuatan kewangan yang jie ada untuk keluarganya adalah satu bonus. Apa yang tidak ternilai harganya adalah sokongan, usaha dan kasih-sayang yang tak berbelah bahagi. Apa akan jadi pada Rayyan sekiranya tiada ibu yang bersungguh-sungguh mengajarnya bertepuk tangan, menyuap makan, merangkak, bertatih dan menyebut mama? Dimana Rayyan Ariff sekarang sekiranya tiada nenek dan atuk yang menyayanginya lebih dari segalanya? Tanpa ayah yang terus kuat menyokong? Dan tanpa ahli keluarga yang lain untuk sama-sama memantau perkembangannya? Kalau semuanya diharap pada perubatan sahaja, tanpa doa dan sokongan lain, mungkin Rayyan belum lagi sampai ke tahap ini. Jadi, berfikirlah kamu semua sebelum memulakan kata.

Sebagai seorang ibu yang mempunyai seorang anak yang normal (maaf jie, bukan maksud untuk mengatakan rayyan sebaliknya, cuma tidak tahu bagaimana mahu describe izzat) , saya malu pada diri sendiri. Saya tidak rajin dan tekun mengajar izzat bertepuk tangan, bersalam dan sebagainya. Mungkin saya terlalu 'take things for granted' hanya kerana izzat normal. Fikir saya, 'ah, nanti pandailah dia' atau 'belum masa lagi, dah sampai masa nanti dia pandai sendiri'. Dan saya juga kurang sabar bila izzat tak pernah nak duduk diam, alasan saya 'macamana nak ajar, tak duduk diam langsung'. Astaghfirullahhala'dzim...kenapalah sampai macam tu sekali saya fikir. Seharusnya saya lebih banyak belajar daripada memberi alasan.

Terima kasih jie kerana membuka mata dan fikiranku. Janganlah teragak-agak lagi untuk berkongsi keistimewaan Rayyan Ariff. Kalau ibu seperti saya (yang tidak tergolong dalam keluarga 'super' kamu) mampu tersentuh dengan keistimewaan Rayyan, apatah lagi mereka-mereka yang lain.

Wednesday, May 12, 2010

Aiiyyoo...lama giler tak update

Takpe la kan? (referring to the post title) Bukannya ada orang baca blog ni pun...hehehe

A lot of things happened for the past months...izzat dah makin nakal...suka sangat dengar lagu wali band (ni mak dia la yang ajar ni). We've made a few holiday trips to Kuantan, Genting, & The Lost World Of Tambun. Seronok sangat jalan2 dengan family sendiri ni. Rasa macam bebas sebebas-bebasnya...izzat pun seronok sangat.

last week, kami pergi terengganu on weekends as my hubby is there and still there sampai hujung bulan ni. Tak bestnya tak ada 'Mr. Hubby' kat rumah. Hari minggu mummy & izzat jadi kurang ceria. Nak jalan2 pun tak seronok (sebenarnya mummy tak larat nak dukung izzat round2 shopping complex, izzat tak nak duduk kat quinny zapp dia, buat bazir duit jer beli stroller mahal2). This weekend kami tak pegi sana, next weekend baru pergi lagi. Mummy tak sabar nak shopping batik ni...hehehe.

oh ya! i am now crazy about sewing! Though i do not own any sewing machine (yet!), i'm currently pursuing a new hobby. Beli buku macam2, buku jahit manik la, sulam bunga, quilting & felt craft, macam la boleh buat semua sekaligus. Kadang2 (rasa macam selalu jer...) saya ni tamak & kurang sabar. Kalau nak buat sesuatu tu, time2 tu jugak nak beli barang..tapi, progressnya? hampeh! selalu buat sekerat jalan. Siap kena sindir dengan family...hahaha...tapi takpe...akan ku buktikan diriku ini sudah berubah!

Kawan-kawan...sesungguhnya saya ini sedang buat satu projek t-shirt untuk my little boy & future daughter-in-law (mengarut sungguh kan? hahaha) for their birthdays. Aleesya, tunggu bday gift dari auntie ya? Tak ada jual kat mana2 kedai tau...custom made & hand made lagi...tunggguuuuuuu!

p/s : this project is inspired by all the feltcrafters out there! Guys, i'm in the club now!

Sunday, March 14, 2010

Part 1 : A trip to the zoo!

Izzat is turning 9 months old this month (26/9 to be exact). This chubby little boy of mine is becoming more cheeky & funny. Dah pandai macam2, latest talent nenek ajar izzat 'terbang' macam burung. Whenever we say 'izzat, burung macamana? burung kakak tua (in tunes)', he will move his two chubby hands like flying, it was his immediate respons whenever he heard the magic word 'burung kakak tua'...hihihi...so cute...

Ok, back to our trip to the zoo. I was craving to visit the zoo since i was 3 months pregnant. BUt then, the elders advise me not to because they do not want me to 'terkenan' with any of the hideous animals in the zoo. I really thought that is soooo superstitious. But then, i still listen to them takut nanti jadi pape dipersalahkan pulak ye tak?

And now, izzat has turned 8 months plus & he reacted towards a lot of things around him. I decided that it is time to show him the world (chewah, macam la tak pernah tengok dunia anak aku ni). I told my husband on saturday that i wanted to go to the zoo on sunday. lagi pun, dah lama tak jalan2 satu family. My husband said ok! Bestnyer!! When we went to JUSCO equine park (ala...depan rumah je) that evening (to find a hand pump to pump izzat punya pelampung yang i beli kat toys'r'us on friday, excited nak bawak izzat mandi pool sebenarnya, sejak2 duduk apartment tu, sekali pun tak pernah jejak pool, nanti dah nak pindah rugi pulak rasa tak gunakan kemudahan yang disediakan), we saw something interesting going on at the centre stage. Rupa-rupanya, ada promotion Zoo Negara!!! Beli 1 tiket, percuma 1 t-shirt! Memang rezeki kami la agaknya (or maybe more to izzat's rezeki tak?). tanpa membuang masa, kami beli 3 tiket! (as my brother in law is coming to our house, we're going to bring him along).

Seronok nya!!! Off to the zoo we go!!!

Thursday, January 14, 2010

And the story continued...

Like I promised...here comes the details...

When she threw me the question, I did not immediately answer her...I took a deep breath and started thinking...I know that I could not scold her for asking that kind of question as she is no longer a small kid (even small kids nowadays insist you to answer their questions until the're satisfied with the answer)...I could also not force her to change her mind...the only thing I can do is...tell her the TRUTH...the consequences she might experience later in life...and my answer is :-

'*****, masa kecil2 dulu, seingat kak long, kak long tak pernah fikir nak cuba buat sesuatu yang boleh merosakkan reputasi diri & keluarga...yang kak long fikir, cuma nak dapat 4A for UPSR, 8A for PMR and aggregat below 10 untuk SPM then masuk U pastu boleh kerja elok2...I have a lot of friends who told me that they regretted all the mischieves they did long time ago...it's all about reputation...dulu, masa kat sekolah, diaorang selalu buat hal, tapi, bila dah mature, baru diaorang sedar yang perbuatan diaorang tu sebenarnya sangat2 memalukan...semua ni berlaku bila dia dah berfamili & anak pun dah besar...one day, dia hantar anak pergi sekolah, and she bumped into her old schoolmate, they chit chat a little bit as their children is in the same classroom...then they went back their own way...a few days later, anak dia balik sekolah menangis-nangis...she asked him why...dalam sedu-sedan, the son asked her..."mama, betul ke dulu masa kat sekolah, mama selalu buat jahat?"...masa tu, darah terasa naik ke kepalanya...where did he get the idea of asking that question?...the son asked again as he did not satisfy ..."betul ke mama selalu buli orang? betul ke mama isap rokok? mama pancitkan keta cikgu ke? jawablah ma..."...gelap dunianya seketika...airmata dah bergenang...then she open her mouth..."kenapa adik tanya macam tu?"..."kat sekolah, semua kawan-kawan kelas adik tak nak kawan dengan adik...Aman (bukan nama sebenar) cakap, mama dia bagitau jangan kawan dengan adik sangat, mama adik jahat masa kat sekolah dulu, isap rokok, ponteng sekolah, kawan dengan lelaki la...mama aman tak nak aman jadi jahat jugak sebab kawan dengan adik..kalau mama jahat, adik pun mesti jahat jugak...betul ke mama?"...hmm...what should you answer him?

itu hanyalah sebuah cerita...yang mungkin dialami oleh sesiapa saja di luar sana...moralnya, fikir dulu sebelum kita buat sesuatu...kesannya mungkin bukan serta-merta...mungkin juga bukan pada kita...kesannya mungkin akan mencalar hati dan jiwa seseorang yang kita sayang suatu hari nanti...walau macamana pun, kita semua tak pernah lari dari kekesalan...setiap dari kita pasti ada perkara yang kita sesalkan...sebab kita bukan maksum, yang tak pernah melakukan kesilapan...cuma, kita mampu mengawal keadaan...and as for my dear friend...she just sit in silence...maybe thinking...or maybe just ignoring the story I told her...I'll always pray for her goodness...