Monday, March 11, 2013

Yogyakarta


Yogyakarta was our first trip for this year. Last time I was there was 5 years ago when Siti just a few months  set her foot on it's ground. I like Yogyakarta very much. Langsung tak sama dengan keriuhan dan kesesakan di Kota Bandung atau Jakarta. Boleh dikatakan Yogya sangat tenang...kata Siti Yogya dikenali sebagai kota ilmu. Dah banyak kali trip kami ke Yogyakarta dibatalkan, macam-macam la kisahnya. Dari tahun ke tahun asyik ditangguh. Tapi kali ini, saya tak nak lepaskan lagi peluang tu sebab Siti dah nak balik for good & our trip this time was to attend her graduation. Empat hari di sana rasa tak puas.

Di Yogya, tak ada tempat-tempat tumpuan untuk shopping macam di Bandung atau Jakarta. Kebanyakan yang bertamu adalah untuk menikmati keindahan tinggalan sejarahnya terutama sekali Candi Borobudur. Walaupun pernah ke sana sebelum ini, tapi, kali ini saya naik lagi ke puncak...saja, temankan Izzat. Cuma sedikit ralat sebab tak dapat ke tempat-tempat lain macam Taman Sari, pantai dan lain-lain tempat. Nak buat macamana, masa sangat suntuk.

Ada jugak la kami shopping di shopping complex, tapi taklah sebanyak mana. Still, the price is wayyyy lower than ours. 

Trip kali ni, kami bersama ibu bapa masing-masing. Hubby cakap dah lama tak bawak parents dia jalan2...it's ok with me, since this trip is not  a luxury one macam pergi Europe. Di Yogya, kami tinggal di Hotel Cakra Kembang. Hotel ni baru renovate, so, conditionnya better than before. Hotel ni letaknya di Jalan Kaliurang. Sepanjang jalan ni, banyak tempat-tempat makan dan butik-butik. Maaf, saya tak sempat nak ambil gambar. Kebanyakkannya mengejar masa. Tapi sempat juga lah ke spa dengan Siti. Kalau ada yang nak ke Yogya, Jalan Kaliurang ni sangat disyorkan kalau nak cari hotel sebab bila malam, kedai lambat juga tutup, tak susah nak cari makan compare to kalau duduk tengah2 bandar.

Anyway, tak ada apa sangat yang saya nak cerita rasanya. I'll just let the pictures tell the stories.

Air Asia - LCCT, on the way to the plane (sampai je dekat plane, adik ipar saya dah ada, he works with air asia, tiket kitaorang ni, ihsan dia la...hehehe...thank you ayah su!)


Gambar rombongan Datin Maimun ke Yogya (From left : Hubby, me, amani, FIL, papa, izzat, mama & MIL)

 Lepas check in, kami terus ke Ambarukmo Plaza (shortform Amplaz) untuk makan di Es Teller (my 1st wishlist). Memang sepanjang kat sini makan je la kerja kami. Tengah malam pun cari makan lagi...cemana tak gemuk.

Izzat with his signature pose

 Amani with Wan

 Second day - berposing di tepi pool...sibuk nak terjun, sama la dgn adik...this is before the graduation ceremony

 Hehehe...makan budak!


 Caaaaayyyyaaaaaanngggg adik!

 Di Borobudur

 Favourite pose lagi

 The Candi


Khusyuk mendengar keterangan daripada guide.
 
Di puncak Borobudur.
Balik dari Borobudur kami ke Gunung Merapi, sempatlah tengok video letusan Merapi tahun 2010. Tak terkata kami menengoknya. Kesian sgt dekat mangsa-mangsa. Haiwan ternakan semua jadi batu sebab terkena lava.
 
 
Berlatarbelakangkan puncak Merapi. masa kami sampai, puncaknya belum ditutup awan & jarang sangat berlaku. First time dapat ambik gambar jelas.

 
Group photo without me & Hubby.
 
Macam yang saya bgtau, kami tak ambik gambar sangat. Aktiviti lepas ke Borobudur & Merapi adalah shopping. Pastu, balik KL semula....tata Yogya...kalau ada kesempatan, kami ke sana lagi.
 
 
On our flight back
 
 
Adik yang tak reti duduk diam

Wednesday, March 6, 2013

Kejadian Di Malam Hari Part 3

Satu malam yang sunyi, ketika kami 3 beranak sedang bersantai-santai di ruang tamu. Izzat sedang menonton movie Megamind, saya pun layan jer la....amani pulak sedang minum susu sambil baring di sebelah saya. Tiba-tiba, Izzat berpaling ke arah saya sambil berkata...

Izzat : Mummy...mummy gemuk la...

Terkujat mak nak! Dengan rasa terperanjatnya mendengar kenyataan itu, saya menjawab..

Mummy : kenapa izzat cakap macam tu? Tak baik tau cakap mummy gemuk...(merajuk)

Izzat : Tapi...tak baik tipu...

Gulppp! Apa maknanya tu? Oh tidak! Kanak-kanak tak pandai menipu...maknanya, mummy memang gemuk!

Perkara diet yang sejak Amani lahir saya tangguhkan, nampak gayanya akan bermula...saya perlu kurus!

Hehehehe....terima kasih izzat sebab sedarkan mummy...I love U so much!

Thursday, February 14, 2013

Dimana Hati Saya?

Sejak beberapa minggu yang lalu, hati saya dah tak ada di tempat kerja...yang saya fikir cuma tentang anak-anak & what kind of activities should I do with them...kekangan saya adalah masa...buat kerja hanya sekadar buat je...hati saya ada di rumah...apa yang saya nak buat dengan anak2 malam ni...apa saya nak masak untuk dinner & bekalkan mereka ke sekolah...tapi, end up...tak sempat...semua tak sempat...

Rumah tak terurus...kain tak berlipat...dah lipat pun tak sempat nak masukkan dalam wardrobe...

Saya cemburukan ashra...yang mampu bersama dengan anak2 dan suami sepanjang masa...ceria jer sentiasa berkhidmat untuk mereka walaupun she has a degree in civil engineering...yang lebih saya cemburukan adalah ashra punya masa untuk fikir tentang dimana jiwanya...congrats ash! I'm soooo happy for you...

Membaca entry ashra hari ni, saya sedikit tersentak...jiwa saya juga pada bidang penulisan...sebelum ini, tangan ini lancar menari di papan kekunci mencurahkan idea yang tidak henti-henti mengalir bagi menghasilkan sebuah skrip...kepuasan itu ada walaupun tidak sepenuhnya (maklumlah, menulis cerita yang sudah dipilih jalan ceritanya oleh stesen tv).

Saya ada berbincang dengan sang suami...memberikan masa 5 tahun lagi untuk saya meneruskan kerjaya sekarang dan mencari tapak dalam bidang yang lebih dekat dengan jiwa saya...dalam masa yang sama, saya boleh memantau perkembangan anak2...mengambil berat tentang pelajaran dan masa depan mereka...saya sedang bersedia ke arah itu...

kepada ashra...goodluck & all the best...

Wednesday, January 30, 2013

Rajuk Semalam

semalam merajuk terus dgn Mr. Hubby...mana tak nya...wish bday pun dah pkl 3 ptg...pastu macam ala kadar jer wish...sedih giler...

Tapi...lepas luch td, recept kat ofis panggil....& when I approached her, she presented me with this...


& the card says...




Thank you very much sayang....sorry for being cranky...love u so much too dear...

Wednesday, January 9, 2013

Cerita Tentang Sekolah - Izzat

Selamat Tahun Baru....

Harap masih belum terlambat untuk wish everybody Happy New Year.

Cerita tentang tahun baru, tahun ini kami decide untuk hantar izzat ke sekolah. And we choose Brainy Bunch for Izzat, though a lot of unpleasent stories heard, we would like to give it a chance first.

First day in school, Izzat was crying when we left him, but, not for long. And now, he started to like his school & just cry a little bit when I send him in the morning.

Amani also went to nursery starting this week. seperti yang dijangka, dia menangis sampai hilang suara (sama macam izzat dulu juga). Siap mogok tak nak minum susu. Cuma rajuknya makin hari makin kurang kata cikgu. Hopefully adik can cope with this. Mummy tahu, adik suka berkawan.

Masalah saya pula, bila sekolah izzat tak mahu terima izzat sebelum pukul 7. & due to this matter, I could not arrived at my office by 8. So, I change my duty period from 8 am-5 pm to 8.30 am-5.30 pm. But, traffic after 7 is really unpredictable. This week itself my attendance record dah 2 kali merah (selang-seli everyday). CEO pulak dah warning tak boleh bagi alasan traffic jam kalau lambat sampai. So, macamana? Hmm....teruk la kalau macam ni. FYI, hari ni saya sampai ofis pukul 8.58 am. Ada juga discuss with the teachers if they could accept izzat by 6.45 am. Tapi, they all macam reluctant sikit sebab diorg punya waktu kerja 7-7. Hmm...entah la...nak buat macamana pun saya tak tahu lagi dah. Minggu ni sangat tension, buat kerja pun tak boleh fokus. Sampai rasa macam nak quit my job, jaga anak-anak & kerja balik lepas anak-anak semua dah besar. Tapi...tak semudah itu, banyak perkara perlu difikirkan sebelum buat keputusan.

To tell the truth, I love my job. Knowledge yang saya dapat memang banyak. Tapi, kadang-kadang rasa tersepit antara kerjaya & keluarga. Saya memang fikir nak monitor pelajaran anak-anak, buat something fun with them, but, what can we do if we only have 3-4 hours with them everyday. Balik rumah nak masak, basuh kain, prepare barang2 anak-anak nak ke sekolah esoknya, lepas tu dah nak tido. Bila masanya untuk saya check buku sekolah anak-anak? Bila saya nak ambil tahu tentang apa yang mereka buat di sekolah? Bila saya boleh bergurau dengan mereka sedangkan I was so grumpy all the time due to stress? Kesiannya anak-anak mummy...

Kepada kawan-kawan yang kini menjadi surirumah sepenuh masa walaupun mempunyai kelayakan degree/masters, saya sangat-sangat memerlukan pandangan anda....Ashra...tolong ya...

Monday, October 29, 2012

Kejadian Di Malam Hari Part 2

Semalam, lepas jam dah menunjukkan pukul 10.30 malam, saya naik ke atas meninggalkan budak kecik berdua tu dengan papanya. Tujuannya adalah untuk menggosok baju kerja stok seminggu. Selang 15 minit, kedengaran bunyi budak kecik memanggil

Izzat : Mummy....? (Looking for me i guess)

Mummy : Yer...mummy kat atas...

Then kedengaran bunyi tapak kaki kecil menaiki anak tangga. Tak sampai 2 minit, muncul la Izzat depan pintu bilik.

Izzat : Mummy...mummy buat apa?

Mummy : Mummy gosok baju...

Izzat : oooo....

Saya peratikan jer budak kecik ni, dia terus jalan masuk bilik menuju ke tempat mainannya yang bersepah tu.

Mummy : Izzat, baby tinggal dnegan sapa?

Izzat : Dengan papa...

Mummy : Kenapa izzat tak jaga baby?

Izzat : Izzat dah lama tak jumpa mummy...

Mummy = confuse....bukan baru 20 minit tadi dah dok bergurau bagai ke?

Tak lama lepas tu, I heard the same sentence coming out from his mouth, but this time, it was addressed to his papa...& I heard a short laugh from him...hehehe...budak2...entah apa la yang dia fikir agaknya.

Lamanya Tak Meng'update' Blog & Entry Khas Untuk Cik Siti Hamizah

Assalamua'laikum semua...

Lama sungguh blog ni terabai, bukan tak teringin nak update, tapi tak berkesempatan. Otak penat, badan pun penat. Bila baca blog ashra, tengok dia dah berjaya dah ajar aleesya baca, jealous sungguh diri ini...huhuhu...azam saya selama ni nak mengajar izzat baca tah ke mana-mana tah...kerjaya bukan alasan sebenarnya...hopefully, saya mampu ajar izzat sekurang-kurangnya mengenal nombor & huruf sebelum tahun ini berakhir...semoga segala perancangan diperkenankan Allah S.W.T.

Seperti yang Cik Gee sedia maklum (Hehehe...saja jer petik nama ko gee)
Saya ni boleh tahan hebat jugak bila masuk bab berangan ni. So, demi mencapai anganan tahap langit ketujuh, saya sekarang ni sedang berangan nak plan wedding adik bongsu saya yang entah bila la nak menamatkan zaman bujangnya tu (Ti...if you're reading this, please do remember that you're turning 26 next year...the age when I got married...so, jangan lambat2 yer). Berikut adalah senarai angan2 makcik untuk Cik Siti :-

1. Akad nikah
- Pentas akad nikah berada di luar rumah, di bawah cahaya bulan & bintang yang bergemerlapan. Memandangkan saya ni minat cerita2 melayu klasik, decoration nya mestilah ala-ala taman serendah sekebun bunga. Semua tetamu akan duduk di atas bantal khas yang disusun mengelilingi pentas akad nikah menantikan lafaz akad oleh sang pengantin (Jumlah tetamu majlis ni terhad ya, dalam 50 orang saja bagi kedua-dua belah pihak). Venuenya mungkin di rumah baru cik di Putrajaya...hehehe.
- Pengantin perempuan pula akan duduk bersimpuh di pelamin ringkas (juga bertemakan taman serendah sekebun bunga) ditemani dayang-dayang berpakaian sedondon, persis seorang puteri.
- Selesai majlis, tetamu-tetamu akan dihidang dengan jamuan ringkas di bawah kanopi lutsinar dengan meja bulat dan kerusi chiavari berhias indah sambil diiringi alunan muzik ghazal (live or recorded based on budget...hehehe)

2. Reception
- Also with limited guests (unless mama nak jemput ramai for the last wedding in the family la). Since garden concept is never outdated, I might suggest it to Cik Siti, unless she wants a beach wedding or other concept la (please inform me 1st yer Cik Siti). The details? Not yet in my head...hehehehe...nnt kita sambung part 2 yer..

By the way Cik Siti, happy belated birthday dear sis...sorry, tak wish on time...lupa la...maklum la, dah makin dimamah usia...wish you all the best in life & may you find your dream husband & have a great life together...

p/s : mama sue, amani is turning 1 next week...so sad you could not join the party...but, don't forget the gift ya? Hihihi