Monday, October 25, 2010
Saya & kelas2 yang dah join...
Saya : Yang, boleh tak sponsor nie nak gi kelas jahit?
Mr. Hubby : hmm...mesin jahit pun takde lagi ni...boleh ke belajar? Tunggu beli mesin dulu la
Saya : (dah buat muka dah) Ala...belajar la dulu, lagipun skrg dok umah mama, boleh pakai mesin buruk dia tu dulu
Mr. Hubby : Hmm...pergi kelas rajin, hasilnya tak nampak pun...yang hari tu gi kelas penulisan novel tu, mana novel nya?
Saya : Errkk...
Haaa! Terkedu makcik kena tembakan soalan maut tu...huhuhu...disebabkan itu, saya berazam untuk memulakan la projek penulisan novel saya, sambil tulis tu, saya jahit baju sekali ek? Taip pakai kaki boleh tak?
Nantikanlah kemunculan novel sulung saya!! Yea!!
Moral of the story : Kalau nak join apa2 kursus tu, jangan pakai duit org, nanti kena soal balik baru padan muka...hahaha
Sunday, October 24, 2010
Music Class & Sewing Class!
Cuma yang buat saya sedikit terkilan, tak ada seorang pun parents melayu yang saya jumpa kat situ. Terjenguk2 jugak saya ni nak cari kot2 la ada terselit seorang-dua kat situ. Tak apa la, mungkin satu masa nanti kot.
Semalam masa mak saya ke pasar, dia jumpa sorg makcik ni, dia dok tegur2 Aleeya & tanya umur berapa, dok mana etc. Then dia cerita la kat mak saya yang anak dia ngajar muzik kat Kolej & buat jugak weekend class kat rumah. Dia pun meluahkanlah rasa terkilan anak dia, sebab kebanyakan yang belajar dgn dia takde pun Melayu. Kata dia lagi, menyeimbangkan otak kanan & otak kiri tu sangat penting. Hmm...sebab tu la saya nak start expose izzat dengan semua ni. Semoga Allah S.W.T. melimpahkan rezekinya ke atas kami sekeluarga tanpa putus-putus. Dan semoga kami mampu memberikan ilmu dunia & akhirat untuk anak-anak kami tanpa sebarang masalah waima dari segi kewangan mahupun komitmen.
Ok, cukup tentang izzat. Ni cerita pasal sewing class saya. Sebenarnya tak banyak pun yang boleh saya kongsi, tapi, saya memang seronok bila tahu potong baju sendiri. Last saturday, saya cuma belajar potong saja, susah jugak rupanya potong kain ni. Ada pengiraan standard rupanya. Hopefully saya mampu la jahit baju sendiri lepas ni. Tak mau la hangat-hangat tahi ayam jer. Hehehe...doa-doakan la yer? (mana la tau, kot-kot boleh jadi fesyen designer lak pasni :-))
opps! Gambar?
Sorry la yer, saya sendirian jer, org lain pun sibuk, so, sapa yang boleh ambikkan gambar yer tak? Lain kali yer?
Tuesday, October 19, 2010
saya rindu...
Tapi...Izzat lebih senang memeluk & digomol yang lain agaknya. Kadang-kadang ketika saya baru saja hendak pegang izzat, pasti ada yang mengambilnya dari saya. Apa yang saya buat semua tak kena. Iya...saya tahu semua sayangkan Izzat dan saya amat2 bersyukur dan berterima kasih kerana kasih sayang terhadap Izzat yang tiada batasnya. Tak tahu lagi macamana harus saya ucapkan rasa terima kasih itu. Benar saya rela berkongsi kasih Izzat. Tapi, sekurang-kurangnya berikanlah saya sedikit ruang untuk 'muncul' dalam kehidupan izzat. Hanya ketika tidur saja izzat menjadi milik saya sepenuhnya. Dalam tidurnya yang nyenyak, saya gigihkan juga berkata-kata dengannya.
Saya rindu saat izzat datang memeluk & mencium kami berdua ketika berada di rumah sana. Bagaikan hanya kamilah dunianya. Kalaulah kewangan & keadaan mengizinkan, mahu saja saya tinggalkan kerjaya demi anak2.
Izzat....mummy rindu....papa...baliklah cepat....
Monday, October 18, 2010
Aktiviti Hujung Minggu Tanpa Mr. Hubby...
Musical Babies™
Duration: 30 minutes
"Musical Babies" is a specially tailored class that fulfils your baby's dynamic needs and potential. Here, their impressive range of sensory and perceptual skills are rewarded with objects and instrumental exploration, sounds / vocal exploration, singing, listening and creative movements. Parents will be playing a key role too as the class incorporates parents' education with musical elements immersion for babies. Other elements such as activities for facilitating language development and reading readiness. Apart from all these, the class encourages bonding between parents and babies, and hence cultivating a conducive environment for quality time together.
Saya pilih kelas hari sabtu, pukul 10 pagi. Yuran? Sangat2 murah & berpatutan...cuma RM70/sebulan! Pastu pulak, ada promotion lagi sempena their 10th anniversary. Waiver of RM50 registration fees & 10% discount if your pay 3 consequent months fees. So, saya yang sememangnya tak boleh dengar kalau ada promosi ni, terus booking untuk trial class this saturday at 10 a.m. . Kalau kawan2 semua nak tahu lebih lanjut pasal courses kat sini sila klik sini ya?
Selesai aktiviti untuk Izzat. Habis, saya pulak cemana? Saya ni sebenarnya dah lama nak belajar menjahit, tapi tak ada masa & peluang. So, saya pun survey2 la the best place & paling dekat dengan umah mama saya, nak tau apa yang saya jumpa? Jeng...jeng...jeng...Kompleks 3C, Subang Jaya! Hahaha...sebenarnya saya dah tau dah aktiviti & kewujudan kompleks ni, tapi ramai yang tak tau. Setiap hari sabtu ada kelas memasak (bayar RM10 jer utk 1 kelas), masa bujang dulu selalu kena paksa dengan mama saya gi belajar wat puding la, western la. Memang best & satu kelas tu tak ramai pun. Utk kanak2 pula ada playground & sandplay. Pastu kelas ballet, menari, kelas muzik & macam2 lagi la. Tak larat saya nak describe. Kalau nak tau boleh check kat sini , tapi, website ni not updated. Boleh jer berkunjung terus ke sana. Kompleks ni adalah bangunan biru yang besar sebelah kanan Sunway Pyramid. Kalau masuk ke bangunan ni, macam bukan kat Malaysia tau. Hiasannya pun lain. Katanya, MPSJ hantar kakitangan mereka ke UK untuk buat community centre macam kat sana & kompleks ni la hasilnya.
Kisah percutian kami ke Goldcoast, Australia (19/09/2010)
Sampai jer kat sana, kami naik train dulu
Ambik gambar sendiri, tak de sapa nak tolong ambikkan...huhuhu
Makcik & Pakcik Koala sedang tido...krohh...krohhh
Haa! Kan saya dah cakap, Izzat berani giler...siap keja lagi makcik kangaroo ni (kangaroo tu dok cium2 izzat, dia ingatkan izzat bawak makanan...sib baik tak bawak...fuhh!)
Tengok tu, tak dengar cakap ni, org kata jangan nak jugak gi dekat..
Ni pulak show kuda..ala2 equestrian la...kira ok jugak (tapi masa ni saya tak pay attention sebab tengah minum teh sambil makan raisin bread yang dia sediakan...hehehe...makan lagi)
Ni pulak show anjing & biri2...pandai betul anjing tu jaga biri2 ni, semua dengar cakap anjing ni.
This is the last show of the day, mesin bulu biri2! hehehe...cian biri2 ni
Ni lagi kesian, kena buli, busuk tau bulu2 ni...(Gambar di atas menunjukkan sekumpulan pelancong dari Korea)
Cepat la balik mummy! Izzat dah tak sanggup tengok biri2 ni kena buli...yang mummy lak boleh posing lagi ek?
Ok..ok...sebelum balik, kita ambik gambar puas2 dulu yer?
Bye! Kami nak naik shuttle dah! Tata!
Monday, October 11, 2010
Rindu pasti datang lagi....
Bermula sabtu ini, suami saya akan ke Jeddah selama sebulan. Sebulan saja pun nak kecoh? Memang sebulan saja, lepas sebulan dia akan kembali tetapi, kembalinya dia hanya 2 minggu saja (tu pun kena kerja jugak), kemudian terbang lagi ke sana selama sebulan...begitulah seterusnya selama setahun...
Apa saya & Izzat nak buat tanpa Mr. Hubby? Hari-hari minggu kami takkan sama tanpa dia. Rumah kami pun hampir siap. Bolehkah saya uruskan hal-hal renovasi rumah sendirian? Sungguh saya tak pernah menguruskan sesuatu yang besar & serius.
Tapi, demi tugasnya, saya terpaksa relakan. Pergilah sayang...jangan lupa doakan kami sekiranya ada peluang melawat rumah ALLAH S.W.T.
Wednesday, October 6, 2010
Customized T-shirt
Saya dah kembali mengambil tempahan felt t-shirt. Bukan untuk kanak2 saja tau, untuk dewasa pun boleh, kalau nak satu family punya pun boleh. Tapi 1st come 1st serve la yer. Dalam sebulan saya tak ambik banyak tempahan ya. Bukan apa, nak menjamin kualiti & menepati masa. Utk kanak-kanak, buat masa sekarang colour yang ada terhad. Kecuali kalau nak tempah untuk satu family, boleh la sama kaler, sebab saya kena tempah dulu tshirtnyer ya. To order or any queries can email me at : wanie_kashfi@yahoo.com
p/s: boleh juga tempah dengan Kak Tini (www.tinihani.com). Dia la pencetus idea kepada t-shirt felt ni.


