Hari ketiga kami di London adalah hari Sabtu. Seperti biasa trip kami just nak rileks-rileks jer, so, tak payah la nak rushing sangat. Seperti biasa, pukul 9 pagi kami keluar dari apartment & heading to King's Cross Station to visit the famous Natural History Museum.
Ramai betul orang keluar hari tu...maklumlah...sabtu kan? Queue nak masuk museum pun bukan main panjang lagi. Izzat memang excited la bila bagitau dia yang kita nak pergi tengok dinosour dekat museum (walaupun cuma rangka dinosaur). Maka beratur la kami walaupun panjang. Tapi, sekejap jer beratur tu, dalam 5 minit je sebab dia just nak release yang keluar dulu then baru lepaskan yang beratur nak masuk. Oh ya, masuk museum ni free jer.
The queue (Kalau boleh elak weekend lebih baik)
Hmm...apa motif bergambar dengan globe ni yer?
The famous spot of Natural History Museum
Izzat & the dinosaur skeleton...yang dia excited sangat nak tengok tu
Kami kat dalam museum tu tak lama, around pukul 1 dah keluar. Kalau ikutkan itenary saya, lepas keluar dari museum, nak ke Harrods yang katanya cuma a few blocks away from the museum. So, jalan la kami...dah la hujan masa tengah jalan tu. Jalan punya jalan, bila dah nampak Harrods terus hilang letih. Biasa la...perempuan..hehehe. Masuk jer dalam tu, ramai sangat orang...ARAB...memang kaya la diaorang ni...sorang-sorang beratur bayar chanel, LV & all those high end punya brand. Dalam segan-segan, saya approach la sorang salesman ni, asking for Harrods items department. Dengan penuh mesra, dia berikan direction pada saya. Hilang la jugak rasa segan tu.
Masuk je ke department yang diingini, memang rambang mata la weh. Habis berterabur memori ni nak recall balik sapa kirim apa. End up, all types of handbags aku sambar. Adalah dalam 9 biji (untuk mama, mami, umi, acom etc...mostly for family members). Then sambar pulak shopping bag harrods yang colourful tu. FYI, barang-barang kat sana murah banyak berbanding Harrods kat KLCC or KLIA ya. Mr. Hubby & anak-anakku sangat well behaved, siap duduk bersila kat lantai lagi tunggu mummynya yang dah tak tentu arah memilih barang. Lepas dah pilih yang berkenan, saya pun pass la kat Mr. Hubby mintak dia beratur bayar. Hehehe...lama betul menunggu giliran nak membayar sebab nya ramai pak-mak Arab yang shopping lagiiii banyak.
Welcome to London Harrods!
Lepas habis bayar, kami bergerak ke kaunter VAT claim pulak. Sedar tak sedar dah dekat pukul 4 petang, tiket nak masuk Madame Tussauds pukul 4.30 petang. Mula la kalut masa tu. Nak berjalan ke sana tak tau kot mana. Last-last, teringat pesan sorang kawan ni, kalau ada emergency, naik taxi je. Bila kami turun, nasib baik taxi dah ada, terus masuk dengan stroller sekali (ini yang bagus tentang taxi di London, stroller boleh tolak masuk jer, tak payah lipat-lipat).
Sesampainya kami di Madame Tussauds, punya la ramai manusia beratur. Sepanjang kat dalam sana, memang sesak nafas rasanya, manusia punya la ramai, nak skip ruang tak boleh dah. Nak tak nak terpaksa la redah. Tapi, kami betul-betul syukur sebab anak-anak memang behaved & langsung tak buat hal. Nothing much to say about Madame Tussauds, lets the picture do the talking.
Jumpa spiderman...ok la tu..
Ironman pulak...lagi seronok dia
Two well behaved children! Welldone!
Sian Lady Di, duduk kat tepi stage sorang-sorang, takde sapa nak ambik gambar dengan dia, meh..meh..kita ambik gambar dua ek? (Tak kuasa nak beratur ramai-ramai nak ambik gambar dengan other royal family members)
Jumpa shrek jugak!
Mr. Hubby...jumpa kawan lama...hehehe
Setakat inilah dulu yang mampu saya update. Next is on our trip out of central London...till then...tata
Assalam,
ReplyDeleteMinta maaf tuan blog.. Mohon kebenaran nak iklankan homestay kami di London.
http://bilikhomestaylondon.blogspot.co.uk/
Minta maaf dan terima kasih ye tuan blog.