Wednesday, February 22, 2012

Bila anak dah pandai melaram

Dua tiga hari ni, Izzat dah pandai demand. Malam Kelmarin, masa nak tukar baju tido, dia banyak soal la pulak. And the conversation goes like this...

Izzat : Mummy, Izzat nak tukar baju? (menyoal aku yg sedang memegang baju tido ultraman kesukaan dia)

Mummy : Iyer la...meh sini tukar cepat

Izzat : Ooo...baju apa?

Mummy : Baju tido la...

Izzat : Baju tido apa?

Mummy : Baju tido ultraman ni ha...

Izzat : Baju sapa?

Mummy : (banyak soal la pulak anak aku ni)...baju tido izzat la...izzat suka baju ultraman ni kan?

Izzat : (started to buat muka tak puas hati dia)...izzat tak nak baju ni...izzat nak baju lain! (sila bayangkan amukan bersama hentakan kaki ya)

Mummy : ye la...ye la...

Maka dengan gigihnya aku ni gi la ambik baju lain.

Mummy : Yang ni boleh?

Izzat : Nak baju lain! (suara dah lain macam dah awang ni...makin tinggi lak dia marah aku)

sebagai seorang ibu yang tak berapa nak mithali ni, pergi la aku ke almari baju izzat ambik baju tido lain. 2-3 kali ulang semuanya tak kena. Last-last darah mak dah naik tinggi sampai langit ke tujuh dah, mula la suara halilintar aku keluar.

Mummy : Izzat nak baju mana??????!!!! Jom ikut mummy! Pilih sendiri!

Sampai je kat drawer baju dia, dengan muka tersengih cam 'etok' busuknya, izzat terus ambik jeans GAP dia dgn baju raya POLO dia & hulur kat aku..

Izzat : Aaa...baju ni!

Selepas bertekak 2-3 ayat, akhirnya aku yang kalah (sebabnya tak nak involve dengan amukan tahap naga izzat memandangkan hari dah makin lewat...btw, my bedtime now pukul 10 yer tuan puan sekalian...hehehe)

Dan untuk pengetahuan semua, dah 2 hari anak teruna aku tido malam pakai jeans & baju jalan dia. Agaknya dia tak nak gi jalan dalam mimpi pakai baju tdo kot...bukan setakat tdo je, menurut laporan neneknya, siang2 kat umah pun dia nak pakai smart2..bermuda pun xnak pakai dah...bankrap la mummy & papa dia nak kena cari jeans banyak2. Ada tak jeans budak harga RM10 selai?

Hmm...ni la akibatnya bila anak dah pandai melaram...yang peningnya mak bapak la

2 comments:

  1. ado kat pasar borong. RM10 sebeloh. hahaha.

    ReplyDelete
  2. hahaha...kalu sebeloh jah gak baik x payoh paka sluar slalu

    ReplyDelete