Me : ’Lepas pantang ni, kita gi vacation nak? Short trip je’
Hubby : ‘Hmm…boleh…nak gi mana?’
Me : Mana2 je, kesian izzat dah lama tak bwk dia jalan2 (ye la tu, padahal mummy izzat teringin nak makan breakfast buffet yang luxury…hahaha…mentang2 la dah habis pantang ye dak?)
Akhirnya, kami memilih Bandar Kuantan untuk short trip kami kali ni. Mula2 tu, ingat nak stay kat Hyatt Regency, Teluk Chempedak, tapi, promotional rate dah habis dah (sapa suruh booking lelambat!). Then, our second choice is Swiss Garden Resort & Spa di Pantai Balok.
Memandangkan Kuantan tu dekat je, my 2 babies ni tido je sepanjang perjalanan, senang hati mummy. Kalau tak, meroyan jugak mak nak melayan dua org sekaligus dalam ruang kereta yang tak berapa nak luas tu.
Kami kat sana 3 hari satu malam je (tu pun bukan buleh kira 3 hari pun, check in dah Jumaat petang, hari ahad tu pagi2 lagi dah check out). So, 1st night tu kami just pegi makan dekat gerai situ2 je. Next day tu, kami kuar breakfast & jalan2 tepi pantai. Izzat pulak, tak nak jalan kat pasir pantai tu sebab bila pasir tu masuk dlm selipar dia, dia ckp kaki dia kotor & tak nak pun pegi dekat dengan air laut. Izzat..Izzat…
Dah tak jadi main laut, kami pun decide nak ke Bandar Kuantan. Tapi, nak ke mana ya? Kalau setakat nak pusing shopping mall, kat KL pun berlambak.Bukan ke tujuannya nak bawak Izzat jalan2? Dah confuse dah mummynya. Last2 kitaorg decide nak ke Gambang Waterpark. Masa sampai kat sana tu, hujannya lebat kemain, tapi, sib baik lepas beli tiket hujan dah makin reda. Masuk je kat dalam, papa & izzat terus gi tukar baju. Izzat kuar pakai swimming trunk je, tak pakai pampers. Baru je papa dia letak izzat kat kerusi, tetiba…
Izzat : Mummy, izzat yak! (muka cam terkejut)
Saya & Mr. Hubby dah cuak dah. Biar benar budak ni berak? Bila tgk kat lantai, ada air sungai mengalir tenang di kakinya…hehehe..kencing la…nampak sgt anak aku tak paham lagi koordinasi kencing & berak. Oops…ni tandanya mummy dah kena start aja tak pakai pampers ni, izzat pun dah nak masuk 3 tahun dah tahun ni. I Have to figure something out la jawabnya.
Balik dari Gambang, kami balik hotel dulu utk mandi & solat. Lepas solat maghrib, kami terus bertolak ke kedai Ana Ikan Bakar Petai utk dinner & sambil2 tu jumpa kawan lama masa sekolah kat kuantan dulu. Lama tak jumpa Fifa, masa dia kawin aritu, saya tgh sarat mengandungkan Amani, tak ada daya rasanya nak berjalan jauh2, so memang la tak dapat nak attend kenduri Fifa.
Masa sampai kat sana, sepanjang jalan tu dah penuh org parking. Mr. Hubby pun drive slow2 je cari parking, pastu tak jauh dari kedai Ana Ikan Bakar tu, ada satu kedai seafood lg, org tak ramai & parking cam banyak kat sebelah dia, kami pun masuk la nk park kat situ, tapi, ada sorg pakcik ni dok jaga kwsn tu. Saya ckp kat Mr. Hubby maybe pakcik tu tak bagi park kat sini kalau tak makan kat kedai dia kot? Kitaorg duduk dulu dlm keta, nk tgk ada 1 family nil g yg kuar dulu. Pakcik tu mcm ckp something kat family tu, past uterus dorg masuk keta balik. Hmm…betul la tekaan saya. Disebabkan malas nk gaduh, kami pun terus keluar & park kat tepi jalan yg agak jauh sikit.
By the way, masakan kat situ boleh tahan sedap, segar & murah. Banyak juga lauk yg saya order, ada ikan siakap besar, sotong besar (goreng tepung), telur bungkus, lala masak pedas, tomyam ayam & nasi utk 4 org makan…nak tau total harganya berapa? …haaa…termasuk air sekali Cuma RM127 sahaja…amacam? Berbaloi tak? Hehehe…so, kalau ke Kuantan, jangan lupa makan kat Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur.
Sekian saja laporan short trip kami hari ni. Enjoy the picture ya.
Masa ni baru lepas nangis ni, takut main ombak.hahaha
Posing with adik..suka renyih gitu izzat ni
Smile!!
With Fifa
Adik baik je, tak nangis or ngamuk pun sepanjang kat Gambang Water Park
Masa ni baru start seronok main air