Hari sabtu hari tu, badan dah rasa tak sedap, hidung dah mula tersumbat & dicampur dengan kepala yang berdenyut-denyut. Tumit kaki ni memang sakit epecially sejak kebelakangan ni, kalau duduk or baring & bila nak bangun balik mesti kena berdiri kejap before memulakan langkah (keadaan ini sama seperti awal-awal selepas bersalinkan izzat). Malam sabtu tu, selsema dah makin mengganas, nak makan ubat tak berani sebab tgh pregnant, just took 2 panadol tablets je nak legakan hidung & sakit kepala, tapi sekejap je kesannya.
Pagi ahad tu, saya bergegas pulang ke rumah sebab ada org nk dtg servis filter, lepas selesai, terus ke klinik panel kat bangi, mintak ubat selsema khas untuk ibu mengandung. Tak sabar nak balik makan ubat ni (tak best selsema ni, tak boleh nak bernafas dgn betul & paling tak best sebab tak boleh peluk & kiss izzat yang semakin manja tu). Tapi, sempat lagi saya ke JUSCO Equine Park, cari birthday present utk aleesya. Memang plan nak bawak izzat ke sana, dah lama izzat tak berjalan sejak papa posting ni. Kesian pulak kat dia. Selalunya kalau papa dia ada every weekend mesti gi jalan-jalan.
Sampai umah, makan ubat terus lalok sampai petang, sedar2 dah pukul 4, hujan ribut pulak sedang menggila. Macamana nak gi umah ashra ni? Maka, bertunggu tangga la kitaorg mintak hujan ni berhenti. Dah dekat pukul 6, tgk hujan tak ada tanda-tanda nak berhenti lagi. Izzat pun dah tertido, saya pun makin sakit kepala. Sudahnya, kami terlepas ke birthday aleesya.
Keesokan harinya. keta pulak kena langgar dengan sorg mamat cina ni yang nak ke mana ntah laju-laju time tgh jammed (Tak tau la kenapa jammed giler kat depan pyramid petang isnin hari tu. Saya yang nak u-turn kat bwh flyover kat bulatan kewajipan tu makan masa sampai 1/2 jam). SIb baik dia mtk maaf & bg name card ckp nk byr ganti rugi. Tapi, esoknya, bila nk saya nk anta gi bengkel, dia banyak songeh lak ckp bukan salah dia. Sib baik uncle saya ni memang pakar bab-bab kereta ni (tokey kilang keta la katakan)..hehehe..memang takleh nak tipu la kan? So, lepas kawtim ngan dia, dia bayar la repair cost tu.
aduh..memang pening kepala saya. Dengan demam yang masih tak hilang lagi, campur lak dengan malang yang bertimpa-timpa. Cuma saya bersyukur sebab izzat tak jangkit selsema ngan saya walaupun tiap-tiap malam tido berkepit.
p/s : Ash...sorry tau tak dapat attend birthday aleesya
hehe.tak pe.next time kita jumpa lagi k?
ReplyDeletesian awak..yang penting jaga kesihatan leklok eh..mengandung ni mmg penat n mudah sakit.
nasib baik pakcik wanie ada.kalu tak,abes die ting tong nak bayar ganti rugi kan..
tu la ash..kebetulan lak papa kita ke jogja...sib baik ada dia, mahu nangis kita sorg2...huhuhu
ReplyDelete