Tuesday, May 17, 2011

malang yang bertimpa-timpa...

Hari sabtu hari tu, badan dah rasa tak sedap, hidung dah mula tersumbat & dicampur dengan kepala yang berdenyut-denyut. Tumit kaki ni memang sakit epecially sejak kebelakangan ni, kalau duduk or baring & bila nak bangun balik mesti kena berdiri kejap before memulakan langkah (keadaan ini sama seperti awal-awal selepas bersalinkan izzat). Malam sabtu tu, selsema dah makin mengganas, nak makan ubat tak berani sebab tgh pregnant, just took 2 panadol tablets je nak legakan hidung & sakit kepala, tapi sekejap je kesannya.

Pagi ahad tu, saya bergegas pulang ke rumah sebab ada org nk dtg servis filter, lepas selesai, terus ke klinik panel kat bangi, mintak ubat selsema khas untuk ibu mengandung. Tak sabar nak balik makan ubat ni (tak best selsema ni, tak boleh nak bernafas dgn betul & paling tak best sebab tak boleh peluk & kiss izzat yang semakin manja tu). Tapi, sempat lagi saya ke JUSCO Equine Park, cari birthday present utk aleesya. Memang plan nak bawak izzat ke sana, dah lama izzat tak berjalan sejak papa posting ni. Kesian pulak kat dia. Selalunya kalau papa dia ada every weekend mesti gi jalan-jalan.

Sampai umah, makan ubat terus lalok sampai petang, sedar2 dah pukul 4, hujan ribut pulak sedang menggila. Macamana nak gi umah ashra ni? Maka, bertunggu tangga la kitaorg mintak hujan ni berhenti. Dah dekat pukul 6, tgk hujan tak ada tanda-tanda nak berhenti lagi. Izzat pun dah tertido, saya pun makin sakit kepala. Sudahnya, kami terlepas ke birthday aleesya.

Keesokan harinya. keta pulak kena langgar dengan sorg mamat cina ni yang nak ke mana ntah laju-laju time tgh jammed (Tak tau la kenapa jammed giler kat depan pyramid petang isnin hari tu. Saya yang nak u-turn kat bwh flyover kat bulatan kewajipan tu makan masa sampai 1/2 jam). SIb baik dia mtk maaf & bg name card ckp nk byr ganti rugi. Tapi, esoknya, bila nk saya nk anta gi bengkel, dia banyak songeh lak ckp bukan salah dia. Sib baik uncle saya ni memang pakar bab-bab kereta ni (tokey kilang keta la katakan)..hehehe..memang takleh nak tipu la kan? So, lepas kawtim ngan dia, dia bayar la repair cost tu.

aduh..memang pening kepala saya. Dengan demam yang masih tak hilang lagi, campur lak dengan malang yang bertimpa-timpa. Cuma saya bersyukur sebab izzat tak jangkit selsema ngan saya walaupun tiap-tiap malam tido berkepit.

p/s : Ash...sorry tau tak dapat attend birthday aleesya

Tuesday, May 10, 2011

Pisang Karamel!!!!

Pertama kali ke jogjakarta (adik saya belajar kat sana), satu2nya makanan yang saya sentiasa teringat adalah Pisang Karamel. Pisang ni, dijual atas kereta sorong di tepi-tepi jalan saja. Kebetulan, setiap kali kami keluar pagi-pagi hari, mesti ada orang jual pisang karamel tu kat tepi jalan depan hotel. Saya memang tak lepas peluang, setiap kali jumpa je mesti beli. Kalau yang baru lepas goreng lagi sedap...panas2 makan memang best.

Sejak dari hari tu, kalau mama saya ke sana, mesti saya kirim pisang karamel ni. Takdenya nak kirim-kirim kain baju ke apa ke...kirim pisang tu la yang wajib. Last skali saya makan, masa saya mengandungkan izzat. Sepatutnya saya & Mr. Hubby ikut skali gi sana, tapi, last minute, Mr. Hubby kena kursus, hmm...frust la jugak sebenarnya, tapi nak wat cemana kan? Bila family sampai kat airport, kitaorg gi ambik dorg, sampai je kat airport, terus saya tanya pasal pisang karamel ni. Mama pun keluarkan 1 tupperware & 2 plastik beg pisang karamel! Hah! ambik ko, nak sangat makan pisang karamel kan? Maka makan la saya sorg2 tanpa menghiraukan org sekeliling...hahaha...jahat sungguh. Bila dah kenyang baru nak bagi org (Mr. Hubby pun tgk je saya makan).

Nak dijadikan cerita, mama saya akan ke jogja lagi pertengahan bulan ni. Kalau ikut plan asal, saya pun nak ikut skali. alih-alih, hujung bulan 4 ari tu, Mr. Hubby ditugaskan ke Sri Lanka selama sebulan. Hmm...melepas lagi...tapi, seperti biasa saya kirim pisang karamel saja pada mama. Mama ok je, tapi, lepas check2 tiket, rupa2nya, flight mama awal pagi, so, memang susah la nak dpt pisang karamel awal2. Mama pun bagitau siti (adik saya) mintak siti belikan kulit pisang karamel tu, so that boleh buat kat rumah nnt. Rupa-rupanya, my dentist sister ni lagi bijak. Dia tak tanya pun pakcik yg jual pisang karamel tu, nak tau dia tanya sapa? dia tanya Pakcik GOOGLE! hahaha...dan berjaya dapatkan resepi.

Nak tau resepinya? tengok kat sini ya?

p/s : Siti : thanks very much ti! love u so much!!! mmmmmuuuuaaahh!!
Abang : Bila kita nak gi jogja?

Tuesday, May 3, 2011

nursery oh nursery

Penat...penat...


Berkejar-kejar saya sekarang ni mencari nursery untuk izzat...nak-nak lagi sekarang ni petang asyik hujan je, niat dihati nak singgah tengok keadaan-keadaan nursery-nursery yang terpilih tu, tapi sampai umah mesti dah kul 7 lebih, nursery pun dh tutup...nampak gayanya, hari sabtu ni kena la buat marathon menerjah nursery-nursery yang dah dipilih.


Tapi...kebanyakan nursery yang saya dah jenguk amat mengecewakan dari segi kebersihan. bau pun dah memualkan. Tilam-tilam & cadar anak-anak kat sana bau hapak & pudar. Nape la dorg ni tak jaga betul2. Kalau anak sendiri rasanya dorg wat cam tu tak?


Nak hantar nursery ni pun sebenarnya berbelah bahagi jiwa ni...kesian pulak kat izzat sebab dia dah biasa dikelilingi org2 yang sangat sayangkan dia, manjakan dia & he grows as a happy baby. Kat nursery nanti, dah takde orang yang akan sayang izzat macam kat umah nek wan. But, the good thing is, izzat can learn to be independent. Lagipun, tak lama lagi, izzat akan jadi abang dah.


Btw, izzat skrg ni dh pandai merajuk dah, semalam saya tinggikan suara sket kat dia pasal main pukul2 orang (sakit tau), pastu terus dia cebik-cebik nak nangis, comel sungguh muka dia masa tu...cam muka puss in boots dlm shrek..hehehe...ala la...sian la pulak anak mummy ni, mummy pun terus la pujuk izzat & told him that what he did is not good & can hurt people. Izzat terus peluk mummy (sentimental sungguh anak terunaku ni...hihihi)


Wish me luck in finding the best nursery for my child.


p/s : sorry ye mama sue, mama sue balik nnt izzat dah tak duduk umah nek wan lagi dah...takpe, nnt weekend mummy bawak izzat gi main ngan mama sue yer?