Sunday, August 15, 2010

Bengkel

3 minggu yang lalu saya ke bengkel penulisan novel kelolaan Alaf 21, macam-macam cabaran jugak nak sampai ke kelas tu, dengan printer yang buat hal la, sesat la, izzat pun meragam nak ikut (papa izzat keje, so kena tinggalkan kat umah nek wan), akhirnya saya sampai ke bengkel tu pukul 9 pagi (sepatutnya pukul 8.30 dah start..hehehe). Sampai-sampai sana, rupa-rupanya ada lagi yang belum sampai...fuh...lega...ingatkan saya yang paling lambat.

Sampai je kat sana, Puan Sri Diah dah ada, kelas dimulakan dengan sesi suaikenal, kebanyakan yang datang tak ada pengalaman menulis novel. Seronok sangat join bengkel ni, macam-macam tips kami dapat untuk memulakan penulisan novel. kami semua diberikan goodie bag yang berisi 2 buah novel keluaran Alaf 21, nukilan Puan Sri Dia, Anis Ayuni dan Sharifah Abu Salem. Sepatutnya bengkel ni dikelolakan oleh Puan Sri Diah bersama Puan Sharifah Abu Salem, tapi, Puan Sharifah tak dapat datang, kurang sihat katanya. Tapi takpelah, bengkel tersebut tetap berjalan lancar. Cuma yang tak bestnya...saya lupa nak bawak kamera! ada ke patut? So, jangan tanya tentang gambar yer...hehehe.

Oklah, tak nak cerita panjang-panjang, saya nak bagi tips ni, kepada mereka-mereka yang tak berkesempatan join bengkel hari tu, kat bawah ni ada a few tips yang saya dapat, hope korang pun boleh start menulis :-
  • Panjang novel 300-400 patah perkataan (bagi penulis baru)
  • Justify, A4
  • Jangan terlalu banyak karakter sampingan (kalau yang keluar sekejap-sekejap tu takpe, jangan banyak kisah karakter lain selain karakter utama, nanti pembaca confuse nak recall balik)
  • Seboleh-bolehnya jangan tulis straight forward sangat, contohnya, bab 1 cerita tentang Nina, then bab 2, terus sambung pasal Nina jugak. Sambungan keadaan/situasi Nina di bab 3 atau 4. Bab 2 boleh cerita tentang Ilham pulak ke.
  • Habiskan satu-satu bab dengan kejutan atau tanda-tanya, so that pembaca tak sabar nak tahu tentang apa yang berlaku di bab berkenaan (sebab tu kena sambung bab tu 2 @ 3 bab selepasnya)

ada lagi tips yang diberi, tapi saya tak larat la nak tulis semua. Yang penting, tulis cerita yang sesuai dengan jiwa kita, kalau suka novel cinta, tulis tentang cinta, kalau suka keagamaan, tulis novel keagamaan dan sebagainya. Kalau dah siap tulis, sila print & buat comb binding then hantar ke Alaf 21, by post or by hand, alamat boleh rujuk website Alaf 21. Jangan hantar soft copy tau, dorang cuma terima soft copy untuk final draft sahaja.

Selamat menulis!

p/s: Aku sendiri pun tak start lagi...hehehe

8 comments:

  1. ok.thanx for the info..
    tgh cari idea gak nk nulis gak ni..insyaalah nk try.hehe..
    adehhh..lama da tak wat karangan bm..mesti hancus..hehe

    ReplyDelete
  2. Wah, Wanie... Dah gi bengkel. Ape lagi, cepat2 tulis... Apa tema yg sesuai dgn jiwa ko? Hehehe...

    Aku tunggu2 ko tulis citer kite kat U dulu, hehe..

    ReplyDelete
  3. kat...kalau tulis cerita masa kat U dulu memang tak cukup mukasurat la jawabnya...hahahaha

    ReplyDelete
  4. wanie, tips kat atas tu leh terpakai jugak ke utk buku kraf? should be format sama je kan?

    ReplyDelete
  5. lebih kurang kot kat...tapi kalau buku kraf ni ada banyak gambar kan? try ko email Alaf21

    ReplyDelete
  6. ok, tq...

    cik wanie... td aku bukak website alaf21, aku terperasan ni...

    http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/BERITA%20UMUM/bengkel%20penulisan%2023_july10/default2.html

    ada gmbr ko... hehehe

    ReplyDelete
  7. alamak! ter'glamer' pulak aku...hahaha

    ReplyDelete