Semalam sebelum balik, sempat lagi saya menjenguk blog Cik Gee . Terus ingatan saya kembali ke zaman anak dara sunti dulu. Rasa macam baru semalam kami bersama-sama bergelak ketawa, menangis & bermasam muka (biasa la...lumrah hidup kan?). tapi hari ni, masing-masing sudah berumah tangga & dah bergelar mak budak dah pun. Sungguh masa itu berlari pantas.
Mengimbas kembali kenangan di Universiti, pada hari pertama saya mendaftar lagi, saya sudah bertekad untuk tidak terlalu bergantung pada kawan2 (sebenarnya belum jumpa kawan lagi, tak tahu mana nak cari) & saya akan cari sendiri bilik kuliah serta fakulti. Ada juga tanya2 roomates & sesiapa yang saya jumpa masa orientasi, tapi, kebanyakannya tak kenal budak course saya (masa tu fakulti Chemical Engineering baru buka, so, tak ramai lagi student). Sehinggalah pada suatu hari tu roomate saya Siti bagitau ada sorg budak chem engine dok kat tingkat 4 , bilik no XXX (rasanya la...lupa la cik gee, sila clarify ya..hehehe). tapi, saya tak terus gi jumpa budak tu sebab pagi tu saya nak pergi survey fakulti & bilik kuliah (nak tengok jadual), saya gi sorang-sorang jer. Balik dari survey bilik kuliah & fakulti, saya singgah kat cafe bawah bukit (dekat ngan law faculty) dengan niat nak beli lunch. Maka saya pun survey la lauk-pauk yang ada, sampai kat satu bekas ni, saya nampak ketulan ayam yang saya rasa sangat luarbiasa besarnya. 2-3 kali saya tengok ayam tu, nak ambik tak berani, takut bukan ayam. Nak tanya makcik yang jual tu pun saya teragak-agak sebab nampak garang jer. Tapi, disebabkan saya bertekad nak survive sendiri, maka saya pun memberanikan diri la tanya makcik tu :
saya : Makcik...ni ayam apa ni?
makcik : (berkerut dahi tengok saya)...ayam la...ayam biasa...
saya: bukan AYAM BELANDA ke?
makcik: Hish! Ayam biasa la!
saya: Oooo...nampak macam besar sangat (sambil tersengih macam kerang busuk kat makcik tu)
tanpa membuang masa, saya terus ambil seketul letak dlm polystrene bersama-sama dengan lauk lain (hehehe...). Disebabkan saya ni digelar Hantu Goreng Pisang, maka, saya pun tapau la 3 keping pisang nangka yang besar-besar & makan sambil jalan balik.
Sampai kat hostel, saya teringat kat budak yang roomate saya cakapkan tu. Saya pun terus la panjat tangga sampai tingakt 4. Sampai kat depan bilik tu, saya terus ketuk pintu. Selang beberapa saat, seorang pelajar perempuan yang comel buka pintu. yang saya ni pulak, tanpa bagi salam (dah tercungap-cungap ni, penat panjat tangga) terus tanya :-
saya : gee eh?
cik gee : (muka pelik tengok saya) err...ha'ah...
(dengan selambanya saya terus masuk & duduk kat katil dia, sambil mengunyah goreng pisang - gila tak senonoh aku ni...hahaha)
saya: ni, aku dah gi survey fakulti, susah sikit nak cari fakulti kita, jalan pusing2. direction dia gini...bla..bla..bla...(panjang & tak ingat dah nak citer)...ko ingat tak ni? esok aku nak balik umah, tapi, jadual esok baru keluar, nnt kalau ko jumpa budak2 lain ko tolong gi ambik jadual ngan dorg ya, nnt kalau tak jumpa call aku...ni no. aku...
laju giler saya cakap, sampai cik gee tak sempat nak mencelah. Dia salin jer no. saya & cakap yang dia ada jumpa lagi 2 org budak chem engine.
Saya : ok lah, kalau takde apa-apa, aku balik dulu tau...pape hal call aku
Cik Gee: ok...
Dengan selamba lagi, saya terus keluar dari bilik cik gee dengan meninggalkan cik gee dalam keadaan terpinga-pinga melihat keselambaan saya. Cakap macam dah kenal lama & masuk pun tak bagi salam...hahaha...
Lepas tu kami jadi geng...diikuti dengan cik fika & cik kat...rupa-rupanya cik kat dah pernah tegur saya masa tengah beratur nak gi orientasi, tapi, cik kat cakap saya sombong sangat masa tu...dia pun malas nak layan sgt...hahaha...teruk betul saya ni...
kalau nak tengok gambar sila ler ke post cik gee yang ni ya.
Tuesday, August 24, 2010
Monday, August 16, 2010
Budak Botak?
Last saturday, saya pergi ambik baju raya kat Taman Melawati...alang-alang dah sampai sana, kami singgah la kat pasar ramadan ( kan ari tu kuar citer pasal kambing panggang Dr. Grill yang famous kat pasar ramadan Taman Melawati tu, ingat nak try ler...macam sedap jer nampak kat paper..hehehe).
Izzat dah boleh jalan dah, tapi disebabkan kat situ jalan tar, papa izzat kena la pimpin budak bulat tu. Maka, kami berjalan la meninjau-ninjau gerai-gerai kat situ. Gerai dah banyak yang buka, tapi, kebanyakannya baru buka, belum start jual lagi. Kaming Panggang Dr. Grill pun belum dipanggang lagi...hampa jugak...sebab kami takleh lama, nak balik Seri Kembangan bukan dekat.
Izzat lak, hampir setiap gerai dia berhenti tunjuk-tunjuk & bebel sorang-sorang (ntah apa yang dibebelkannya) & hampir setiap orang yang lalu akan tegur dia, saya dah jalan depan sikit, tunggu dia, alamatnya sampai buka tak abih beli makanan lagi. Sedang Mr. Hubby pimpin izzat jalan, datang la sorang budak lelaki (umur dalam 4-5 tahun gitu), dia nampak izzat terus excited & tunjuk kat izzat. Nak tau apa dia kata?
"Eh, comelnya budak botak!"
Saya yang dah kat depan, terus pusing & tengok Mr. Hubby terkekek-kekek ketawa. Kelakar sangat, ayah budak tu pun cam nak tergelak dengar anak dia cakap macam tu.
Tak sangka rupanya anak saya yang bulat itu dipandang sebagai budak botak. Nak kata takde rambut, banyak jer. tapi, mungkin sebab kepala dia terlalu bulat & rambut pulak melekat jer kat kepala. Sama macam Ipin ek?
Apa-apa pun, mummy saaaaaaaaayang sangat 'Budak Botak' mummy yang sorang ni!

Sunday, August 15, 2010
Bengkel
3 minggu yang lalu saya ke bengkel penulisan novel kelolaan Alaf 21, macam-macam cabaran jugak nak sampai ke kelas tu, dengan printer yang buat hal la, sesat la, izzat pun meragam nak ikut (papa izzat keje, so kena tinggalkan kat umah nek wan), akhirnya saya sampai ke bengkel tu pukul 9 pagi (sepatutnya pukul 8.30 dah start..hehehe). Sampai-sampai sana, rupa-rupanya ada lagi yang belum sampai...fuh...lega...ingatkan saya yang paling lambat.
Sampai je kat sana, Puan Sri Diah dah ada, kelas dimulakan dengan sesi suaikenal, kebanyakan yang datang tak ada pengalaman menulis novel. Seronok sangat join bengkel ni, macam-macam tips kami dapat untuk memulakan penulisan novel. kami semua diberikan goodie bag yang berisi 2 buah novel keluaran Alaf 21, nukilan Puan Sri Dia, Anis Ayuni dan Sharifah Abu Salem. Sepatutnya bengkel ni dikelolakan oleh Puan Sri Diah bersama Puan Sharifah Abu Salem, tapi, Puan Sharifah tak dapat datang, kurang sihat katanya. Tapi takpelah, bengkel tersebut tetap berjalan lancar. Cuma yang tak bestnya...saya lupa nak bawak kamera! ada ke patut? So, jangan tanya tentang gambar yer...hehehe.
Oklah, tak nak cerita panjang-panjang, saya nak bagi tips ni, kepada mereka-mereka yang tak berkesempatan join bengkel hari tu, kat bawah ni ada a few tips yang saya dapat, hope korang pun boleh start menulis :-

- Panjang novel 300-400 patah perkataan (bagi penulis baru)
- Justify, A4
- Jangan terlalu banyak karakter sampingan (kalau yang keluar sekejap-sekejap tu takpe, jangan banyak kisah karakter lain selain karakter utama, nanti pembaca confuse nak recall balik)
- Seboleh-bolehnya jangan tulis straight forward sangat, contohnya, bab 1 cerita tentang Nina, then bab 2, terus sambung pasal Nina jugak. Sambungan keadaan/situasi Nina di bab 3 atau 4. Bab 2 boleh cerita tentang Ilham pulak ke.
- Habiskan satu-satu bab dengan kejutan atau tanda-tanya, so that pembaca tak sabar nak tahu tentang apa yang berlaku di bab berkenaan (sebab tu kena sambung bab tu 2 @ 3 bab selepasnya)
ada lagi tips yang diberi, tapi saya tak larat la nak tulis semua. Yang penting, tulis cerita yang sesuai dengan jiwa kita, kalau suka novel cinta, tulis tentang cinta, kalau suka keagamaan, tulis novel keagamaan dan sebagainya. Kalau dah siap tulis, sila print & buat comb binding then hantar ke Alaf 21, by post or by hand, alamat boleh rujuk website Alaf 21. Jangan hantar soft copy tau, dorang cuma terima soft copy untuk final draft sahaja.
Selamat menulis!
p/s: Aku sendiri pun tak start lagi...hehehe
Friday, August 13, 2010
HFMD
2 minggu lepas Izzat demam panas, then saya bawak dia gi klinik panel, doktor yang incharged hari tu memang sangat tak bagus, dia test demam pakai tangan jer, bukannya pakai termometer, then tanya sakit apa, tapi bagi ubat 5-6 jenis...tapi nak wat cemana kan, dah panel...balik umah izzat makan ubat, tapi demam dia still tak kebah, tanpa membuang masa, saya bawak dia gi juma paed dia Dr. Siti Mazliah kat SDMC. Dr. Siti suruh monitor dulu tgk cemana...
the next day tu, mama call bgtau, izzat naik biji2 berisi air dekat lutut, siku & tangan...ada sikit2 kat mulut...demam dah kebah sikit...kat ofis ni memang tak tenang dah...risau sungguh...saya terus wat appointment ngan Dr. Siti utk night clinic dia...
malam tu, papa temankan saya n izzat gi SDMC (papa izzat keje malam)...lama jugak la menunggu...pukul 9 baru dapat masuk (ramai pulak budak2 yang demam)...bila Dr. Siti check, terus dia cakap..."ni HFMD ni"...cuak gak dengar sebab dulu HFMD ni jadi epidemik kat Malaysia ni, especially Sabah n Sarawak...ramai baby & kanak2 yang meninggal...aduh...takutnya
Agaknya bila nampak saya dah cuak, Dr. Siti cakap lagi 'jangan risau, as long as dia boleh makan n aktif macam biasa, benda ni tak bahaya, cuma kalau dah banyak kat dalam mulut atau tekak, n dia tak boleh telan susu or makanan, kena cepat2 bawak ke sini kena drip, takut nnt dia dehydrated"
Kata Dr. lagi, penyakit ni tak ada ubat, dia akan hilang sendiri, tapi, izzat kena kuarantin & tak leh kuar at least seminggu (saya lak tak berani nak bawak dia keluar sampai semua dah hilang). Apa yang kami missed selama izzat di kuarantin adalah :-
1) Buat pasport antarabangsa izzat & renew mine
2) Birthday party naqee
3) Beli baju raya
Sorry ya cik gee, bukan sengaja tak nk gi, tapi takut nnt jangkit kat budak2 lain

Subscribe to:
Posts (Atom)