Monday, June 28, 2010

Dimana letaknya maruah kita?

Melihat headline di Berita Harian pagi ini, hati saya tersentak. Gambar seorang bayi comel menghiasi muka depan akhbar utama itu. Terus terlintas di hati saya 'Siapalah yang sanggup membuang bayi secomel ini...'. Tanpa membuang masa, saya terus membaca tulisan kecil dibawah gambar itu. Alhamdulillah...bayi comel ini tidak ditinggalkan kesejukan di tepi jalan dan tidak juga dibiarkan keseorangan di bakul sampah...bayi ini selamat..syukur kepada Allah S.W.T.
Namun, jiwa saya tidak lega di situ. Ada sesuatu yang menggangu fikiran. Bayi ini adalah bayi PERTAMA yang menghuni PUSAT JAGAAN BAYI TIDAK DIINGINI (Baby Hatch) di Petaling Jaya. Astaghfirullahhal'adzim! Membaca perkataan 'tidak diingini' itu, jiwa saya semakin sebak. Apa perasaan anak-anak ini apabila dewasa kelak bila mereka tahu yang mereka adalah anak yang 'tidak diingini'? Cuba letakkan diri kita ditempat mereka, apa perasaan kita? Kenapa tegar benar mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini membiarkan diri hanyut dalam lautan nafsu sehingga meninggalkan benih-benih yang 'tidak diingini' ini dan kemudiannya membuang mereka tanpa rasa bersalah?

Walaubagaimanapun, saya hormati usaha kerajaan untuk membendung gejala buang bayi yang semakin berleluasa dengan menubuhkan pusat jagaan ini. Sekurang-kurangnya, tidak ada nyawa yang tidak berdosa yang hilang lagi. Tapi, alangkah baiknya kalau pusat jagaan ini tidak perlu wujud...dan tiada sesiapapun akan tergolong sebagai mereka yang tidak diingini.

Benar janji TUHAN...dunia ini sudah menghampiri zaman akhirnya...anak-anak diluar nikah semakin banyak dilahirkan...Astaghfirullahhal'adzim

Saya tinggalkan anda dengan gambar anak comel yang 'tidak diingini' ini.



(sumber dari Berita Harian online)

7 comments:

  1. berita2 mcm ni mmg menyedihkan. tak terfikirkah mrk ttg balasan Allah? kalau hati di rasuk syaitan, mana mungkin akal waras menguasai diri...semoga anak2 kita akan dtg terhindar dari perbuatan terkutuk itu...

    ReplyDelete
  2. betul tu...lately saya banyak terfikir tentang anak2 kita nanti...harap2 anak2 kita kelak bertemu pasangan yang baik...insyaAllah

    kalau ada antara visitor kat sini yang boleh jawab, saya nak tahu juga tentang status anak2 ini nanti...

    ReplyDelete
  3. tu la wanie.masa baca paper tu,tatau nak cakap pe.bagusnya,baby ni tak la mati,dibuang..tapi,tak bgsnya,nti sesenang je la budak2 skang tak kawin,bila ngandung,letak anak kat situ,nama dirahsiakan,mak bapak tatau.gejala buang bayi terselamat,da tu,buat anak tak kawen plak yg berleluasa????????

    adehhh..tatau nk ckp pe.ni cdgan UPSR,PMR nak dimansuhkan.kalu exam besar da takder,wahhhh..senang lenang la budak.tak ya blaja.makin tggi kesosialan tu.komitmen ngan exam besar da tak de.
    tah la..abes kata dibuatnya..

    ReplyDelete
  4. Entah la ash...wanie ni dok risau takut dapat menantu dari golongan ni...kena berhati2 la nnt pilih menantu...hehehe...wanie pernah dgr ceramah, kata ustaz tu, perangai/perkara yang kita buat akan tamat lepas 7 keturunan...nampaknya kena tunangkan izzat dgn aleesya la...hahaha...

    ReplyDelete
  5. kalau betul dorg nak mansuh exam2 tu...baik kita anta anak international school ambik a level terus...tapi, ongkosnya juga besar...hehehe...hopefully kerajaan kaji smeula la...takkan habis duit beratus juta kot setakat nak sediakan kertas soalan & jawapan untuk exam2 tu kan?

    ReplyDelete
  6. cabaran buat kita sebagai ibu bapa masa kini kan. harap2 kita berjaya bentuk anak2 kita menjadi org yg berguna dan anak soleh dan solehah yang selalu mendoakan kita..amin

    ReplyDelete
  7. insayAllah Gee...kita pun kenalah banyak2 muhasabah diri

    ReplyDelete