Monday, June 28, 2010

Dimana letaknya maruah kita?

Melihat headline di Berita Harian pagi ini, hati saya tersentak. Gambar seorang bayi comel menghiasi muka depan akhbar utama itu. Terus terlintas di hati saya 'Siapalah yang sanggup membuang bayi secomel ini...'. Tanpa membuang masa, saya terus membaca tulisan kecil dibawah gambar itu. Alhamdulillah...bayi comel ini tidak ditinggalkan kesejukan di tepi jalan dan tidak juga dibiarkan keseorangan di bakul sampah...bayi ini selamat..syukur kepada Allah S.W.T.
Namun, jiwa saya tidak lega di situ. Ada sesuatu yang menggangu fikiran. Bayi ini adalah bayi PERTAMA yang menghuni PUSAT JAGAAN BAYI TIDAK DIINGINI (Baby Hatch) di Petaling Jaya. Astaghfirullahhal'adzim! Membaca perkataan 'tidak diingini' itu, jiwa saya semakin sebak. Apa perasaan anak-anak ini apabila dewasa kelak bila mereka tahu yang mereka adalah anak yang 'tidak diingini'? Cuba letakkan diri kita ditempat mereka, apa perasaan kita? Kenapa tegar benar mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini membiarkan diri hanyut dalam lautan nafsu sehingga meninggalkan benih-benih yang 'tidak diingini' ini dan kemudiannya membuang mereka tanpa rasa bersalah?

Walaubagaimanapun, saya hormati usaha kerajaan untuk membendung gejala buang bayi yang semakin berleluasa dengan menubuhkan pusat jagaan ini. Sekurang-kurangnya, tidak ada nyawa yang tidak berdosa yang hilang lagi. Tapi, alangkah baiknya kalau pusat jagaan ini tidak perlu wujud...dan tiada sesiapapun akan tergolong sebagai mereka yang tidak diingini.

Benar janji TUHAN...dunia ini sudah menghampiri zaman akhirnya...anak-anak diluar nikah semakin banyak dilahirkan...Astaghfirullahhal'adzim

Saya tinggalkan anda dengan gambar anak comel yang 'tidak diingini' ini.



(sumber dari Berita Harian online)

Sunday, June 27, 2010

Happy Birthday Izzat Kashfi!

Fuuh...penat giler ari ni...walaupun tetamu yang datang sederhana saja bilangannya, rasa cam tak menang tangan juga nak melayan. Terima kasih pada kawan-kawan & family yang sudi datang meraikan hari lahir Izzat. Sebenarnya, majlis ni untuk gather ngan kawan2 & family...izzat sendiri tak faham pun lagi kenapa ramai sangat orang kat rumah ni...Thank you again to everybody...



The birthday boy!
p/s: baju izzat mummy yang buatkan & papa jadi tukang design. Kalau ada yang berminat, boleh tinggalkan email address anda. Kepada yang dah tempah, thank you very much & tempahan anda akan siap sebelum hari raya ini. Thank you again.

Monday, June 21, 2010

Izzat...

Mengenang kembali saat-saat mengandung dan menanti kelahiran izzat, membuatkan saya rasa terharu. Alhamdulillah, kami dipermudahkan oleh-Nya mendapat zuriat. Setiap hari memandang dan menyayangi Izzat adalah detik-detik terindah dalam hidup saya. Seringkali saya memandang wajah mulusnya dengan rasa tidak percaya bahawa saya telah dikurniakan satu anugerah yang hebat. Semakin hari, Izzat membesar dengan penuh kasih sayang dari semua orang di sekelilingnya.

Terdetik juga di hati kecil ini, mampukah saya menjaga dan membesarkan amanah ini dengan baik? Cukup kental kah jiwa ini untuk mengharungi cabaran untuk memelihara anugerah ini? Masa saya sangat kurang dengan Izzat. 5 hari seminggu bekerja dari 8-5, dicampur dengan waktu tidur, berapa lama saja masa yang tinggal untuk keluarga? Ditambah pula dengan kemalasan yang melampau (ini salah diri sendiri la kan?).

Mengikut perkiraan saya :-
1) Masa bekerja (8pagi - 5petang) = 9 jam
2) Masa travel (6pagi-8pagi + 5ptg-7ptg) = 2jam + 2jam = 4jam
3)Waktu Tidur (12mlm-5pagi) = 5jam
4)Waktu masak+mandi = 2jam
Jumlah keseluruhan = 20jam

Masa yang tinggal = 24jam - 20jam = 4jam

Hanya 4 jam sahaja sehari untuk keluarga. Mampukah seorang wanita bekerjaya mendidik anak-anak dengan hanya 4jam sehari? Rindu tak usah disebut, setiap saat di pejabat kerinduan terhadap keluarga makin membuak-buak. semoga saya mampu menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas diri saya dengan sebaik mungkin.

Wednesday, June 16, 2010

Geramnyerrrrrr

Huhuhu...apa yang saya geramkan ni? bukan...bukan geram nak marah orang...tapi geram sangat nak start projek2 jahitan yang diidamkan...macam2 ada dalam kepala...tapi, satu pun belum boleh start. Sebab2nya adalah :-

1. Saya tak pandai control mesin jahit lagi.
2. Skill guna msein jahit tak berapa ada.
3. Sekarang dok umah mak, so potensi nak menggunting kain or other things ni asyik jadi tak jadi je (Sebenarnya malu takut kena lekeh - dah selalu kena bab berangan nak bela kambing)
4. Kena jaga izzat

Uwwaaaa!!!! Saya nak duduk umah sendiri! Cepat la bibik sampai!

p/s : jeles dengan kak tini & other crafters lain...adakah saya mampu jadi macam mereka?

Monday, June 14, 2010

Specially made for Rayyan

Tara!!!





apa benda la yang 3 keping kat atas nama rayyan tu yer? jeng...jeng...jeng...kipas ler...auntie wanie punya version...rayyan sangat obsessed dengan kipas (menurut mama rayyan la)...tapi, belum berkesempatan nak bagi lagi...nanti jumpa auntie bagi ek...

anybody yang berminat jangan lupa tinggalkan komen kat entry bawah yer...

Sunday, June 13, 2010

Pengumuman...GIVEAWAY!!!

Lepas saya post pasal hadiah Aleesya, ramai pula yang tanya pasal baju custom made tu...saya ni budak baru belajar...dalam masa yang sama, rasa seronok sangat bila ramai yang suka baju tu...mungkin dalam masa terdekat ni saya akan ambil tempahan...tapi, sebelum tu, saya nak bagi hadiah pada salah seorang blogger bertuah dengan komen yang paling creative...dalam komen tu, anda boleh bagi details seperti di bawah :-

"Saya nak baju comel ini dipakai oleh...........kerana....."

Nama/wording pada baju : (siapa2 sahaja e.g. anak, anak sedara, anak kawan yang boleh muat size 1-2 tahun)
Design : (sila lakarkan imaginasi anda di sini...nak gambar kereta ke, gambar mushroom ke apa2 saja yang anda suka & rasa comel)

T-shirt yang available berwarna kuning, size 1-2 tahun sahaja...

Due date : 30th June 2010

Can't wait to read your comments!

P/s : Selamat berkreatif!