Thursday, February 9, 2012

Previous Entry Yang Poyo...

Poyo tak kalau cakap nak selalu update blog pastu tak update2 pun? Hehehe...semestinya poyo. Macamana makcik nak update blog kalau si ultraman kecik tu asyik nak tgk citer robot je kerjanya...tambah pulak dengan barbie doll baru saya yang comel lote tu asyik nak menetek je kerjanya. Rasa-rasanya aci tak kalau tangan kiri pangku adik sambil menetek, tangan kanan lak suap abang makan pastu update blog pakai kaki? Meroyan la tu...

hari ni hari ketiga saya masuk kerja, malas nak bercerita pasal azam baru sebab azam yang 20 tahun sudah pun tak tertunai2 lagi. Harapan saya semoga diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki sepanjang kehidupan kami anak-beranak.

Entry yang pendek saja sebab masa tak ada. Gambar lain kali ya...tata

Friday, January 20, 2012

Buleh la mummy selalu update blog pasni...hehehe




thank u papa for the present...love u so much! Mmmmuuuuaaaah!!

p/s : tapi makcik tak panai sangat nak guna ni...asyik tersalah tersalah tkan je, nk drag gambar pun tak leh lagi ni


Saturday, November 19, 2011

Introducing...Imaan Amani



Alhamdulillah...tanggal 5/11/2011 saya telah selamat melahirkan Imaan Amani binti Ismail Kashfi secara normal. Jutaan terima kasih kepada Dr. Khamsiah Muda & nurses di Hospital Pakar An-Nur, Bangi yang telah sama-sama menyambut kelahiran Amani.

Betul kata orang yang kelahiran secara normal ni sangat berbeza dengan kelahiran secara ceasarian. Pengalaman yang berbeza bagi saya dalam melahirkan kedua-dua cahaya mata kami. Pemilihan doktor pakar juga memainkan peranan, kalau sebelum ni saya tidak diberi pilihan untuk melahirkan anak kedua secara normal sekiranya berat baby melebihi 3kg oleh Dr. pakar di hospital dimana izzat dilahirkan, tapi, Dr. Khamsiah sentiasa memberi perangsang untuk saya melahirkan Amani secara normal sebab kandungan saya sihat & tidak memerlukan saya melahirkan secara ceasarian. Semoga Allah S.W.T. sentiasa memberkati beliau yang sentiasa bermanis muka walaupun perlu melayan berpuluh-puluh pesakit setiap hari (tak termasuk yang akan melahirkan lagi).

Selamat datang anak mummy...Imaan Amani...

Monday, October 3, 2011

Mouth Ulcer

Izzat kena mouth ulcer la pulak...tapi, ulcer tu just nampak merah je, macam kita tergigit lidah, bukan ulcer yang bulat & berbingkai putih tu. This week, saya tido kat umah my parents as my husband is on the night shift (bukan apa, sebenarnya ok je tido ngan izzat berdua kat umah, cuma dorg ni semua risau kot2 saya sakit nak bersalin sorg2...hehehe).

& Izzat biasa la...kalau dah tido umah wan dia, macam2 la perangai, tido malam memang lewat, semalam dia ngamuk & mengada-ngada, tido gitu tak kena, tido gini tak kena, dekat pukul 4 pagi baru dia tido, tu pun tak leh wan dia gerak sikit terus dia sedar. Pagi ni, wan dia nk solat subuh pun dia ngamuk. Kadang2 dengan budak2 ni kita kena berkeras jugak, takleh nak ikut je...malam ni, cemana dia ngamuk pun, izzat kena tido ngan mummy jugak...

Ya Allah! Berikanlah kesihatan berpanjangan kepada anakku...amiinn...

Thursday, September 29, 2011

Kisah Kerisauan Mummy Izzat

Al-kisah nak dijadikan cerita, Izzat demam masa raya hari tu, tapi alhamdulillah lepas bagi ubat & take a very good care of him, he recovered. Rupa-rupanya, demam tu hanya permulaan kepada tonsilitis, mama saya (merangkap nek wan izzat) yang realize macam ada bengkak yang agak besar kat leher bawah telinga izzat. Lepas bawa ke klinik, Dr. tu refer Izzat pada ENT specialist. Maka bermula la kehidupan Izzat di rumah nek wan selama 2 minggu, sebabnya nek wan takut cikgu2 kat nursery tak bagi ubat ikut jadual (hmm...macam2 la hai, padahal ok je sebenarnya).

Sejak berkampung kat umah nek wan ni, izzat memang la happy sangat2. every morning bila sampai je simpang nak masuk umah nek wan dia tu, terus mata dia bersinar2 sambil bertanya 'mummy...umah wan?'...saya pun jawab la...'iya...umah wan'...izzat pun terus jerit 'yea! yea! umah wan!'

Setelah 2 minggu tamat, maka bermula la kembali perang saya nak menghantar izzat ke nursery. A few times before ni, kami (me & hubby) ada perasan something berdasarkan beberapa peristiwa.

Peristiwa pertama
Sepupu2 saya datang beraya kat rumah & one of them dah ada anak 2. Biasa la budak2, kalau tak melompat & bising tak sah. Tapi, anak-anak sepupu saya ni lain sket, ada terlebih ganas sikit. Semua benda kat tangan izzat dia nak rebut, sampaikan izzat naik kereta yang tolak2 dengan kaki pun dia angkat keta tu nak jatuhkan izzat sebab nak rebut. Mula2 budak tu ambil mainan dr tangan dia, izzat cuma cebik2 je, tapi bila ultraman@toman izzat dirampas tanpa belas kasihan terus dia meraung sedih gi peluk papa dia. Aduh...rebut la balik nak oiii!

Peristiwa kedua
Children area - IKEA showroom
Seperti yang sedia maklum, IKEA kan memang sangat creative dalam hias-menghias ni, & banyak mainan yg di'display'kan utk budak2 main. Izzat pun tak terkecuali. Tapi, kelajuan & kepantasan kanak-kanak lain merebut mainan kat situ memang menakutkan izzat sampai dia berdiri tegak je tgk org rebut2 mainan. Last2 papa yg tolong rebutkan, tapi, bila dah dpt kat dia ada jugak la budak yg dtg rebut balik dari dia & guess what? izzat biarkan je, & langsung tak rebut balik.

Peristiwa ketiga
OU-New Wing
Sementara menunggu saya solat, Mr. Hubby layan la izzat main mesin yang gerak2 bila masuk duit tu. Mula2, papa dia tak masukkan duit lagi, then dtg la sorg budak perempuan (besar sikit dari izzat) macam nak join naik sama. Daring gak budak tu nak naik sampai tolak2 izzat. Then mak budak tu panggil dia, dia pun gi la kat mak dia. Pastu Mr. Hubby pun masukkan la duit & bila mesin tu gerak, budak perempuan tu dtg balik. Kali ni, bila izzat nampaak je budak tu datang terus dia menangis meraung. Hmm..apo nak dikato?

Peristiwa keempat
Nursery
Masa saya nak ambik izzat semalam mcm biasa la, tanya la kat cikgu2 situ izzat cemana? dia kawan tak ngan budak2 lain? Pastu cikgu kat situ pun cerita la, tadi masa kat play area, ada sorg budak perempuan ni nak pukul izzat (dah pukul pun sket), tp izzat diam je, langsung tak melawan, nasib baik la cikgu2 kat situ nampak & terus bawak lari izzat & warning budak perempuan tu.

So, sekarang ni apa patut saya buat? normal ke kalau izzat macam tu? saya tak nak nnt dia jadi mangsa buli kat sekolah & throughout his life. Saya nak dia stand for himself. But how? Geram punya pasal, keluar la ayat ni dari mulut saya...

'izzat, kalau ada kawan pukul izzat, izzat lawan balik macam dinosaur lawan toma tu tau?'

Errkk...boleh ke ajar anak macam tu? hihihi

Sunday, August 21, 2011

SIngapore....the unpleasant experience

Azam nak jadi blogger yang rajin tahun ni tak menjadi jugak. Update pasal singapore trip pun baru ni nak buat (sebenarnya malas nak tulis sebab experience kat sana tak best kecuali Universal Studio's trip). Walaupun masa kami ke sana tu tgh ada singapore sale yang ramai dok puji-puja tu, bila tgk balik & compare harga takde la murah sgt & i didn't buy anything except cenderahati utk family di Universal Studio tu je (tu pun still mahal berbanding masa kami ke Gold Coast dulu, kat GC dulu lg banyak saya shopping). Enough about singapore as i swore not to go there anymore except for universal studio, cukuplah sekali. Kalau ada sedara-mara lain citer la, takde la terkial-kial nak cari makanan halal or maybe we made a-not-so-right-choice to stay at orchard road. The only halal food yg org hotel tu bgtau kitaorg cuma 1 ayam penyet stall dekat food court cineleisure (tu pun ada b**i panggang tergantung cantik je kat stall sebelah). Tawakkal je la, nak buat cemana ya tak? Sib baik ada stok maggi kitaorg bawak, cuma kesian kat izzat je la sebab dia dh start makan mcm kita, takkan nak bagi maggi hari2, so everytime before balik hotel, kitorg beli la apa2. masa tgh makan kat food court tu jugak, izzat dh tertumpahkan air (air mineral jer...bukan air manis pun), dlm kitorg dok hati2 pun still tumpah jugak, nak buat macamana kan, dh nama pun budak kecik. Yang angin satu badannya, cleaner kat situ buat muka & terus lap time2 tu jugak, siap warning 'next time be more careful!'..wat the heck! Geram je mulut aku ni nak menjawab, sib baik Mr. Hubby sabarkan. Sepanjang kat sana, kitaorg cam plan nak naik kenderaan awam je, sebab tu x sewa keta or drive sendiri (pakai tiket free yg di'allocate' once a year by hubby's company). Lagipun, org kata public transport kat Singapore kan very the systematic. Rupa-rupanya indah khabar dari rupa. Ingatkan org2 sana lebih civic minded dari org2 Malaysia ni, tapi jgn harap la ko nk dpt kelebihan walaupun ko tu ibu mengandung ke, warga tua ke. takde sapa teringin nak bg tempat duduk, nak bagi jalan apatah lagi. Saya yg mengandung, pikul beg besar sambil tolak stroller anak ni siap kena sound 'excuse me' + jelingan tajam je bila beg sangkut ku yg besar gedabak tu terkena sorg minah cina ni (bukannya terhayun sampai boleh bengkak or lebam peha tu, beg tu terlanding sikit je atas peha dia masa saya nak betulkan kedudukan).

Cuma org2 melayu singapura yg saya jumpa je very polite e.g. butler hotel Mandarin Orchard, pemandu teksi yg sudi ambil kami anak beranak walaupun dh ada penumpang lain dlm teksi dia (sangkut kat mustaffa centre, tgg teksi sampai kul 12 mlm, pdhl kualiti brg kat situ sama je cam mydin sini, dh org ckp a-must-go-place, pegi la kitaorg ni terhegeh2) & a few others yg sudi tunjuk jalan & murah dgn senyuman. Lembut sket hati ni bila jumpa org2 cenggitu. Kalau tak, 3 hari kat sana rasa cam 3 bulan.

Experinece kat airport pun x best, especially masa nk go through scanning nk boarding. Dah la tak bagi instruction betul2, siap peluk tubuh & muncung2kan mulut je arah org buat tu buat ni. Dh nmpk kita ni mengandung, bawak anak kecik lagi, bukannya nak bgtau elok2 yg stroller tu kena lipat masuk mesin scan. tak pasal2 kena patah balik & beratur balik. Nak tolong jgn harap la, kena gak bodoh sebijik from me. Pastu dgr gak dorg dok ngomel2 pasal aku ckp dorg bodoh tu dlm bahasa tamil. Suka ati korg la, janji aku puas hati.

Tak tau la org lain nyer experience, but mine was very unpleasant & membuatkan saya tak nak jejakkan kaki lagi ke sana. Bebila nnt saya uploadkan gambar2 di Universal studios ya.

Sesungguhnya saya sangat2 bersyukur jd org Malaysia, makanan halal banyak & mudah cari, surau pun ada kat mana2, berjalan satu hari pun still boleh berenti solat kat mana2 (masa kami di salah satu shopping complex kat sana, saya tanya org yg jg kaunter customer service - melayu - budak ni polite la, tp bila tanya kat mana ada prayer room, dia ckp 'oh, kat sini tak ada prayer room puan, tapi ada masjid kat seberang highway sana, puan kena lintas sket la. Gulp, telan air liur saya dgr dia ckp kena seberang highway, pastu tnya la lagi 'ada bridge ke nk ke seberang', 'tak ada puan' sambil tersenyum...so, org2 Malaysia ni, kalau nak malaysia jadi macam tu dlm 10-20 tahun lg, sokong la parti roket & yg sepakatan dengannya tu ya?)

p/s : banyak lagi nk cerita sebenarnya, tapi malas, buat bad mood je dok teringat benda2 tak elok ni.

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Dah Tiba...

Selamat berpuasa semua...

Walaupun dah masuk minggu ke-2 berpuasa, rasanya belum terlewat lagi untuk mengucapkan selamat berpuasa pada semua kan? Bak kata omputih..better late than never...hehehe

Sepanjang berpuasa ni, rajin pulak mummy izzat ni masak. Walaupun se'simple-simple' lauk je, tetap nak masak gak. Bukannya apa, makanan yang dah siap masak kat pasar2 ramadan tu semakin melampau-lampau harganya. Sekeping ikan pari bakar sebesar 2 jari pun dorg jual RM10. Astaghfirullah! Kalau ya pun nak untung, jangan la sampai macam tu sekali mark-up harga. Makanan yang dijual pun tak tentu sedap, maklumlah, ramai yang berniaga secara bidan terjun je, yang mmg betul2 berniaga sepajang tahun boleh kira berapa kerat. So, daripada saya dok membebel makanan tak sedap, baik la saya masak. Walaupun hanya goreng ikan makan ngan tempoyak je...hehehe.

Tahun ni, macam kurang semangat sket nak shopping raya. Al-maklumlah, dlm keadaan sarat gini, cam xberbaloi nak beli maternity dress utk raya, beli mahal2 pun, lepas ni tak pakai dah. Ingat nak cari baju kurung pesak gantung (cutting baju kurung pesak gantung ni kan ke besar), nnt lepas bersalin boleh kecikkan sket & pakai gi keje. Semalam masa ke kompleks PKNS dengan tujuan mencari baju melayu Mr. Hubby & Izzat, sempat jugalah saya survey2, ada yg berkenan, tapi terlalu mahal la saya rasa, sepasang kurung pesak gantung kain cotton sampai dekat RM400! Rasanya kain cotton gred paling bagus yang belum siap pun tak la mencecah RM200 sepasang. Hmm...terus tak jadi beli. Nampak gayanya Mr. Hubby & Izzat je la yg raya tahun ni...mummy pakai apa yg ada je la...huhuhu


Semoga ramadan & aidilfitri anda semua ceria2 belaka ya! Selamat shopping & jgn terlebih2 makan lak ya?