Monday, July 15, 2013

Alhamdulillah...

Selamat menyambut Ramadhan semua...seperti tahun-tahun sebelum ini, sambutan Ramadhan kami sekeluarga sederhana saja. Yang penting amal ibadat perlu digandakan. Seperti bait-bait lirik lagu nyanyian Raihan bersama Man Bai yang sentiasa menyentuh perasaan saya :-

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...agar dapat kulalui dengan sempurna...

Tiada lain yang saya harapkan...semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa saya & keluarga...

Hidangan kami Ramadhan ini lebih sederhana, tak mahu membazir dah berlebih-lebih. Cukup sekadar memenuhi 1/3 ruang perut sepertimana yang disarankan oleh Rasulullah. Cuma dihujung minggu saya akan memenuhi permintaan suami dan anak-anak untuk memasak lauk-pauk kesukaan mereka.

Izzat masih belum saya ajar berpuasa, biarpun separuh hari. Mungkin tahun depan kami akan mula melatih dia berpuasa.

Oh ya...dalam pada saya berdiam diri beberapa ketika ini, sesuatu yang dirancang akhirnya berjaya juga dijadikan kenyataan. Alhamdulillah...saya telahpun memulakan perniagaan secara atas talian (online) secara kecil-kecilan. Buat masa ini, saya hanya menjual dress2 comel untuk kanak-kanak perempuan dan juga baju kurung bayi.

Awal perniagaan ini, saya hanya ingin mendapatkan perhatian teman-teman baru di facebook, tidaklah saya beria-ia ingin menghabiskan jualan dengan memberikan maklumat-maklumat yang tidak tepat berkenaan produk yang saya jual. Kalau boleh, saya mahu pelanggan-pelanggan saya menjadi kawan-kawan baru yang sentiasa berinteraksi dan berkongsi cerita.

Mengikut perancangan saya, sedikit demi sedikit saya akan menghasilkan rekaan saya sendiri (dalam kuantiti yang minima untuk memastikan jahitan yang kemas dan teratur). Saya gemar berimaginasi dengan fesyen...terutama sekali untuk muslimah dan kanak-kanak. Seringkali saya terfikirkan gaya-gaya yang saya mahukan pada blouse-blouse dan gaun-gaun comel. Walaupun sedikit sebanyak saya rasakan ianya agak mustahil untuk saya hasilkan (maklumlah, ijazah saya dalam bidang kejuruteraan...bukan fashion design), tapi, saya rasa saya patut cuba (kecut perut saya tiap kali fikirkan kebarangkalian kegagalan).

Namun, saya akan tetap berdoa dan mohon petunjuk daripada yang Maha Esa. Kalau berjaya perjalanan ini saya tempuhi, saya harap saya dapat menumpukan perhatian pada keluarga dengan menjadikan masa saya lebih fleksibel.

Akhir kata...terimalah...Dots & Bows...untuk anda semua

Like kami di https://www.facebook.com/DotsNBows