Saturday, March 24, 2012

Kejadian Di Malam Hari

Pagi tadi, kami ke Subang Parade (papa, mama, me, izzat & amani). Papa & Izzat ke Parkson sebab izzat nak tengok toys. Lepas tu, kami jumpa kat Sunshine Kebab for lunch. Saya tengok kat tangan izzat ada a few dinosaurs. Not much asking, we ate & get back home.

Later that night, while izzat was busy playing with his dinosaurs, this conversation took place :-

Me : Izzat ni apa ni? (merujuk kepada gambar di bawah)



Izzat : Batu...

Me : Ni pulak? (merujuk kepada gambar di bawah)

Lama pulak dia dok fikir...then he smiled at me...and this is his answer...

Izzat : Sayur...



Me : Errkk...(telan air liur)...

Hehehe...anak aku...

Thursday, March 22, 2012

Dancing Day!

Sesudah seminggu berlatih, akhirnya hari yang dinanti-nanti telah tiba. Sepanjang minggu ni, Izzat memang excited sangat nak gi school. Time petang bila ambil dia kat school, sibuk cakap... 'esok izzat gi school lagi tau?'. Kalau diingatkan semula, saya dulu-dulu pun excited jugak nak ke sekolah kalau ada function apa-apa. Al-maklumlah, boleh melaram bagai, sapa yang tak seronok ye tak?

So, pagi tadi saya mintak time off kejap dengan boss sebab nak gi tengok izzat menari. Elok je saya sampai kat dewan, izzat & friends tengah beratur nak naik pentas. Kecoh satu dewan dok gelakkan budak-budak ni semua. Mana tak nya, macam-macam gaya yang ada. Ada yang siap nangis nak turun pentas bila nampak mak masing-masing. Saya pun berdebar jugak la kot-kot izzat pun nangis bila nampak saya. But, to my surprise, he just waved & smiled at me. How amazing is that! Wow, it seems like my boy has grown up! Syabbas beta!

Lagu background tarian dorang adalah lagu Joget Kasih Tak Sudah nyanyian Dato' Siti. Masa berlatih, lagu tu ada suara, tapi, masa real time ni, tah sapa la yang gi tekan karaoke function, jadi keluar muzik saja. Budak-budak ni terus la tak tau nak masuk. Sib baik cikgu-cikgu ada yang guide kat atas & kat bawah.

Seeing these cute little kids singing & dancing on stage are so funny! Gemuruh satu dewan tu dok gelak. Macam-macam gaya budak-budak ni semua, ada yang tertonggeng la, yang buat ultraman la.

Habis je persembahan, they all dapat tepukan gemuruh pastu dapat upah party pack sorang satu. Izzat lak, turun je dari pentas terus datang kat saya & sengih2 sambil cerita dia menari (padahal mummy dah tengok, nak jugak citer...nama pun budak...ikutkan je la). Yang saya risau la, cemana nak balik ofis ni, sebab izzat mesti ingat saya datang nak ambik dia. Pujuk punya pujuk, bila cikgu dia ambik bwk masuk school, saya terus jalan ke kereta cecepat.

Akhirnya saya berjaya sampai kat ofis tak sampai 10 minit. So guys, here are the pictures (dua je, saya malas nak upload banyak2...hehehe)



Izzat & his bestfriend Iffat





My handsome little boy!

Sunday, March 11, 2012

Akibat Rambang Mata


Niat sebenar ke mid valley semalam nak beli stroller present for my newborn nephew and botol susu amani...dah nama pun perempuan kan, baru dapat baby girl lak tu, jawapannya tersasar jauh la dari tujuan asal...hehehe...


akhirnya botol susu tah ke mana...mummy beli dresses yang very the vogue gitu utk amani..abang pun mummy tak beli apa2 sebab abang dah dapat basikal mahal from papa. pape pun dresses ni mummy beli utk raya nnt, bukannya apa, dah bulan puasa nnt tak laratla mummy nak tawaf kedai cari baju untuk adik n abang..tahun ni mummy berazam nak beli baju raya semua orang awal-awal, ada sale je terus beli...senang cerita yer tak?


till then...tata

Sunday, March 4, 2012

Ready for school everybody???



Teruja mak tengok anak pakai baju sekolah...padahal dok nursery je..hahaha...



p/s : Sila abaikan background yang bersepah tu ye. Ini adalah pemandangan biasa di rumah saya terutamanya di hari bekerja...hehehe