Sunday, August 21, 2011

SIngapore....the unpleasant experience

Azam nak jadi blogger yang rajin tahun ni tak menjadi jugak. Update pasal singapore trip pun baru ni nak buat (sebenarnya malas nak tulis sebab experience kat sana tak best kecuali Universal Studio's trip). Walaupun masa kami ke sana tu tgh ada singapore sale yang ramai dok puji-puja tu, bila tgk balik & compare harga takde la murah sgt & i didn't buy anything except cenderahati utk family di Universal Studio tu je (tu pun still mahal berbanding masa kami ke Gold Coast dulu, kat GC dulu lg banyak saya shopping). Enough about singapore as i swore not to go there anymore except for universal studio, cukuplah sekali. Kalau ada sedara-mara lain citer la, takde la terkial-kial nak cari makanan halal or maybe we made a-not-so-right-choice to stay at orchard road. The only halal food yg org hotel tu bgtau kitaorg cuma 1 ayam penyet stall dekat food court cineleisure (tu pun ada b**i panggang tergantung cantik je kat stall sebelah). Tawakkal je la, nak buat cemana ya tak? Sib baik ada stok maggi kitaorg bawak, cuma kesian kat izzat je la sebab dia dh start makan mcm kita, takkan nak bagi maggi hari2, so everytime before balik hotel, kitorg beli la apa2. masa tgh makan kat food court tu jugak, izzat dh tertumpahkan air (air mineral jer...bukan air manis pun), dlm kitorg dok hati2 pun still tumpah jugak, nak buat macamana kan, dh nama pun budak kecik. Yang angin satu badannya, cleaner kat situ buat muka & terus lap time2 tu jugak, siap warning 'next time be more careful!'..wat the heck! Geram je mulut aku ni nak menjawab, sib baik Mr. Hubby sabarkan. Sepanjang kat sana, kitaorg cam plan nak naik kenderaan awam je, sebab tu x sewa keta or drive sendiri (pakai tiket free yg di'allocate' once a year by hubby's company). Lagipun, org kata public transport kat Singapore kan very the systematic. Rupa-rupanya indah khabar dari rupa. Ingatkan org2 sana lebih civic minded dari org2 Malaysia ni, tapi jgn harap la ko nk dpt kelebihan walaupun ko tu ibu mengandung ke, warga tua ke. takde sapa teringin nak bg tempat duduk, nak bagi jalan apatah lagi. Saya yg mengandung, pikul beg besar sambil tolak stroller anak ni siap kena sound 'excuse me' + jelingan tajam je bila beg sangkut ku yg besar gedabak tu terkena sorg minah cina ni (bukannya terhayun sampai boleh bengkak or lebam peha tu, beg tu terlanding sikit je atas peha dia masa saya nak betulkan kedudukan).

Cuma org2 melayu singapura yg saya jumpa je very polite e.g. butler hotel Mandarin Orchard, pemandu teksi yg sudi ambil kami anak beranak walaupun dh ada penumpang lain dlm teksi dia (sangkut kat mustaffa centre, tgg teksi sampai kul 12 mlm, pdhl kualiti brg kat situ sama je cam mydin sini, dh org ckp a-must-go-place, pegi la kitaorg ni terhegeh2) & a few others yg sudi tunjuk jalan & murah dgn senyuman. Lembut sket hati ni bila jumpa org2 cenggitu. Kalau tak, 3 hari kat sana rasa cam 3 bulan.

Experinece kat airport pun x best, especially masa nk go through scanning nk boarding. Dah la tak bagi instruction betul2, siap peluk tubuh & muncung2kan mulut je arah org buat tu buat ni. Dh nmpk kita ni mengandung, bawak anak kecik lagi, bukannya nak bgtau elok2 yg stroller tu kena lipat masuk mesin scan. tak pasal2 kena patah balik & beratur balik. Nak tolong jgn harap la, kena gak bodoh sebijik from me. Pastu dgr gak dorg dok ngomel2 pasal aku ckp dorg bodoh tu dlm bahasa tamil. Suka ati korg la, janji aku puas hati.

Tak tau la org lain nyer experience, but mine was very unpleasant & membuatkan saya tak nak jejakkan kaki lagi ke sana. Bebila nnt saya uploadkan gambar2 di Universal studios ya.

Sesungguhnya saya sangat2 bersyukur jd org Malaysia, makanan halal banyak & mudah cari, surau pun ada kat mana2, berjalan satu hari pun still boleh berenti solat kat mana2 (masa kami di salah satu shopping complex kat sana, saya tanya org yg jg kaunter customer service - melayu - budak ni polite la, tp bila tanya kat mana ada prayer room, dia ckp 'oh, kat sini tak ada prayer room puan, tapi ada masjid kat seberang highway sana, puan kena lintas sket la. Gulp, telan air liur saya dgr dia ckp kena seberang highway, pastu tnya la lagi 'ada bridge ke nk ke seberang', 'tak ada puan' sambil tersenyum...so, org2 Malaysia ni, kalau nak malaysia jadi macam tu dlm 10-20 tahun lg, sokong la parti roket & yg sepakatan dengannya tu ya?)

p/s : banyak lagi nk cerita sebenarnya, tapi malas, buat bad mood je dok teringat benda2 tak elok ni.