Thursday, March 10, 2011
Dilemma...
Sebulan yang lalu, saya suka sangat makan nenas manis yang dijual dekat foodcourt nearby my office...suka sangat sampai beli 2-3 paket sekali beli (ambik ko! orang tamak la katakan...hehehe). Sebelum tu, Mr. Hubby dah pesan suruh kurus sikit & buat surprise kat dia bila dia balik nnt (which was last week). 2 weeks before Mr. Hubby balik ari tu, saya bertemu la dengan satu produk kurus yang dutanya adalah penyanyi Aisyah (ala yang nyanyi lagu janji manismu tu). Disebabkan testimonial2 dari pengguna produk tu sangat bagus, maka saya pun cubalah makan & alhamdulillah, berat badan aya berjaya turun 4.3kg dalam masa 10 hari. Memang excited sangat sebab tak pernah turun banyak tu dalam masa yang singkat sebelum ni. Tapi, itu bukan dilemanya. Nak dijadikan cerita, saya ni dok menunggu kedatangan wajib cik merah setiap bulan. Mengikut kiraan saya, sepatutnya cik merah muncul pada minggu Mr. Hubby balik tu. Tunggu punya tunggu, hati dah rasa tak sedap. Tapi, masih dilengah-lengahkan sebarang ujian. Akhirnya, ari ahad lepas, saya pun beli la benda alah penge'test' air kencing tu & hasilnya adalah POSITIF! Hmm...keluar bilik air tu sengih2 je kat Mr. Hubby sehingga menimbulkan kehairanan. Tanya dia 'nape sengih2 ni?'...saya masih meneruskan sengih tu. & rasanya pertanyaan tu dah terjawab dengan sendirinya. Selepas izzat lahir, saya mengambil perancang keluarga menggunakan IUCD sebab perancang yang lain semua jenis kacau hormon dalam badan (taknaklah badan macam di pam-pam kan?). & alhamdulillah, sepanjang pakai tu kira ok la, nothing happen. Then hujung tahun lepas, selepas berdiskusi dengan Mr. Hubby, we decided to take out the thing since izzat's already 1 1/2 yrs old pun. Lagipun, dengar2 cerita lambat jugak nak lekat lepas buka benda alah tu. Keesokan harinya, saya pergi pula ke klinik panel untuk double check...kot la yang check semalam tu salah ke...but, the result is still positive. Saya tak tahu apa perasaan sebenar saya, risau ada, excited pun ada. Memang saya tak menolak rezeki ALLAH ni, malah bersyukur sangat sebab nnt izzat ada kawan, takde la sunyi sgt dia main sorg2. Cuma saya risau tentang apa yang dah saya makan before this, if i knew i was pregnant, i won't take it. Dilema saya sebenarnya bermula bila nak memilih gynea...izzat dulu dilahirkan di sebuah hospital swasta kedua terbesar di subang jaya. saya memilih facility itu sebab bangunannya yang baru & gynea yang direkomenkan oleh jiran mama saya. Without any hesitation, i choose her to be my gynea. To my surprise, that is the worst choice in my life. The gynea is not even concern about me as a patient. Everytime i wnet through her door, the main question she asked me was 'ni anak ke berapa ni?'. What the....(oops, no cursing here!)...isn't she suppose to read her patient's file before asking any questions? That's not all...there are a lot of other incidents that i refuse to recall...buat sakit hati je. & Yang paling kemuncaknya bila saya dah dekat nak due. Saya memang risau sangat sebab saya dah overdue & belum rasa sakit apa2. My last check up with her, dia bagitau saya Dr. : 'saya bagi tempoh 10 hari lagi, kalau tak bersalin juga, kena induce, sorry to say, selalunya kalau induce & tak ambik epidural, u mesti kena operate sebab sakit sangat'. Saya : 'maksudnya kalau saya ambik epidural, saya boleh bersalin normal?... Dr : 'terpulanglah!'. Masa tu, dia sibuk dok cari charger dia, jawab soalan saya macam acuh tak acuh saja. Lepas tu, saya tanya lagi satu soalan. Setiap kali check up, dia mesti akan scan baby dalam perut & print 1 gambar (each visit). Dekat gambar tu, akan ada tarikh EDD. So, dengan penuh kemusykilan, saya bertanya pasal EDD tu. 'Dr. kenapa dekat gambar yang (earlier scan) EDD lain dengan gambar yang ni ?' Dia yang tengah sibuk cari charger tu terus jeling kat saya & husband & merengus macam bengap-nyer-budak-ni! 'Berapa kali aku nak cakap? yang lama tu tak boleh pakai, pakai yang baru je la!' Ya ALLLAH! terkejut saya & husband dengar sergahan dia kat kitaorg macam tu. Bila masa pulak dia bgtau kitaorg yang earlier tu xleh pakai? We're 1st time parents, kitaorang tanya sebab tak tau la. Kalau tau, takkan la kitaorg ni bodoh sangat nak tanya? pastu dia cakap lagi... 'Datang induce next Friday kalau tak bersalin jugak dlm 10 hari ni. Datang tepat pukul 7, lewat saya tak buat dah!' WHAT THE HELL IS THAT????????????!!!!!! So, sekarang ni, korang rasa kurang ajar tak dia cakap macam tu? I was her patient & i paid everything on my own, bukan hutang pun kan? Kalau kami ni takde duit, dia ingat kami nak gi situ ke? memang pangkah terus la Dr. tu (walaupun environment hospital tu sgt best & dekat ngan my family, tapi saya betul2 dah serik). Setelah dok pening memikirkan tentang gynea yang bagus & dekat dengan rumah, saya pun bertanya la dengan kawan2. Niat di hati nak ke Putrajaya Private Wing jumpa Dr. Hamidah, tapi bila saya call, the nurse bagi appointment 20/4 (katanya awal sangat lagi kalau nk jumpa dlm masa terdekat...aik...heran jugak la sebab we should the the one who decide, not them). tak cukup dengan tu, dorg langsung tak bagi saya choice nak dtg hari apa. Ingatkan nak check up on saturday (saya kerja, Mr. Hubby pun kerja, takkan la setiap kali nak check up nak kena ambil cuti kan?). Owh, masa ni perasaan saya dah berbelah bahagi, then saya tanya la pulak, pukul berapa boleh datang & lama tak tunggu? Kata nurse tu...kalau Dr. Hamidah memang lama, bawak la magazine ke apa2 bahan bacaan masa hari appointment tu nnt, takut boring tunggu. Haaah??? Ce cite sikit cemana nak buat ni? Maka, sejak dari hari itu, saya pun terima je la situasi tersebut sehinggalah Mr. Hubby mention balik pasal perkara ni. Macam2 la teori dia. Antaranya :- 1. Takkan setiap kali check up nak kena ambil cuti? 2. Kalau ambil time-off & masuk ofis lambat, mesti saya kena balik lewat sebab nak kena settlekan kerja yang tertunggak untuk hari tu. 3. Tak ke penat menunggu lama? Aduh...pening mokcik memikirkannya. Last week gi ziarah jiran sebelah rumah baru bersalin, dorang rekemen KPMC kat bandar puteri puchong. Check2 website mcm kurang meyakinkan je service dia. Another one kat bandar puteri tu ada Columbia Asia. Tgk review kat internet ada macam2 feedback, ada ok, ada tak ok & gynea dia yang perempuan melayu pun sorg je. Takut jugak sejarah berulang kembali. Nak tak nak, weekend ni saya kena pergi jumpa gynea gak, vitamin satu pun tak ambil lagi except for folic acid. at the same time rasa sakit kat bawah bila berjalan apatah lagi nak dukung izzat. Nak tgg Dr. Hamidah, 3 minggu lagi la saya menanggung kesakitan agaknya. Wish me luck guys! Hopefully i can get the best gynea for this baby.
Subscribe to:
Posts (Atom)