Sunday, July 18, 2010

Birthday Party (Post yang tertunggak)

27/6/2010 yang lalu, kami celebrate birthday Izzat kat umah tok wan & nek wan Izzat. Alhamdulillah, ramai juga yang sudi memeriahkan majlis kami kecuali kawan-kawan ofis (kecik ati sangat, sorang pun tak datang, yang beria tanya details lagi la tak nampak muka..kadang-kadang terfikir gak apa yang orang cakap tentang kawan ni, bila kita berkawan dengan seseorang tu secara ikhlas, jangan harap apa2 balasan...takpe la...terima jer). Nak citer panjang2 pun takut bosan, so, let the pictures speak for itself.



The Birthday Cake!


The Cake Cutting!



Tok Wan the Chef


Nenek & Cik Lia

Tok Wan, Izzat & Nek Wan

Mummy & Aleesya

Bapa-bapa sedang melayan anak-anak, ibu-ibu pula sedang menikmati makanan (From left, En, Aleesya, Auni, Ammar, Is & Ashra)

From left, Achom, mami, mama & cik mah (our neighbour)


Izzat & Naqee (Izzat jealous Naqee main singa dia, tapi Naqee cool jer, sengih memanjang, geram nak gigit pipi dia..hehehe)

Ibu Naqee (gee), Izzat & Mummy!
Seronok tgk Izzat main ngan Naqee. Gee is my bestfriend & will always be. Gelak pun ngan dia, nangis pun ngan dia & gaduh pun ngan dia gak. Tak sangka masing-masing dah ada family. Rasa baru semalam dok hu-ha-hu-ha kat U. Banyak kenangan manis & masin (boleh tak?) kami bersama & hopefully hubungan ni akan berterusan hingga akhir hayat. Tak mo gaduh-gaduh ek cik gee...hehehe

Tuesday, July 6, 2010

Jom Join Nak?

BENGKEL PENULISAN ALAF 21KATEGORI NOVEL KELUARGA

TARIKH: 24 JULAI. SABTU
PENCERAMAH: PUAN SRI DIAH DAN PUAN SHARIFAH ABU SALEM
TEMPAT: AKADEMI KARANGKRAF
MASA: 9.00 – 4.00 PETANG
PESERTA: 30 ORANG SAHAJA
YURAN: RM100.00 SEORANG

SARAPAN, MINUM PAGI, MAKAN TENGAH HARI DAN MINUM PETANG DISEDIAKANSIJIL & CENDERAHATI DIBERIKAN

Tujuan bengkel ini diadakan bagi mencari penulis-penulis baru sebagai pelapis dan akan dilatih bakat menulis mereka untuk menghasilkan buku bersama Alaf 21.

Mereka yang digalakkan mengikuti bengkel ini ialah:
Pelajar-pelajar IPTA/IPTS yang berminat untuk menulis.
Peminat-peminat novel Alaf 21 yang bercita-cita untuk menjadi penulis.
Mereka yang tidak pernah menulis di mana-mana syarikat penerbitan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Alaf 21 di talian 03 55118820/8821:

Editor Puan Rubiah Aksah : 016 2670802
Siti Zalina Jufri : 019-3444313
Editor Puan Mazuen Yahaya : 019 6931406

Sertakan nama penuh, nombor Mykad, nombor telefon bimbit dan alamat e-mel.

Bayaran hendaklah dibuat menerusi maybank2u atas nama Alaf 21 Sdn Bhd. No akaun di 014271416077.

Slip bayaran hendaklah difakskan ke 03 55113817. Atau diemel ke alaf@alaf21.com.my.

My Notes :-
Semalam saya 'ter'buka website Alaf21 ni & pastu 'ter'tengok iklan ni, tanpa membuang masa, terus call Mr. Hubby mintak izin & sponsorship utk join bengkel ni. Dah ajak Ashra tapi, tak sure lagi Ashra nak join ke tak. Jom kita join ramai2 nak?

Terengganu...(cerita yang dah agak basi)

Hujung bulan 4 hari tu, Mr. Hubby di'posting'kan ke Terengganu selama sebulan. Maka bermulalah kisah perpisahan sementara kami (dah biasa sebenarnya, keje dia memang selalu kena outstation & saya pun tumpang gak ler sekaki...hehehe). Sib baik Terengganu je before this ke Hanoi pun sebulan gak, dekat2 dia nak balik baru saya gi, tapi, tak bawak Izzat sebab Izzat kecik lagi (nasib baik gak tak bawak, keadaan kat sana tak sesuai langsung untuk baby, dengan habuknya, kotor...cuma penempatan Mr. Hubby kat tempat expatriate, ok sangat la berbanding kat pekan dia). Sepanjang sebulan Mr. Hubby kat sana, saya & Izzat sempat la melawat negeri Darul Iman tu sebanyak 2 kali (every 2 weeks). Kat sana Mr. Hubby berkampung kat Primula Beach Resort.


1st time fly gi sana, Izzat tido baik jer, tenang jiwa & raga saya. Tapi, 2nd time pergi, dia bantai melalak 20minit terakhir...aduh...tak tahu dah nak wat cemana, bagi air tak nak, bagi susu tak nak...tension juga, takut passenger lain marah (sah-sah dorg marah, suara Izzat kalau melalak kalah bunyi guruh). Elok jer kapal terbang berhenti, Mr. Hubby dah tunggu kat tangga, baru la senyap si Izzat ni bila tengok papa dia.

Balik hotel, kitaorg naik sebuah van antik tanpa aircond (ada blower jer). Seronok jugak. Izzat pun rileks jer tido bila naik van tu walaupun satu badan dah basah berpeluh (Izzat memang kuat peluh). Van ni la yang Mr. Hubby guna sepanjang masa kat sana (dah company bagi yang tu jer nak wat cemana ek? Nak sewa keta bazir duit jer).

1st time gi sana, kitaorg just jalan dekat-dekat je, pusing2 bandar KT, gi pantai, gi Pasar Payang, makan2 & jalan2 lagi. Bab makan kat sini kurang ekonomi sikit sebab makanan mahal2. Org pantai timur ni, pagi2 suka makan nasi dah. Kalau kat KB, nasi pagi (lauk ayam ke, ikan ke, nasi dagang ke & mcm2 lagi) paling mahal pun RM2 jer, tapi kat KT ni, macam beli nasi lemak banyak lauk kat KL, Mr. Hubby makan nasi dagang kat luar satu hari tu (saja try sebab boring dah makan makanan hotel), kena RM4 untuk lauk ikan. Kuih pun 50sen satu (kalah KL). Tapi, saya suka sangat makan seafood goreng cicah homemade chilli sauce yang sangat sedap. 2 kali gi sana, mesti pergi kedai tu, tapi, saya lupa nak ambik gambar...hehehe...(memang bukan blogger tegar ni).

2nd time gi sana, baru la kitaorg gi melawat Taman Tamadun Islam & Muzium Negeri. Mula2 tu, ingatkan Taman Tamadun Islam ni biasa2 jer, tapi rupa2nya sangat2 best. Replika2 monumen yang dorg bina membuatkan kita rasa memang ada kat negara2 asal monumen2 tu. Guide dia pun very knowledgable, macam2 yang dorang cerita. Ada a few monumens yang ada panggung kecil & bilik pameran. Kalau g Terengganu ni, memang worth sangat datang sini. Masa tgk replika Masjidil Aqsa, rasa sayu sangat, monumen ni kita boleh masuk, binaan dia besar sikit untuk bagi org tgk keadaan kat dalam. Ingat lagi tak kisah batu terapung yang jadi tempat Rasulullah S.A.W. berpijak untuk panjat Buraq (Kenderaan Baginda untuk naik ke langit pada malam Israk Mikraj)? Replika batu terapung tu pun dibuat sebijik macam yang dalam Masjidil Aqsa. Kata guide dia, research group yang pergi (including architect & ustaz) untuk mtk kebenaran copyright & teliti binaan-binaan ni bagitau, masa nak ke Masjidil Aqsa ni la yang paling mencabar especially bila kena berdepan dengan tentera2 Israel. Tapi Alhamdulillah...dengan izin Allah, dorg dpt masuk gak. Tujuan replika2 ni di bina adalah untuk beri peluang pada yang tak berkemampuan & tak berkesempatan untuk ke tempat2 yang berkenaan so that we could also have the experience. Apalagi? Jom serbu Taman Tamadun Islam ni ramai2!

Then lepas tu ktorg g muzium pulak. Muzium Negeri Terengganu ni sangat2 lah besar (The biggest in Malaysia-kalah Muzium Negara), binaannya direka oleh arkitek terkenal Negeri Terengganu, siapa lagi kalau bukan Raja Bahrin! Bangunan Muzium ni dibina berinspirasikan sebuah istana purba (lupa dah nama istana tu), rasa mcm dalam movie dolu-dolu pulak...hehehe.
Nak cerita panjang2 lagi takde masa, so, saya tinggalkan anda dengan gambar2 di sana.



Izzat kat dalam cot dier...mummy & papa tgh siap2 nak kuar

Lupa dah monumen apa ni...



Izzat & Mummy!



One of the monumen (tapi dah diruntuhkan dah kat tempat asal, sini jer kita boleh tgk)

Masjid Kristal


Muzium Negeri Terengganu! (Ada satu lagi bangunan kat sebelah tapi tak muat kamera...hehehe)

Thursday, July 1, 2010

Akhirnya...Pemenang GIVEAWAY!!!

Sorry lambat lak post pasal pemenang Giveaway Contest saya, ni baru berkesempatan nak taip panjang2. Ok, ok...tanpa membuang masa...diumumkan...pemenang giveaway contest ini adalah...scroll down ladies!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Mama Asya!!!
Kenapa mama Asya terpilih?
Kerana Lya telah mengharungi pregnancy period yang hampir meragut nyawanya demi melahirkan Asya...Congratulations Lya!
p/s: kepada yang lain tu jangan kecil hati ya? kalau ada masa & kesempatan try lg...cik gee...naqee punya ada...jgn risau...kalu ko tak masuk contest pun aku bagi...hehehe