Monday, May 31, 2010

Cerita Izzat...



Ini adalah cerita terbaru anak teruna saya...hari ahad lepas, papanya suap makan...si izzat ni biasa la...sambil makan sambil main...lama-lama papa fed up sebab izzat main-main masa makan...habis tangan papa dok sapu makanan kat muka & mulut dia, pastu Mr. Hubby pun bangun la gi basuh tangan dengan meninggalkan mangkuk & cawan si anak teruna dekat bawah...tak sampai seminit Mr. Hubby bangun, mummy toleh tengok anak teruna sedang...

Menggigit mangkuk dengan gembiranya

Tak puas gigit mangkuk, hirup terus ler...

Apa yang mummy & papa buat? Gelak je la...papa cepat-cepat ambik camera & snap pictures of our messy little man...hehehe...izzat...izzat...pening kepala papa & mummy...hmm...




Aleesya's Birthday Present! (At last...)

Fuhh...akhirnya berjaya juga saya menyiapkan birthday present Aleesya...tapi rasanya cam besar sket...nak buat macamana...susah nak cari tshirt kosong yang berkualiti dengan size yang specific...ok la...tak nak cerita panjang...take a look at my handcraft work...



Tada!!!
Amacam? Boleh la kot ek? Next project is for izzat & rayyan...lambat sikit yer progressnya...saya ni tak sempat nak buat apa2 sangat...(alasan??)...ok..ok...saya takkan bagi alasan lagi pada diri sendiri dan sesiapa lagi...semoga saya dapat lebih mendisiplinkan diri...hehehe..ciaow!!

Tuesday, May 25, 2010

My Friend's Sales Blog

Check out this sales blog of my friends :-

Toys & Baby Products : http://anaqishop.blogspot.com

Tudung Lycra : http://ashbutik.blogspot.com

Handmade jewellery : http://beadingpassion.blogspot.com

These are all my dear friends.

Thursday, May 20, 2010

Kisah Rayyan...

Everyday without fail, i will peek into majidah's blog. Kadang-kadang saya meninggalkan komen, kadang-kadang tidak. Jauh di sudut hati, saya sangat memuji kekuatan dan ketabahan dirinya. Sejak kecil, kami menjadi teman sepermainan (malah boleh dikatakan yang jie adalah kawan pertama saya) dan sepanjang mengenalinya, saya jarang lihat dia marah. She's a very cool person (melalui entri2 di blognya, kita dapat lihat betapa 'cool'nya dia apabila tidak mudah melatah dengan kata-kata dan pendapat orang disekelilingnya).

Dan setiap kali saya membaca entri2 jie di blognya, timbul perasaan yang pelbagai. Suka, marah (pada mereka2 yang sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan - kalau tak tau nak respon apa, tak payahlah cakap apa2).

Tetapi, entri hari ini (sila baca di sini ) benar-benar menebak jiwa. Sungguh Rayyan Ariff bertuah kerana dikelilingi keluarga yang sangat positif & menyayanginya. Mengenali keluarga jie, saya tahu betapa penyayangnya makcik yah (jie's mummy), betapa kelakarnya atuk rayyan ariff dan betapa bersemangatnya uncles & auntie rayyan. Bagi saya, kekuatan kewangan yang jie ada untuk keluarganya adalah satu bonus. Apa yang tidak ternilai harganya adalah sokongan, usaha dan kasih-sayang yang tak berbelah bahagi. Apa akan jadi pada Rayyan sekiranya tiada ibu yang bersungguh-sungguh mengajarnya bertepuk tangan, menyuap makan, merangkak, bertatih dan menyebut mama? Dimana Rayyan Ariff sekarang sekiranya tiada nenek dan atuk yang menyayanginya lebih dari segalanya? Tanpa ayah yang terus kuat menyokong? Dan tanpa ahli keluarga yang lain untuk sama-sama memantau perkembangannya? Kalau semuanya diharap pada perubatan sahaja, tanpa doa dan sokongan lain, mungkin Rayyan belum lagi sampai ke tahap ini. Jadi, berfikirlah kamu semua sebelum memulakan kata.

Sebagai seorang ibu yang mempunyai seorang anak yang normal (maaf jie, bukan maksud untuk mengatakan rayyan sebaliknya, cuma tidak tahu bagaimana mahu describe izzat) , saya malu pada diri sendiri. Saya tidak rajin dan tekun mengajar izzat bertepuk tangan, bersalam dan sebagainya. Mungkin saya terlalu 'take things for granted' hanya kerana izzat normal. Fikir saya, 'ah, nanti pandailah dia' atau 'belum masa lagi, dah sampai masa nanti dia pandai sendiri'. Dan saya juga kurang sabar bila izzat tak pernah nak duduk diam, alasan saya 'macamana nak ajar, tak duduk diam langsung'. Astaghfirullahhala'dzim...kenapalah sampai macam tu sekali saya fikir. Seharusnya saya lebih banyak belajar daripada memberi alasan.

Terima kasih jie kerana membuka mata dan fikiranku. Janganlah teragak-agak lagi untuk berkongsi keistimewaan Rayyan Ariff. Kalau ibu seperti saya (yang tidak tergolong dalam keluarga 'super' kamu) mampu tersentuh dengan keistimewaan Rayyan, apatah lagi mereka-mereka yang lain.

Wednesday, May 12, 2010

Aiiyyoo...lama giler tak update

Takpe la kan? (referring to the post title) Bukannya ada orang baca blog ni pun...hehehe

A lot of things happened for the past months...izzat dah makin nakal...suka sangat dengar lagu wali band (ni mak dia la yang ajar ni). We've made a few holiday trips to Kuantan, Genting, & The Lost World Of Tambun. Seronok sangat jalan2 dengan family sendiri ni. Rasa macam bebas sebebas-bebasnya...izzat pun seronok sangat.

last week, kami pergi terengganu on weekends as my hubby is there and still there sampai hujung bulan ni. Tak bestnya tak ada 'Mr. Hubby' kat rumah. Hari minggu mummy & izzat jadi kurang ceria. Nak jalan2 pun tak seronok (sebenarnya mummy tak larat nak dukung izzat round2 shopping complex, izzat tak nak duduk kat quinny zapp dia, buat bazir duit jer beli stroller mahal2). This weekend kami tak pegi sana, next weekend baru pergi lagi. Mummy tak sabar nak shopping batik ni...hehehe.

oh ya! i am now crazy about sewing! Though i do not own any sewing machine (yet!), i'm currently pursuing a new hobby. Beli buku macam2, buku jahit manik la, sulam bunga, quilting & felt craft, macam la boleh buat semua sekaligus. Kadang2 (rasa macam selalu jer...) saya ni tamak & kurang sabar. Kalau nak buat sesuatu tu, time2 tu jugak nak beli barang..tapi, progressnya? hampeh! selalu buat sekerat jalan. Siap kena sindir dengan family...hahaha...tapi takpe...akan ku buktikan diriku ini sudah berubah!

Kawan-kawan...sesungguhnya saya ini sedang buat satu projek t-shirt untuk my little boy & future daughter-in-law (mengarut sungguh kan? hahaha) for their birthdays. Aleesya, tunggu bday gift dari auntie ya? Tak ada jual kat mana2 kedai tau...custom made & hand made lagi...tunggguuuuuuu!

p/s : this project is inspired by all the feltcrafters out there! Guys, i'm in the club now!