Friday, June 21, 2013

Cerita Baru

Lepas 2-3 bulan baru nak cerita pulak ya? Pulun semua dalam satu post ye tak? Hehehe...takpe la...bukannya niat saya nak jadikan blog ni blog popular pun...sekadar mencoret apa yang dirasakan perlu.

Oh ya, sedikit update tentang sixth sense izzat. Kami dah jumpa balik ustaz tu, & dia minta kami mandikan izzat dgn air masjid yang dibacakan ayat Quran selama 3 petang berturut-turut dengan pakai baju lama izzatyang juga dia dah bacakan. Lepas petang ketiga, baju tu dibuang ke sungai. So far ok la, ustaz tu cakap benda tu belum kuasai izzat, dia cuma ikut je.

So, after a few days, saya saja la nak test. Masa tgh mandikan izzat, saya tanya la izzat...

Mummy : Izzat....Izzat nampak hantu lagi tak?
Izzat : Nampak....
Mummy : Ye ke?
Izzat : mmm...
Mummy : Kat mana?
Izzat : Kat bilik mummy dah takde...
Mummy : Habis tu kat mana?
Izzat : Kat sini...(referring to the toilet)
Mummy : (sedikit terkejut) Bila?
Izzat : (Dengan selambanya dia jawab)....Sekarang....

Saya gelak je la, memandangkan Izzat rileks je walaupun dia claim dia nampak hantu, saya pun tak takut sangat. Takde la sampai meremang segala bulu yang ada. Hmm...kalau dah takdir nak buat macamana kan? Cuma kami akan ikhtiar lagi sekiranya perkara-perkara ni betul-betul ganggu kehidupan dia.

By the way...both Izzat & Amani now dah tido separate dari kami.

Cerita pasal anak bujang saya sorang ni.

Before bedtime (weekend), dia mesti akan tengok movie yang papa dia download kat desktop. Papa dia ajar, kalau dah habis tengok, komputer kena shutdown & dia cuma boleh tengok 1 movie je before sleep. & after habis 1 movie tu, walaupun kami berdua dah tertido awal, bangun pagi, desktop mesti dah shutdown. & dia takkan naik tido atas katil kami lepas kami ajar dia tido dekat tempat dia.

Amani pulak, progress dia lagi cepat dari izzat. At the age of 1 year 7 months, she can speak quite well & she can even sing buai laju-laju in full. Terkejut gak kami dengar. & latest, dia dah boleh kira 1-10 in both malay & english.

Izzat sekarang ni pun, dah banyak vocab english dia. & dia dah faham kalau kita cakap english dengan dia, cuma ada yang dia boleh jawab balik dalam english, ada jugak yang dia jawab balik in malay. Ok jugak la skolah dkt brainy bunch ni. Banyak lagi progress dia selama 6 bulan di sana. Tapi takpe la, we just keep it to ourselves.

If ada yang sedang mencari-cari pre-school utk anak-anak tu, nasihat saya, kalau ada terbaca review yang tak best tu, jgn terus jump into conclusion yang skolah tu tak bagus, mungkin cawangan tu je yang tak bagus. The best way is, to ask parents yang dah hantar anak kat situ. Pegi tanya petang-petang masa dorg nak ambik anak. Sebab masa tu, dorng tak rushing sgt.

Till God-knows-when...tata